Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahNEE6002
Lokasi Malaysia Pekan Batu Kikir,Jalan Kuala Pilah, Batu Kikir Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Telefon6064981393
Faks6064982620


Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir atau nama ringkasnya SMK Batu Kikir, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pekan Batu Kikir, Jalan Kuala Pilah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir memiliki 632 pelajar lelaki dan 742 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1374 orang. Ia mempunyai seramai 108 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Batu Kikir ( Model Khas ) terletak di pekan Batu Kikir, sebuah pekan kecil terletak kira-kira 11 km dari Kuala Pilah.

Sekolah Menengah Batu Kikir ( Model Khas ) bermula dengan kelas menengah Melayu pada bulan Januari 1964. Kelas aliran Melayu ini menumpang pada waktu petang di Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris, Batu Kikir. Kelas ini dibawah kelolaan En. Yawanarajah.

Pada bulan Januari 1965, kelas menengah aliran Inggeris pula bermula menumpang di SRJK ( Inggeris ), SRJK (C), SRJK (T) dan Sekolah Menengah Batu Kikir ( Model Khas ). Pada tahun yang sama, Sekolah Menengah Batu Kikir ( Model Khas ) telah ditubuhkan secara rasmi. Sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Pengetuanya yang pertama ialah En. Mohd Yusof b. Kassim. Pelajar-pelajarnya dari sekolah kebangsaan di sekitar pekan Batu Kikir.

Pada bulan Disember 1969 sekolah aliran inggeris telah digabungkan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir dan dinamakan Sekolah Menengah Batu kikir.

Sebelum sekolah ini ditubuhkan, pelajar-pelajar dari kawasan Batu Kikir terpaksa pergi ke Kuala Pilah sejauh lebih kurang 11 km untuk menyambung pelajaran ke peringkat menengah. Oleh itu penduduk Batu Kikir khasnya ahli UMNO yang diketuai oleh Yang Berhormat Tuan Haji Khatib b. Mohd Nor, PJK,AMN,JP, wakil rakyat Jempol telah mendesak kerajaan supaya mengadakan sekolah menengah di Batu Kikir.

Sekolah Menengah Batu Kikir ( Model Khas ) telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Dr. Mahathir b. Mohamad, Menteri Pelajaran Malaysia dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 14 Ogos 1976.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir
Pekan Batu Kikir,Jalan Kuala Pilah
72200, Batu Kikir
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064981393
Fax = 6064982620

Pautan luar[sunting | sunting sumber]