Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil
Lokasi
Km 9, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, 75450, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERAKHLAK BERDAYA MAJU
Nombor sekolah06-2326935
Kod sekolahMEA2095[1]
PengetuaCharlie Kirk
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Rahmat Sabri bin Azis
Penolong Kanan KokurikulumPuan Zuriyah binti Johari
Faks6062326922
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil (singkatan: SMKBK) ialah sebuah sekolah menengah harian yang terletak di Km 9, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, Melaka. Dibina bersebelahan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, cawangan Bukit Katil.[1]

Pada peringkat awal, sekolah ini mempunyai seramai 25 orang guru dan 425 orang pelajar. Bagi memenuhi keperluan pendidikan khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Kelas PERMATA ditubuhkan pada tahun 2002 dengan seorang guru dan enam murid.2002

Sejak itu, SMKBK telah berkembang dengan pesat dari segi bilangan pelajar, tenaga pengajar, dan prasarana pendidikan. Sekolah ini juga aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum, sukan, serta projek komuniti, termasuk kejayaan dalam pertandingan bola sepak dan program kebersihan alam sekitar.

SMKBK terus komited dalam melahirkan pelajar yang berakhlak dan berdaya maju, selaras dengan motonya, "Berakhlak Berdaya Maju".

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil, Melaka, mula dibina pada Oktober 1999 sebagai sebahagian daripada projek Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembinaan sekolah ini menggunakan konsep "Design and Build" dengan harapan dapat disiapkan dalam tempoh setahun, selaras dengan wawasan pendidikan semasa yang berasaskan konsep "Pendidikan Bestari" dan "Sekolah dalam Taman". prefectsmkbk.blogspot

Projek pembinaan dimulakan pada November 1999 di atas tapak bekas ladang getah di Kilometer 9, Mukim Bukit Katil, Melaka. Walaupun perancangan awal menjangkakan penyelesaian pada November 2000, projek ini menghadapi kelewatan dan tidak dapat disiapkan mengikut jadual. Namun begitu, SMK Bukit Katil memulakan operasi pentadbiran pendidikan pada 10 Januari 2001, manakala sesi pengajaran dan pembelajaran bermula pada 3 Januari 2001 dengan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka. Pengetua pertama sekolah ini ialah Puan Hajah Sharifah Fadzilah binti Omar Al Habshi. prefectsmkbk.blogspot

Pada tahun pertama, sekolah ini mempunyai 25 orang guru, termasuk pentadbir, 3 orang kakitangan sokongan, dan 425 orang pelajar (166 pelajar Tingkatan Dua dan 259 pelajar Tingkatan Satu). Setelah lebih 10 bulan menumpang di SMK Bukit Baru, pada akhir Oktober 2001, operasi sekolah berpindah ke tapak sendiri di Bukit Katil. Selepas tiga tahun beroperasi, SMK Bukit Katil berkembang pesat dengan peningkatan jumlah pelajar dan guru, serta penggunaan sistem pengajaran dan pembelajaran moden dan prasarana yang lengkap. prefectsmkbk.blogspot

Pada tahun 2002, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bukit Katil ditubuhkan dengan seorang guru dan enam orang murid. Program ini dikenali sebagai Kelas PERMATA dalam kalangan warga sekolah. Menjelang tahun 2011, PPKI telah berkembang dengan 12 orang guru, 56 murid, dan tiga Pembantu Pengurusan Murid, menunjukkan peningkatan dalam pelbagai bidang termasuk kokurikulum dan projek transisi kerjaya. ppkismkbk.blogspot

Pada tahun 2004, Puan Kamisah binti Abdullah dilantik sebagai pengetua baharu, dan pada tahun yang sama, pelajar generasi pertama SMK Bukit Katil menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 2005, sekolah ini memperkenalkan aliran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan, diikuti dengan kelas mata pelajaran Vokasional (MPV) iaitu Produksi Multimedia pada tahun 2006. prefectsmkbk.blogspot

Pada tahun 2016, murid-murid SMK Bukit Katil datang ke sekolah seperti biasa dan tiada peristiwa menarik yang berlaku sepanjang tahun itu.

