Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru
Lokasi
 Malaysia Jalan Istana, Bukit Baru, 75450, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto" Berilmu Berakhlak"
Nombor sekolah6062320718
Kod sekolahMEA2093[1]
Pengerusi PIBGDatuk Ronald Gan Yong Hoe
PengetuaPuan Nor Hafizah binti Musa
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Tang Poh Yap
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Rozita binti Samad
Faks6062321275


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru atau nama ringkasnya SMK Bukit Baru, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Istana, Bukit Baru.

Pada 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru memiliki 874 pelajar lelaki dan 880 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1754 orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru (dikenali sebagai SMKBB) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di Jalan Bukit Beruang (kini Jalan Istana) di Melaka, bersebelahan Jabatan Pendidikan Melaka. Lokasi sekolah bersamaan dengan Jabatan Pendidikan Negeri yang terletak di Lot 1853, Mukim Bukit Beruang dengan keluasan 8.636 hektar (21 ekar 340 depa).

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Bukit Baru (SMKBB) telah dibina oleh kontraktor Mohd Ghauz Enterprise dan diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Melaka pada 10 Mei 1993.Penubuhan SMKBB adalah hasil permintaan penduduk setempat bagi menampung kemasukan pelajar ke sekolah menengah kian bertambah. Pemilihan nama sekolah ini adalah berdasarkan nama Mukim Bukit Baru.

Oleh sebab infrastrukturnya baik,SMKBB telah menjadi tumpuan masyarakat setempat bukan sahaja dalam bidang pendidikan malahan termasuk pelbagai aktiviti luar sepanjang masa. Pada asalnya mempunyai 2 blok bangunan 4 tingkat,sebuah bengkel dan kantin. Pada tahun 1998 sebuah lagi bangunan 4 tingkat dibina yang menampung14 bilik darjah. Pada tahun 2002,SMKBB memperoleh 2 buah makmal komputer yang lengakap dan diikuti dengan pembinaan 2 blok bangunan 4 tingkat dibina lagi lengkap dengan makmal sains tulen,bilik muzik,bilik pendidikan seni,bilik ERT,bilik pendidikan khas dan sebagainya. Selain itu,SMKBB juga mempunyai kemudahan surau yang diperuntukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Pada tahun pertama seramai 376 orang murid dari SK Palembang,SK Bukit Beruang,SK Datuk Demang Husin SJK(C) Bukit Beruang,SJK (C) Wen Hua dan SJK (C) Ayer Keroh, memulakan persekolahan disini. SMKBB telah mengalami perkembangan yang menggalakkan dengan bilangan murid telah bertambah sehingga 1418 orang murid. Pencapaian prestasinya semakin cemerlang dari semasa ke semasa telah menyebabkan pihak Jabatan Pelajaran Melaka mempertanggungjawab pembukaan Kelas Rancangan Khas (RK) dan kelas Tingkatan 6 mulai persekolahan 2004. Pertambahan tenaga akademik,kakitangan sokongan,murid serta kemudahan fizikal yang baik merangsang pengajaran dan pembelajaran murid.Mata pelajaran vokasional MPV telah diperkenalkan iaitu Produksi Multimedia dan Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut.

SMKBB telah menempa beberapa kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan dibawah pimpinan pengetua yang pertama iaitu Tuan Haji Othman Bin Hassan (1993-Mac 1998).Kecemerlangan terus menyerlah dibawah pentadbiran pengetua kedua iaitu Puan Hjh Hazizah bt Md Salleh (April 1998 – 16 Mei 2003). Kini di bawah pimpinan pengetua ketiga iaitu Puan Hjh Umaizahrah bt Alwi (Mei 2003-30Jun2007) kecemerlangan terus dicapai. Puan Mainon binti Abdul Wahid selaku pengetua keempat (1Julai-30Sept2008) pula menerajui SMK Bukit Baru dengan penuh keazaman dan iltizam untuk membudayakan kecemerlangan sekolah ini. Dan kini di bawah pimpinan pengetua kelima Tuan Haji Mohammad Yusoff bin Osman (Nov2008-kini) sangat komited dengan kecemerlangan sekolah sehingga telah dinobatkan sebagai SEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2008.


