Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Maung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Maung
Lokasi
Bayan Lepas, 11960, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6046266584
Kod sekolahPEA3035[1]
Faks6046265452


Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Maung atau nama ringkasnya SMK Batu Maung atau SMK BAMA, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Permatang Damar Laut. Ditubuhkan pada tahun 2001. Pada awalnya, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengarahkan sekolah ini beroperasi di bangunan SK Permatang Damar Laut pada sebelah petang dengan mengubahsuai beberapa bilik untuk dijadikan bilik guru dan pejabat. Manakala, teraju pentadbiran dipegang oleh Tuan Haji Ramli bin Din (pengetua), dibantu oleh Encik Anuar bin Ibrahim (Penolong Kanan HEM) dan Encik Izhar bin Ibrahim (Penolong Kanan Kokurikulum) serta 14 orang guru dan 4 staf sokongan.

Pada 3 Januari 2001, seramai 211 orang pelajar menjejak kaki ke sekolah ini. Pelajar telah diagihkan kepada 5 buah kelas iaitu tingkatan satu dan satu kelas peralihan dengan menggunakan akronim 'FITRAH'. Menjelang tahun 2002, warga sekolah iaitu pelajar bertambah kepada 380 orang pelajar manakala guru meningkat kepada 21 orang. Seterusnya, pada tahun 27 Januari 2003 menjadi tarikh keramat apabila SMK Batu Maung dengan rasminya berpindah ke bangunan sendiri dengan keluasan 1.82 hektar. Bangunan ini mempunyai dua blok tiga tingkat (Blok A dan Blok D), tiga blok empat tingkat (Blok B,C dan E) dan satu blok 2 tingkat iaitu bengkel (Blok F).

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Maung memiliki 476 pelajar lelaki dan 469 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 945 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009 Seterusnya, pada tahun 2020, sekolah ini hanya mempunyai 506 pelajar dan 53 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pubg[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Maung
Jalan Permatang Damar Laut
11960, Bayan Lepas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6046266584

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]