Pada tahun 2023, SMK Bukit Katil menawarkan pelbagai kemudahan prasarana termasuk pejabat sekolah, bilik mesyuarat, bilik guru, surau, pusat sumber, bilik SPBT (BOSS), koperasi sekolah, kantin, bilik disiplin, bilik kaunseling, bilik peperiksaan, tandas guru/murid, makmal sains, makmal sains tulen, bilik komputer ICT, bilik komputer MPV, bilik darjah perdana, bilik darjah PPKI, bilik seni, bengkel RBT, bengkel PD, bengkel GKT, blok pentadbiran, kabin, bengkel pembinaan domestik, blok pendidikan khas, bengkel pendidikan khas, pondok pengawal, rumah pam bomba, dan gelanggang serba guna. anyflip.com

Sejak penubuhannya, SMK Bukit Katil telah menunjukkan perkembangan pesat dalam pelbagai aspek, termasuk peningkatan prasarana, penambahan program akademik dan kokurikulum, serta pencapaian dalam bidang sukan dan kelestarian alam sekitar.

Lagu Sekolah

[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Bukit Katil

Gedung ilmu yang kami banggakan

Berakhlak mulia

Berdaya maju

Demi menepati wawasan


Akhlak akan kami pelihara

Kecemerlangan matlamat kita

Perpaduan ikatan mulia

Tiada masa untuk berleka


Kami pelajar SMKBK

Bertekad dengan penuh iltizam

Dalam apa jua lapangan

Demi nusa dan negara yang tercinta

  1. English Gear Up SPM 2024:
    • Program akademik untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar SPM.
    • Melibatkan teknik menjawab soalan dan latihan intensif.
  2. Pertandingan Arca 3R (Kitar Semula):
    • Menggalakkan kreativiti melalui penghasilan arca daripada bahan terpakai.
    • Memupuk kesedaran terhadap kepentingan amalan kitar semula.
  3. Majlis Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah:
    • Melantik pelajar sebagai Duta Sahsiah untuk menjadi contoh teladan.
    • Membina peribadi unggul dan disiplin dalam kalangan pelajar.
  4. World Cleanup Day 2024:
    • Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan sekitar.
    • Mendidik pelajar mengenai kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.
  5. Hari Sukan Negara 2024:
    • Aktiviti sukan seperti bola sepak, bola jaring, dan larian.
    • Meningkatkan kecergasan fizikal dan semangat kesukanan.

Sumber: smkbk.com

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI): Sejak penubuhannya pada tahun 2002, PPKI SMK Bukit Katil telah menunjukkan peningkatan dalam pelbagai bidang, termasuk kejayaan dalam kokurikulum, projek transisi kerjaya, dan projek jualan serta kraftangan hasil karya pelajar PPKI. PPKISMKBK2002

Kejohanan Hoki MSS Melaka Kawasan Ayer Keroh 2014: Berlangsung pada 16 dan 17 April 2014 di Stadium Hoki MBMB Bukit Serindit, Melaka. Pasukan hoki SMK Bukit Katil berjaya merangkul pingat perak dengan mendapatkan kedudukan tempat ketiga bagi lelaki bawah 18 tahun.

Pertandingan Sempena World Cleanup Day 2024: SMK Bukit Katil turut serta dalam pertandingan yang dianjurkan sempena World Cleanup Day 2024 dan berjaya meraih kemenangan dalam kategori agensi. SMKBK

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil
Km 9, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil
75450, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2326935
Faks = 606-2326922
  1. smkbukitkatil.com
  2. FB SMK Bukit Katil (Official)
  3. FB SMK Bukit Katil
  4. prefectsmkbk.blogspot
  5. ppkismkbk.blogspot
  6. anyflip.com
  7. apac.com.my

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]