Kronologi Pembukaan Sekolah

Majlis Penyerahan Projek SMK Bukit Baru

26 Jun 1993 (10.00 pagi)

Wakil JPN : Tn. Hj. Isa bin Abu

Wakil JKR : Ir. En Zaid bin Ali

Wakil Kontraktor : Tn. Hj. Md Khauz bin Hamid

Kerja Menambak Tanah Padang Sekolah

September 1994

440 Lori digunakan untuk menambak tanah

Majlis Gotong Royong Pembukaan SMK Bukit Baru

11 Disember 1993 (8.00 am)

Perasmi : Tn. Pengarah Pendidikan Melaka

Tn. Haji Sabri bin Salleh

Majlis Penyerahan Projek SMKBB
Padang Sekolah SMKBB
Majlis Gotong-Royong 1993

Coretan Sejarah SM BUKIT BARU[sunting | sunting sumber]

Sekitar Tahun 90an
SEK MEN BUKIT BARU
Bangunan Sekolah hanya 2 Blok sahaja
Kolam Sek Men Bukit Baru
Visi Sekolah
TYT berlepas ke Negeri-negeri Melayu Utara
Jumlah Pelajar sekitar tahun 90an
Pelajar bersama guru kelas
Benngkel Kemahiran hidup di atas bukit

Prasarana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Dahulu dan sekarang

Prasarana Prasarana tahun 90an Prasarana

Kini

Astaka Dataran Perhimpunan
90an
kini
The Wall of Friendship
90an
Kini
Bengkel Sekolah
90an
Kini
Tempat Letak Kereta
90an
Kini
Bangunan Sekolah
90an
Kini
Tempat duduk Guru
90an
Kini

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Kuning - Kecemerlangan
  2. Oren - Keindahan & Keberanian
  3. Merah Hati - Kesungguhan & Kekentalan
  4. Segienam - Keimanan & Kerajinan
  5. Bentuk V - Tumpuan Untuk Menjadi Manusia Berilmu, Berakhlak & Beramal
  6. Roda - Sains & Teknologi
  7. Jangka - Asas Pembinaan
  8. Buku - Keilmuan
  9. Cogankata - Berilmu & Berakhla

Nilai Teras Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Hormat-menghormati - Respect
  2. Bertanggungjawab - Responsible
  3. Ikhlas - Honest
  4. Integriti - Integrity
  5. Usaha - Diligent

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Meningkatkan pencapaian akademik berprestasi tinggi mengikut potensi individu.
  2. Melahirkan pelajar yang berdisiplin,berketrampilan dan berakhlak mulia serta mempunyai daya saing yang tinggi.
  3. Mengekalkan pencapaian gemilang dan mempertingkatkan pelbagai bidang kokurikulum.
  4. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih,ceria dan selamat.
  5. Perhubungan baik antara stake,agensi luar dan komuniti setempat.

Objektif Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Mencapai kelulusan cemerlang dalam setiap matapelajaran bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
  2. Pengurusan dan pentadbiran sekolah agar sentiasa di tahap gemilang.
  3. Peningakatan tingkah laku murid yang cemerlang dan berbudaya hormat-menghormati.
  4. Mengekalkan pencapaian gemilang dan mempertingkatkan pelbagai bidang kokurikulum.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami warga kerja SMK Bukit Baru beriltizam akan:

  1. Memberikan layanan mesra kepada semua pihak yang berurusan dengan menepati konsep kepuasan pelanggan.
  2. Mengajar dan mendidik murid-murid dengan penuh semangat untuk memastikan kecemerlangan di bidang akademik,sahsiah dan meraih kejayaan dalam aktivit kokurikulum.
  3. Memastikan prasarana dan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat dengan mengamalkan Konsep Sekolah Selamat dan 3K (Kebersihan,Kesihatan dan Keselamatan).
  4. Pengwujudan dan pangakalan data untuk mengakses maklumat yang tepat bagi pengurusan yang cekap dan cemerlang.
  5. Menjalin hubungan harmoni dengan stake holder,agensi luar dan komuniti setempat bagi memastikan keberkesanan pengurusan murid agar mematuhi disiplin serta menjaga kebajikan mereka.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bersih segar nyamannya udara,

