Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru
Lokasi
 Malaysia Baru Bandar Ceneh Baru, Kemaman, Malaysia, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098730223
Kod sekolahTEA2021[1]
Faks6098732564


Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru atau nama ringkasnya SMK Cheneh Baru, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Baru Bandar Ceneh Baru., Kemaman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru memiliki 468 pelajar lelaki dan 528 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 996 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru dibuka pada 2 Januari 1983 dengan menerima 60 orang pelajar dan 8 orang guru. Pengetua pertama ialah En. Karim @ Kassim bin Hassan. Ia terletak di Bandar Ceneh Baru di hujung selatan negeri Terengganu dalam daerah Kemaman dan Wilayah KETENGAH Terengganu.

Pusat pentadbiran daerah di Cukai, tetapi penduduk di sini lebih rapat ke Kuantan (50 km) dari segi ekonomi, kemudahan pengangkutan dan keperluan harian. Kebanyakan murid terdiri daripada anak peneroka Felda Neram 1, Felda Neram 2 dan Felda Cerul, anak pekerja ladang kelapa sawit Ladang Rakyat Terengganu, Ladang Ketengah Perwira , anak pekerja kilang sawit dan anak penduduk kampung.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru
Baru Bandar Ceneh Baru., Kemaman, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098730223
Fax = 6098732564

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]