Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya
200px\center
Lokasi
91309, Semporna, Sabah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah089-781591
Kod sekolahXEA3329
PengetuaTuan Hj Johan Bin Hj Okasa
GPK Pentadbiran dan AkademikTuan Hj Zaini Bin Mat
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTuan Hj Hussin Bin Abd Sairi
Penolong Kanan KokurikulumEncik Jasman Bin Malam
Faks6089782524


Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya atau nama ringkasnya SMK Bugaya, merupakan sebuah Sekolah menengah yang terletak di Daerah Semporna. Slogan SMK Bugaya dibawah pimpinan pengetua baharu Tuan Hj Johan Bin Hj Okasa adalah "Let's Fly Higher". Slogan ini adalah sebuah bentuk seruan kepada semua warga SMK Bugaya bermula dari murid sehinggalah kepada guru agar terus terbang tinggi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan sekolah-sekolah terbaik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya memiliki 778 pelajar lelaki dan 682 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1460 orang. Ia mempunyai seramai 92 orang guru.2009

SMK Bugaya telah dibuka pada 5 Januari 1979 untuk menampung bilangan pelajar sekolah menengah yang semakin bertambah di daerah Semporna. Semasa pembukaannya, sekolah ini hanya menumpang di dua buah sekolah rendah iaitu SRJK Nyuk Hwa (5 buah kelas) dan SRK Bugaya (2 buah kelas). Pusat pentadbiran sekolah ini ketika itu diletakkan di Pejabat Pendidikan Daerah Semporna. Pengetua pertama berkhidmat di sekolah ini ialah En. Mohd. Salleh Hj. Abd. Wahab dengan dibantu 8 orang tenaga pengajar. Oleh kerana bilangan pelajar semakin bertambah, menjelang bulan Februari 1981, sekolah ini membuka satu lagi cawanganya di SRK Pekan Semporna dengan membuka dua buah kelas.

Buat pertama kalinya, seramai 200 orang calon sekolah ini menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1981 dengan peratus kelulusan hanyalah 29%. Pada tahun 1982, sekolah ini dengan rasminya menggunakan bangunan nya sendiri yang terletak di Kampung Bugaya, Semporna dalam kawasan seluas 16 ekar. Pada tahun tersebut, seramai 151 orang calon menduduki peperiksaan SRP dengan peratus kelulusan sebanyak 70.9%.

Pada 16 April 1985, bangunan SMK Bugaya telah dirasmikan pembukaannya oleh En. Anuar Ibrahim, Menteri Pertanian Malaysia ketika itu. Pada 4 Januari 1988, SMK Bugaya telah dibenarkan untuk membuka kelas tingkatan 4 sebanyak empat buah kelas. Pertambahan bilangan pelajar yang semakin bertambah di sekolah ini mendorong pembinaan projek kilat yang mengandungi lapan buah kelas dan sebuah bilik guru.

Pada tahun 1997, sebuah bangunan konkrit 3 tingkat diserahkan kepada pihak SMK Bugaya apabila Sekolah Menengah Agama Tawau, Semporna berpindah ke sekolah baru mereka yang terletak di Kampung Tampi – Tampi. Dalam tahun tersebut juga, 2 buah bangunan konkrit iaitu bangunan Asrama Putera dan bangunan pentadbiran SMK Bugaya telah diarahkan untuk dirobohkan setelah pihal jabatan mendapati bangunan tersebut retak dan tidak selamat lagi diduduki. Pada tahun 1997, pembinaan semula bangunan tersebut telah dimulakan dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1999. Sebuah Dewan Mini juga telah dibina pada tahun 1998 untuk kegunaan warga SMKBS. SMK Bugaya juga telah mengalami pembaikpulihan bangunan dan infrastrukturnya secara besar-besaran mulai tahun 2009 dan selesai sepenuhnya pada akhir tahun 2010.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya
W.D.T 25
91309, Semporna
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089781591
Fax = 6089782524

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]