Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras.png

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras
Alamat Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon 391318517
Faks 391315448
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto Ilmu Kunci Kejayaan
Slogan Feeling Great Cherasian
Kod Sekolah WEB0210
Pengetua Encik Jamil bin Jamaludin
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum Cik Lee Swee Ching
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Norazlinda binti Hasmunih
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Salehah binti Ali
Tahun dirasmikan 22 September 1964

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras memiliki 910 pelajar lelaki dan 752 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1662 orang. Ia mempunyai seramai 127 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras atau lebih dikenali sebagai Sekolah Jalan Cheras, SMKC atau SMK Cheras atau " Sekolah Kunci " adalah sebuah sekolah yang ditubuhkan pada tahun 22 September 1964. Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras terletak di Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak iaitu kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Beberapa bangunan berhampiran dengan sekolah ini ialah Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Sekolah Menengah Sains Alam Shah, dan yang paling hampir ialah gelanggang lumba basikal bandaraya, Velodrom Kuala Lumpur dan sebuah medan selera.

Sekolah yang terletak di kawasan seluas 14.6 ekar ini boleh menampung murid yang berbilang kaum, lelaki dan perempuan sekitar Cheras. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1964 sebagai sebuah sekolah menengah aliran Inggeris. Pada peringkat awalnya, banyak masalah dan kekurangan yang dihadapi. Murid-muridnya terpaksa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane, iaitu menumpang bangunan sekolah itu pada sebelah petangnya. Apabila bangunan sekolah telah siap, ia dibuka dan digunakan secara rasminya pada 27 Mac 1969 oleh YB Encik Mohamed Khir Johari.

Pada 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras menambah slogan baru, Feeling Great Cherasian yang membawa maksud Semangat Hebat Cherasian. Bermula dengan hanya 519 orang murid dan 21 orang guru pada awal penubuhannya, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras berkembang dari tahun ke tahun. Setelah sekolah ini bertembung dengan 11 orang pengetua, sekolah ini mempunyai 9 blok utama, 3 buah pondok, sebuah surau, 2 buah gimnasium, 7 gelanggang Pendidikan Jasmani, iaitu Gimnasium 1 dan 2, padang sekolah, gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw dan bola jaring, dan 2 gelanggang badminton.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1964, Kementerian Pendidikan Malaysia hendak membangunkan sebuah sekolah aneka jurusan di Selangor. Dengan ini, sebuah tapak telah dipilih di batu 4½, Jalan Cheras dan tiga blok bilik darjah telah didirikan. Oleh kerana sekolah ini terletak di kawasan Cheras, maka sekolah ini dinamakan Sekolah Jalan Cheras. Sebelum bangunan Sekolah Jalan Cheras dapat digunakan pada bulan Januari, 1965, sekolah ini telah pun wujud selama setahun di Sekolah Jalan Cochrane pada bahagian petang. Selama dua minggu pertama bulan Januari, 1965, sekolah dijalankan tanpa air dan elektrik. Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris, tetapi murid-murid diberi peluang mempelajari bahasa ibunda mereka. Semua pentadbiran sekolah pada masa itu adalah di bawah pengawasan pemangku guru besar, iaitu Encik Lim Eng Thye (PJK). Beliau bertugas sehingga bulan Mei, 1964 sahaja. Detik bersejarah bagi sekolah ini bermula dengan perasmiannya pada 27hb Mac 1969, di mana diadakan juga hari ucapan dan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam bidang pembelajaran masing-masing. Tetamu kehormat yang hadir pada masa itu ialah Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Mohd Khir Johari dan isterinya, ketua penasihat pelajaran dan pegawai-pegawai Menteri Pendidikan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Telefon = 0391318517
Fax = 0391315448

Visi sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Cemerlang dalam Kurikulum,Kokurikulum, dan Sahsiah Diri Menjelang tahun 2015

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Mendidik dan Membimbing Murid Mencapai Kecermelangan Akedemik
  • Menggilap Bakat Murid dalam Pelbagai Bidang Kokurikulum
  • Menerap dan Mengamalkan Nilai-nilai Murni dan Bersikap Positif

Laman web[sunting | sunting sumber]