Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok
MotoMerealisasikan SEBENTOK Cemerlang
JenisSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Swasta
PengetuaPuan Hajjah Faridah bte Harun
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Haji Abdul Malaid
Penolong Kanan KokurikulumEn. Abdul Kadir Rahman
Pengerusi PIBGEn. Zulkifli bin Awang
Kod sekolahTEA2033[1]
LokasiBukit Mentok, Kemaman, Malaysia Kemaman, Terengganu Darul Iman,  Malaysia
Telefon6098502630
Faks6098502632


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok atau nama ringkasnya SMK Bukit Mentok, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bukit Mentok, Kemaman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok memiliki 619 pelajar lelaki dan 631 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1250 orang. Ia mempunyai seramai 73 orang guru. Pada 2011 jumlah pelajar meningkat sebanyak 1874 orang dan guru pula seramai 114 orang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dibuka pada tahun 2006 (Mula beroperasi pada Jun 2006) Dirasmikan oleh YAB Datuk Ahmad bin Said

SMK Bukit Mentok pernah menjadi sekolah terbaik di Malaysia berikutan pencapaian pelajar yang sangat memberangsangkan sejak kehadiran YAB Puan Hajjah Faridah menggantikan Puan Hajjah Wan Kembang. Dengan memperkenalkan peraturan dan sistem pembelajaran yang berkesan, semua pelajar menerima kehadiran beliau dengan baik dan terbuka. Beliau terkenal dengan moto 'Tak Penting Saya Tak Cakap' dan 'Apa Yang Saya Kata, Saya akan kotakan'. Beliau bercita-cita tinggi untuk mengekalkan SMK Bukit Mentok sebagai sekolah yang terbaik dan sudah tentu dengan kerjasama pelajar-pelajarnya, tiada penghalang kepada cita-cita beliau untuk menjadi kenyataan.

Untuk pengetahuan semua, SMK Bukit Mentok menerima tawaran bagi menguji sistem pengawalan disiplin yang dikenali sebagai e-Displin. Dengan sistem ini, masalah disiplin dapat dapat dikurangkan dengan kadar yang drastik pada masa yang singkat. Kini sistem ini diperluas di semua sekolah di seluruh Malaysia. Moderator yang bertanggungjawab kepada sistem ini akan mengisi markah disiplin yang ditentukan dengan masalah yang dilakukan pelajar tebabit.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Menjadi johan dalam pertandingan kor kadet polis selama 4 tahun berurut-turut

Menjadi naib Johan dalam pertandingan Sekolah-sekolah Tercantik di Terengganu

Memegang gelaran sebagai sekolah yang paling dikenali di Terengganu kerana pencapaian pelajar yang sangat memuaskan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok
Bukit Mentok, Kemaman, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098502630
Fax = 6098502632

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]