Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal
Lokasi
 Malaysia Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096624406
Kod sekolahTEA3115[1]
Faks6096622711


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal atau nama ringkasnya SMK Bukit Tunggal, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal memiliki 930 pelajar lelaki dan 961 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1891 orang. Ia mempunyai seramai 156 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMKBT mula dibuka pada Januari 1980 (menumpang di SMK Ibrahim Fikri ) dengan bilangan pelajar seramai 544 orang manakala bilangan guru seramai 31 orang. Pengetua pertama ialah Encik Mohd Zahid bin Awang.

Pada bulan September 1980, SMKBT mula berpindah ke bangunan sendiri di tapak sediaada sekarang dengan keluasan tanah 20.633 ekar yang terdiri daripada 3 blok bangunan 2 tingkat, bangunan bengkel SPU dan 3 makmalS ains, 3 tandas dan 1 unit rumah guru.

Bilangan pelajar pula telah bertambah kepada 988 orang dengan kapasiti 43 orang guru Pada tahun 1981 merupakan tahun pertama calon SRP dan calon SPM mengambil peperiksaan di SMK Bukit Tunggal. Jumlah calon SRP  pada tahun tersebut seramai 190 orang dengan peratus lulus 71.05 % manakala calon SPM seramai 85 calon dengan peratus lulus 65.8%. Pada 30 Oktober 1987 SMK Bukit Tunggal telah dirasmikan oleh YAB Dr.Mahathir bin Mohammad merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. sumber : http://www.smkbt.net/p/profil-sekolah.html

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal
Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096624406
Fax = 6096622711

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]