SMKBB termasyhur namanya

Murid bersatu

Ganding bahu bersama

Terus maju

Ke arah wawasan yang ada

Terkenal sudah di mana-mana

Guru tegas dan bertimbang rasa

Murid dan gurunya sepakat bersama

Meningkatkan pendidikan kita

Berilmu, berakhlak, majukan negara

Sekolah bertuah tercinta

Membangun, membantu

Oh! putera, puterinya

Demi bangsa, agama

Capai cita matlamat bersama

Pertahankan nama sekolah

Bersatu bak tali yang tersimpul mati

Biar reput namun tak terlerai

PIBG SMK Bukit Baru[sunting | sunting sumber]

Senarai YDP PIBG sekolah

  • Tn.Hj Idris bin Hamem Marikar (1993-2005)
  • En. Anuar bin Othman (2005-2007)
  • Tn. Hj Othman bin hj Daud (2007-2017)
  • Datuk Ronald Gan Yong Hoe (2017 hingga kini)
Mesyurat PIBG pertama tahun 1993
Tn Hj Idris bin Hamem Marikar (1993-2005)
Ucapan oleh Pengetua
Kehadiran Ibu Bapa

Pencapaian 2017[sunting | sunting sumber]

Bil Pertandingan Pencapaian
1 Pertandingan Koir Sekolah-sekolah Menengah Negeri Melaka Anugerah Pingat Emas

Johan Keseluruhan

2 KL International Choral Competition Silver Diploma
3 Pertandingan Gamelan dan Caklempong Sekolah-sekolah Menengah Negeri Melaka Anugerah Emas kategori Gamelan Tradisional

Anugerah Emas kategori Caklempong Tradisional

Anugerah Emas kategori Kontemporari

Johan Keseluruhan

4 21st Bible Knowledge Oral Quiz 2017 state and southern region level 1st runner up(naib johan)
5 Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris peringkat negeri Melaka Naib Johan
6 Doubles Junior Golf syaaban Husin Cup Johan
7 Pertandingan Valar Tamil peringkat negeri Melaka Johan (Pertandingan Syarahan Men. Rendah)

Naib Johan ( Pertandingan Mengarang Esei)

8 Karnival Persatuan Bahasa Cina sekolah-sekolah menengah Negeri Melaka Tempat ke-4 (Pertandingan Melafaz Karya Sastera Cina)

Saguhati (Pertandingan Mereka cipta Gambar "Mingju"

Saguhati (Pertandingan Saya Pemberita)

9 Kejohanan Roket peringkat Negeri Melaka Johan Keseluruhan
10 Kejohanan Roket peringkat Kebangsaan Tempat Ketiga

Kategori Roket Sasaran

11 Kejohanan Balapan dan Padang MSS Peringkat Kawasan MelakaTengah 2 Emas

3 Perak

4 Gangsa

12 Kejohanan Balapan dan Padang MSS Peringkat Negeri Melaka 1 Perak
13 Kejohanan Young Athletic Negeri Melaka 7 Emas

5 Perak

3 Gangsa

14 Kejohanan Terbuka Melaka Peringkat Kebangsaan 1 Emas

1 Perak

3 Gangsa

15 Karnival Nak Sihat Melaka Tengah (Team Senamrobik) Saguhati
16 Perlawanan Softball peringkat Negeri Melaka Tempat Keempat
17 Pertandingan Eksplorace Aktif dan sihat Expo Melaka Sihat 2017 Johan

Pencapaian Kurikulum[sunting | sunting sumber]

SPM[sunting | sunting sumber]

Gred Purata sekolah dan Peratus mendapat sijil tahun 2006-2016

Tahun Bil. Calon GPS % Mendapat Sijil
2006 203 5.54 96.6
2007 232 5.42 93.9
2008 234 5.46 88.5
2009 288 4.99 91.0
2010 308 5.32 88.5
2011 349 4.77 91.1
2012 289 4.70 95.5
2013 311 4.59 87.9
2014 345 4.59 87.9
2015 313 5.28 77.0
2016 291 5.24 89.3

STPM[sunting | sunting sumber]

Tahun 5P 4P 3P 2P 1P LULUS PENUH LULUS SEBAHAGIAN GAGAL CALON HADIR CALON AMBIL PNGK
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
2015 0 0.00 30 54.20 10 27.08 3 8.33 3 6.25 46 95.83 2 4.17 0 0.00 48 48 2.59
2016 0 0.00 40 70.18 11 19.30 3 5.26 1 1.75 55 96.49 2 3.51 0 0.00 57 57 2.58

