Sekolah Menengah Kebangsaan Besout

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout
Lokasi
 Malaysia Felda Besout 1, 35600 Sungkai,, Batang Padang, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoGiat Usaha Maju
Nombor sekolah6054311721
Kod sekolahAEA0037
PengetuaPuan Hajah Siti Shahida (2023-kini)
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Azizan bin Zubin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hajah Laili Nordaini
Penolong Kanan KokurikulumPuan Haslina binti Hassan
Faks6054311721
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout atau nama ringkasnya SMK (FELDA) Besout atau SMKFB, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Besout 1, 35600 Sungkai.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout memiliki 462 pelajar lelaki dan 484 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 946 orang. Ia mempunyai seramai bruh

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah diasaskan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Slim River. Para pelajar ini telah memulakan sidang persekolahannya pada sesi petang. Pelajar perintis seramai 210 orang ini terdiri daripada 3 kelas tingkatan satu dan 3 kelas tingkatan dua.

Pada 16 Januari 1984, para pelajar telah berpindah ke bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM116,000.00. Bangunan kayu ini terdiri daripada 2 blok iaitu 5 buah bilik darjah, 2 buah makmal, bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.

Bilangan guru pada ketika itu hanya 9 orang termasuk Pengetua. Puan Kalthom binti Abdul Rashid merupakan Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua sehingga 1 Februari 1984 apabila pada tarikh yang sama, En. Shafie bin Mohd Ariffin telah melapor diri sebagai Pengetua. Puan Kalthom pula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan.

Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini. Tujuh belas orang Pengetua telah ditugaskan di sekolah ini. Mereka terdiri daripada:

  • Pn. Kalthom bt. Abd. Rashid (9 Januari 1984 - 1 Februari 1984) (kali ke-1)
  • En. Shafie b. Mohd Ariffin (1 Februari 1984 - 1 Februari 1986)
  • Pn. Kalthom bt. Abd. Rashid (1 Februari 1986 - 15 November 1987) (kali ke-2)
  • En. Abu Massaut b. Shafiee (16 November 1987 - 19 Mac 1991)
  • Tn. Haji Ibrahim b. Jamil (1 April 1991 - 15 Januari 1992)
  • Tn. Haji Hamzah b. Yusof (16 Januari 1992 - 16 Februari 1994)
  • En. Abdul Mutalib b. Abdul Hamid (30 Mac 1998)
  • En. Mohd Saaid b. Sulaiman (1 April 1998 - 11 Disember 1998)
  • Tn. Haji Ibrahim b. Ahmad (12 Disember 1998 - 16 Julai 2001)
  • Tn. Haji Razali b. Ismail (Julai 2001 - Jun 2005)
  • Pn. Hajah Ramlah binti Abdullah (Julai 2005 - Mac 2008)
  • Tn. Haji Abdul Kefli bin Mat Sih (Mac 2008 - September 2009)
  • Pn. Hajah Siti Mariam Bt. Joned (September 2009 - 2012)
  • Pn Hajah Zabidah Bt. Hashim (Januari 2012 - 6 Ogos 2013)
  • Pn. Sabariah Bt. Wan Chik (Ogos 2013-November 2015)
  • En Fauzi bin Saleh (2020-2022)
  • Pn.Hajah Siti Shahida binti Abdullah (2023-kini)

Setelah 3 dekad ditubuhkan, sekolah ini mengalami perubahan yang ketara dari segi kemudahan fizikal, pertambahan bilangan guru dan pelajar. Pelbagai kemajuan telah dicapai meskipun lokasinya terletak jauh di pedalaman.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu sekolah (lama)


Megah kami berdiri
Bersama dan berbakti
Mencapai cita-cita yang murni
Untuk hasrat sejati


Tabah dan cekal
Kami bersatu
Giat usaha maju


Pada guru dihormati
Sekolah disayangi
Bersatu semua, sehati sekata
Untuk Malaysia jaya


Lagu sekolah (2012-Sekarang)


Megah kami berdiri
Bersamalah berbakti
Mencapai cita-cita yang murni
Hasrat SMKFB


Tabah dan cekal
Kami bersatu
Giat usaha maju


Pada guru dihormati
Sekolah disayangi
Bersatu semua, sehati sekata
Untuk SMKFB



Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah diiktiraf sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar.

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout
Felda Besout 1
35600, Sungkai
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6054311721
Fax = 6054311721

Pautan luar[sunting | sunting sumber]