Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong
Lokasi
Bukit Payong, Jalan Naka,, 06400, Pokok Sena,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSELANGKAH SEDERAP, SEIRING SEBAHU
Nombor sekolah6047822105
Kod sekolahKEAB003
Pengerusi PIBGEn. Mad Desa bin Awang Kechik
PengetuaPn. Hjh Rusni binti Ahmad
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Norliza @ Rahayu binti Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn. Hj. Burhanuddin bin Othman
Penolong Kanan KokurikulumPn. Norliza binti Osman
Faks6047822179


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong atau nama ringkasnya SMK Bukit Payong, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bukit Payong, Jalan Naka,.

Pada 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong memiliki 340 pelajar lelaki dan 328 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 668 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2011

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi[sunting | sunting sumber]

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong (SMKBP) diasaskan pada tahun 2000.

Permulaannya, ia hanya menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Payong selama 3 bulan. Pada peringkat permulaan ini bilangan tenaga pengajarnya adalah seramai 17 orang guru sahaja. Bilangan pelajar pula ialah seramai 236 orang iaitu terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan 2 sahaja.

Pelajar Tingkatan 2 adalah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena. Setelah lebih kurang 3 bulan menumpang di SK Bukit Payong barulah warga SMK Bukit Payong dapat berpindah ke bangunan dan tapak sendiri di tempat yang ada kini.

  • Pengetua yang pertama ialah Tuan Haji Hussain bin Othman. Jan 2000 - Jun 2005
  • Pengetua yang kedua ialah Puan Rohani bt. Mat. Jun 2005 - Mei 2008
  • Pengetua yang ketiga ialah Puan Napisah bt. Hassan. Mei 2008 - Mei 2010
  • Pengetua yang keempat ialah Puan Fatimah bt. Mohamed.Ogos 2010 - Jun 2013
  • Pengetua yang kelima ialah Puan Hajah Zaliha bt. Ahmad. Jun 2013 - 2015
  • Pengetua yang keenam ialah Encik GHazali bin Ariffin 2015-2017
  • Pengetua yang ketujuh ialah Puan Najamiah Binti Mahmud 2017
  • Pengetua yang kelapan ialah Puan Shokriah Binti Ahmad 2017 - 2018
  • Pengetua yang kesembilan ialah Puan Faridah Binti Siweng 2018
  • Pengetua yang kesepuluh ialah ialah Encik Ahmad Bin Mad Isa Mei 2018 - Ogos 2022
  • Pengetua yang kesebelas ialah Puan Hajah Rusni Binti Ahmad 28 Ogos 2022 - sekarang

Keseluruhan keluasan kawasan sekolah ialah 21 hektar. Peringkat awal penubuhannya sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan sekolah dan 1 blok bangunan Sains Pertanian.

Tahun 2001 adalah tahun pertama pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan awam iaitu PMR.

Taburan pelajar yang belajar di sekolah ini datangnya dari pelbagai kawasan sekitar iaitu dari:

  1. Kampung Bukit Payong
  2. Kampung Paya
  3. Kampung Bendang Lanjut
  4. Kampung Bukit
  5. Kampung Kubang Leret
  6. Kampung Bukit Lada
  7. Kampung Mata Ayer
  8. Kampung Palas
  9. Kuarters Penjara Pokok Sena

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong
Bukit Payong, Jalan Naka,
06400, Pokok Sena
Kedah, Malaysia
Telefon = 604-7822105
Fax = 604-7822179

Pautan luar[sunting | sunting sumber]