PT3[sunting | sunting sumber]

TAHUN BIL CALON GPS
2015 340 3.49
2016 335 3.42

Pencapaian Ko Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Kelab dan Persatuan[sunting | sunting sumber]

BIL NAMA PROGRAM TARIKH TEMPAT PENCAPAIAN

JOHAN/NAIB JOHAN/KETIGA

PERINGKAT DAERAH PERINGKAT NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN
1 PERTANDINGAN TREASURE HUNT 7.5.2016 MELAKA MALL JOHAN
2 PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA TAMIL 25.6.2016 DEWAN DATO DOL SAID NAIB JOHAN
3 GEGAR 10 000 LANGKAH MERDEKA 3.9.2016 DATARAN RESTORAN MELAYU MELAKA KE 4 & SAGUHATI
4 KONSERT FUSION MUZIK 2016 30.4.2016 DEWAN SERI NEGERI PENYERTAAN
5 LAWATAN KE MPO (MALAYSIAN PHILHARMONIC OCHESTRA) 20.2.2016 KLCC PENYERTAAN
6 HARI PERINGATAN SEDUNIA 2016 PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (PERSEMBAHAN (NG) 27.2.2016 DEWAN SERI NEGERI PENYERTAAN
7 PERSEMBAHAN SEMPENA MAJLIS PETRONAS 9.3.2016 LOGI PENAPISAN PETRONAS (SG.UDANG) PENYERTAAN
8 INTERNATIONAL CHORAL FESTIVAL 23-24.07.2016 AUDITORIUM CEMPAKA SARI SILVER DIPLOMA
9 FESTIVAL MUZIK KEBANGSAAN 10.10.2016 PERLIS PENYERTAAN
10 KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN 06-09.11.2016 CINTA SAYANG RESORT, SG PETANI, KEDAH PENYERTAAN
11 PETANDINGAN KOIR SEMPENA KARNIVAL PELANCONGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 10-13.11.2016 PORT DICKSON GLORY BEACH RESORT PENYERTAAN

Badan Beruniform[sunting | sunting sumber]

BIL

NAMA PROGRAM/PERTANDINGAN

TARIKH TEMPAT

PENCAPAIAN

(JOHAN/NAIB JOHAN/KETIGA)

PERINGKAT DAERAH PERINGKAT NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN
1 NYANYIAN BERKUMPULAN HARI PERINGATAN PANDU PUTERI SEDUNIA 27.02.2016 DEWAN SERI NEGERI JOHAN
2 PERTOLONGAN ASAS CEMAS ST JOHN 05.06.2016 SMK SERI BEMBAN JOHAN
3 PERAWATAN ASAS (HOME NURSING) 19-20 MAC 2016 SMK MUNSYI ABDULLAH JOHAN
4 PERKHEMAHAN JAMBORI KEBANGSAAN 14-16.10.2016 KEM PENGAKAP TAN CHAY YAN BUKIT KATIL PENYERTAAN
5 KARNIVAL UDARA ANTARABANGSA MELAKA 15-17.04.2016 LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA MELAKA BATU BERENDAM
6 PERKHEMAHAN SKIM LENCANA PENGAKAP MUDA DAN REMAJA 11-13.03.2016 SMK BUKT BARU PENYERTAAN
7 PERHIMPUNAN PENGAKAP UDARA NEGERI MELAKA 15-17.05.2016 MOZAC PENYERTAAN
8 AIRPORT EMERGENCY EXERCISE 12.05.2016 LAPANGAN TERBANG ANTARABABGSA MEAKA PENYERTAAN
9 JAMBOREE PENGAKAP ASEAN 15-20.09.2016 KEM TENGKU MAHMUD TELAGA BATIN TERENGGANU PENYERTAAN ANTARABANGSA
10 JAMBOREE DI UDARA (JOTA) MALAYSIA KALI KE-5 BERSAMA SKMM 6.8.2016 KEM PENGAKAP TAN CHAY YAN BUKIT KATIL PENYERTAAN
11 EKSPEDESI BERBASIKAL MASJID TANAH 2016 04-05.11.2016 KEM PANGKALAN BALAK MASJID TANAH PENYERTAAN
12 PERKAMPUNGAN BELIA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM 13-19.11.2016 KEM PLKN JAYA GEMILANG A'FARMOSA PENYERTAAN ANTARABANGSA
13 PERTANDINGAN KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI 10.03.2016 IPK BUKIT BERUANG PENYERTAAN
14 SUKIM 2016 (KARATE) 14-17.7.2016 USIM NILAI NEGERI SEMBILAN PENYERTAAN
15 KURSUS KENAIKAN PANGKAT KOPRAL KADET BOMBA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 02-03.11.2016 BALAI BOMBA AYER KEROH PENYERTAAN PENYERTAAN
16 PUNGUTAN HARI BENDERA ST JOHN 24.07.2016 MELAKA KETIGA
17 PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS DAN PERAWATAN (KATEGIRI KAWAD KAKI) 17.05.2016 SMJK PULAU SEBANG NAIB JOHAN
18 KARNIVAL PANDU PUTERI

- NYANYIAN BERKUMPULAN

- KAWAD KAKI

07.05.2016 SMK GAJAH BERANG NAIB JOHAN

KEEMPAT

19 COOKING THON PERGERAKAN PUTERI ISLAM PERINGKAT NEGERI MELAKA

- PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN

22.10.2016 SMK BUKIT BARU KETIGA

Sukan dan Permainan[sunting | sunting sumber]

BIL NAMA PROGRAM/PERTANDINGAN TARIKH TEMPAT PENCAPAIAN

(JOHAN/NAIB JOHAN/KETIGA)

PERINGKAT DAERAH PERINGKAT NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN
1 KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT NEGERI FEB SSN SERI KOTA PENYERTAAN
2 KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT KEBANGSAAN MAC MELAKA PENYERTAAN
3 KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN BOLA JARING 3 ON 3 2017
SSN SERI KOTA PENYERTAAN
4 KEJOHANAN OLAHRAGA BALAPAN PERINGKAT NEGERI SSN SERI KOTA NAIB JOHAN (L18)

(4X400M)

5 KEJOHANAN HOKI PERINGKAT NEGERI KATEGORI BAWAH 18 TAHUN JULAI STADIUM TUN FATIMAH PENYERTAAN
6 KEJOHANAN PING PONG PERINGKAT KAWASAN KATEGORI BEREGU BAWAH 18 TAHUN JAN SJKC BUKIT BERUANG JOHAN
7 KEJOHANAN PING PONG PERINGKAT NEGERI KATEGORI BEREGU BAWAH 18 TAHUN FEB SJKC BACHANG JOHAN
8 KEJOHANAN BOLA BALING MSSM PERINGKAT KEBANGSAAN JUN KEDAH PENYERTAAN
9 PERTANDINGAN MEMANAH PERINGKAT NEGERI (KATEGORI- INDIVIDU L18 ) 16-17 FEB 2016 SMK DATO BENDAHARA JASIN JOHAN

TEMPAT KETIGA

10 PERTANDINGAN MEMANAH PERINGKAT NEGERI (KATEGORI- BERKUMPULAN L18 ) 16-17 FEB 2016 SMK DATO BENDAHARA JASIN JOHAN
11 PERTANDINGAN MEMANAH PERINGKAT NEGERI (KATEGORI- CAMPURAN BAWAH 18 ) 16-17 FEB 2016 SMK DATO BENDAHARA JASIN
12 KEJOHANAN MENEMBAK KEBANGSAAN CHIA WAH TROPHY 2.2.2016 LAPANG SASAR SUBANG AIR
13 KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 2/2016 KATEGIRI 10M " AIR PISTOL" INDIVIDU BAWAH 15 TAHUN 17 OGOS 2016 PULAU PINANG KETIGA
14 KEJOHANAN AKUATIK MSS PERINGKAT NEGERI MELAKA 17-18 FEB 2016 MELAKA PENYERTAAN
15 KEJOHANAN SUKAN BOLA KERANJANG MSSN MELAKA 2016 16-19 FEB 2016 MELAKA PENYERTAAN
16 SIRKIT RAGBI BAWAH 17 TAHUN 27 FEB 2016 MELAKA NAIB JOHAN
17 KEJOHANAN RAGBI 15 SEPASUKAN MSS MELAKA SIRKIT 4 BAWAH 16TAHUN 5 NOV 2016 MELAKA NAIB JOHAN
18 PERTANDINGAN SOFBOL MSS MELAKA 18-19 JUL 2016 MELAKA PENYERTAAN

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. Tuan Haji Othman Bin Hassan (1993 - Mac 1998)
  2. Puan Hajah Hazizah Binti Md Salleh (April 1998 - 16 Mei 2003)
  3. Puan Hajjah Umaizahrah Binti Alwi (Mei 2003 - 30 Jun 2007)
  4. Puan Mainon Binti Abdul Wahid (1 Julai - 30 September 2008)
  5. Datuk Haji Mohammad Yusoff Bin Osman (November 2008- Jun 2011)
  6. Tuan Haji Mohd Rashid Bin Sidek (Julai 2008 - 2014)
  7. Tuan Megat Nasir Bin Megat Hashim (2014 - 2018)
  8. Tuan Abdul Malik bin Kassim (2018 hingga kini)

Galeri Warisan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Galeri Warisan Rakyat SMK Bukit baru terletak di Pusat Sumber Sekolah

Galeri Warisan Rakyat

Objektif Galeri Warisan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Penceritaan oleh Pn Zaini Nasir (GKMP Bahasa)
  • Mendidik dan menanam semangat mencintai dan menghargai budaya dan warisan negara dalam kalangan pelajar.
  • Mempelajari seni warisan yang semakin dilupakan dalam kalangan warga sekolah.
  • Memupuk warga sekolah menghargai warisan tinggalan nenek moyang..
  • Sebagai pusat informasi warisan budaya Malaysia.


Matlamat Galeri Warisan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Dideklamasikan oleh Pn Awanis bte Mat Salleh (KP Bahasa Melayu)
  • Melahirkan generasi alaf 21 yang menyayangi warisan tinggalan masa lalu.
  • Menggalakkan guru menggunakan artifak sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
  • Dapat mendidik warga sekolah supaya celik warisan dalam laman wikipedia


Maklumat Bahan Pameran dan Artifak[sunting | sunting sumber]

Antara peralatan yang terdapat dalam Galeri Warisan/Sudut Warisan.

Peralatan Warisan Rakyat

Alatan Sudut Warisan

  1. Tengkolok -1 kain ikat (tutup) kepala; tanjak; destar. 2 kain tutup kepala atau selubung yg biasanya dibuat drpd kain sarung atau kain lepas (pakaian wanita). Video [1]
  2. Kepok - Alat ini berbentuk bulat. Dibuat daripada buluh. Ianya digunakan untuk menyimpan ketul-ketul padi (gemai padi). Artikel [2]
  3. Lesung Kayu - Juga dikenali Lesung tumbuk ini juga diperbuat daripada kayu yang tahan lama dan terdiri dari ibu dan alunya. Walaupun fungsinya sama untuk melumatkan padi dan beras, tetapi cara penggunaannya berbeza dengan lesung hindik kerana ia menggunakan tangan. Ia juga boleh digunakan lebih dari satu alu dalam masa yang sama bagi mempercepatkan proses menumbuk. Video [3]
  4. Rumah Warisan Melaka - Rumah tradisional orang-orang Melayu Melaka pada kebiasaanya berteraskan bumbung atap yang panjang dan sesuatu yang menjadi tanda pengenalan bagi rumah Melayu Melaka adalah mempunyai tangga batu yang istimewa ianya unik berbanding dengan rumah tradisional orang Melayu di negeri-negeri lain. Video [4]
  5. Serkap - "Serkap" lazimnya diperbuat daripada buluh, rotan dan akar. Serkap merupakan sejenis alat penangkapan ikan Melayu tradisional yang terdapat dalam berbagai-bagai jenis. Antaranya ialah "Serkap Perlis", "Serkap Banjar" dan "Serkap Kedah". Arkitel [5]
  6. Gendang Sarawak - Gendang Sarawak ialah sejenis gendang yang panjang. Arannya diperbuat daripada batang kayu yang dibuang isi tengahnya. Pada hujungnya dipasang kulit kerbau atau kulit lembu.
  7. Tambuk - Tambuk ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbaukambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Artikel [6]
  8. Angklung - Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan. Artikel [7]
  9. Caklempong -Caklempong merupakan alat muzik tradisional Melayu yang tergolong dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk menerangkankan jenis ensemblenya. Cak Lempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan yang berasal dari Minangkabau atau Sumatera Barat. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi. Video [8]

Antara Peralatan warisan yang lain yang terdapat dalam Galeri Warisan Rakyat

Alatan Fungsi QR Code
Bakul Sia
Bakul Siah kebiasaannya diperbuat daripada buluhkayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Masyarakat umum di Melaka menggunakan bakul ini untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.

Ia terdiri daripada beras, daging, kain, kuih muih dan sebagainya sehingga ia menjadi salah satu daripada bahan yang dilihat semasa upacara perkahwinan. Bakul Sia mempunyai satu tingkat hingga ke beberapa tingkat. Corak hiasan dan besarnya bakul ini bergantung kepada kemampuan dan tujuan seperti mana yang dikehendaki oleh pemiliknya.

Scan Me
Terompah
Terompah mempunyai kaitan dengan nilai warisan masyarakat Baba Nyonya, Melayu, Cina dan India. Terompah diperbuat daripada kayu dan dijadikan pilihan sebagai pengalas kaki bagi menggantikan kasut kerana terompah lebih murah, tahan lasak dan praktikal. Terompah juga boleh didapati dalam berbagai-bagai warna.Terompah bukan sahaja dipakai oleh golongan wanita, tetapi juga kaum lelaki Satu perbezaan terompah perempuan dan terompah lelaki adalah terompah perempuan berlekuk di tengahnya sementara terompah lelaki sama memanjang.

Terompah bercat merah sering menjadi pilihan untuk dipadankan dengan pakaian tradisi seperti baju kurung pesak atau kebaya nyonya oleh kaum wanita. Kaum lelaki menggunakan terompah untuk dipakai ke surau kerana sifat tahan lasaknya itu. Bunyi terompah yang unik iaitu seperti bunyi ketukan mampu menarik perhatian orang berdekatan.apabila si pemakai berjalan. Terompah dipakai sama ada dalam rumah mahupun kawasan luar kediaman.

Scan Me
Tepak Sirih
Tepak sireh merupakan barang perhiasan yang digunakan oleh masyarakat Melayu khasnya  dalam upacara-upacara adat istiadat dan majlis perkahwinan. Tepak sirih terdiri daripada beberapa komponen iaitu bekas sirih, cembul, bujam epok, kacip, gobek, celepa dan ketur. 

Bekas sirih diperbuat sama ada  daripada logam, perak atau gading gajah. Bekas ini berbentuk pipih iaitu ia lebar di bahagian mulut dan menguncup di bahagian bawahnya, Daun-daun sirih yang telah dipetik dan dibuang tangkainya akan dimasukkan ke dalam bekas ini dalam jumlah tujuh hingga sembilan helai. Ianya akan disajikan bersama tepak sirih atau puan kepada tetamu.

Scan Me
Labu Sayong
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala KangsarNegeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.

Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.

Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padisenduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

Scan Me

Rakaman Video Peralatan Warisan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Pakaian Tradisional Peralatan Muzik Tradisional
Pencerita oleh Mr Sivam (GPK T6)
Pencerita oleh Pn. Han Giok Chin (GKMP Kemanusiaan)
Dimainkan oleh Pelajar SMKBB
Dimainkan oleh Pelajar SMKBB
Permainan Tradisional Kuih Muih Tradisional Peralatan Warisan
Dimainkan oleh pelajar SMKBB
Dimainkan oleh Pelajar SMKBB
Pencerita oleh Pn. Ummi Yasirah (KP Sejarah)
Peralatan Warisan yang lain

Pelancaran Hari Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pelancaran Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 2017 telah dilancarkan pada 31 Julai 2017 di Dataran Perhimpuan SMKBB

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Sekolah SMKBB

Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik

Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu patriotik sempena Pelancaran Hari Kebangsan Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah
Pertandingan Lgu-lagu patriotik peringkat sekolah
Penerima Hadiah sempena Bulan Kemerdekaan

Selebriti Terkenal[sunting | sunting sumber]

Tokoh murid yang telah berjaya.

Khairul Hafiz bin Jantan[sunting | sunting sumber]

The Speedy Jantan

Ayda Jebat[sunting | sunting sumber]

Aida Jebat in the house

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru
Jalan Istana, Bukit Beruang
75450, Melaka
Malaysia
Telefon = 6062320718
Fax = 6062321275

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]