Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin (Cf)
Lokasi
 Malaysia Jalan Bukit Kecil , Kuala Terengganu , Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096203735
Kod sekolahTEB3093[1]
Faks6096203736


Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin (Cf) atau nama ringkasnya SMJK Chung Hwa Wei Sin (Cf), SMKCHWS, merupakan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang terletak di Jalan Bukit Kecil , Kuala Terengganu , Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin (Cf) memiliki 757 pelajar lelaki dan 715 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1472 orang. Ia mempunyai seramai 102 orang guru.2009

Terdapat Kelas Pagi dan Kelas Petang untuk pelajar tingkatan satu ke lima.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Zaman 90-an ke 2000-an:

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin ( SMJKCHWS ) telah ditubuhkan pada tahun 1949 bersempena nama Syarikat Percetakan Akhbar Wei Sin atas cadangan Encik Chong Ya Gu untuk mengatasi masalah kegagalan pelajar miskin dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Wei Sin melanjutkan pelajaran. Pada peringkat awal, Sekolah Rendah Wei Sin telah menyewa sebuah rumah di 98, Jalan Kampung Cina ( sekarang Kedai Makan Golden Dragon ) sebagai sekolah sementara untuk menampung lebih kurang 60 orang pelajar sahaja, kemudian berpindah ke Kedai Binja, seterusnya dibina di Jalan Tok Lam pada tahun 1915 setelah memakan masa 20 tahun untuk disiapkan. Sekolah itu telah dirasmikan oleh Penasihat British iaitu Tuan Vosley. ​ Pada tahun 1949 dengan bantuan pemimpin Persatuan Cina, Encik Cheng Wei Ren, Dato Tan Gark Hwee, Encik Koh Teng Hee, Encik Cheok Yee, En. Kho Shao Hwang dan sokongan orang ramai, sebuah sekolah menengah aliran cina yang bergabung dengan sekolah rendah iaitu Chung Hwa Wei Sin Middle School ditubuhkan pada tahun 1949.

Pada tahun 1962 dengan bantuan kewangan daripada kerajaan, sekolah ini telah berpindah ke Jalan Bukit Kecil dan dijadikan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dengan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Pada mulanya, sekolah ini dikenali sebagai Chung Hwa Wei Sin Middle School. ​ ​Sekolah ini bermula dengan Tingkatan Satu yang mempunyai 9 orang pelajar ( 7 orang lelaki, 1 orang perempuan ) dan lebih kurang 5 orang guru. Antaranya termasuk En Chong Ya Gu yang menjawat jawatan Pengetua. Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik, Pertanian, Biologi, Kimia dan Pendidikan Seni adalah antara mata pelajaran yang diajar.

​Pada tahun 1960, bantuan kewangan daripada kerajaan telah diperoleh. Sebuah bangunan baharu sekolah dibina pada tahun 1962 atas nama SMJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Perbelanjaan projek ini dibiayai oleh pihak kerajaan. Selepas tahun 1965, pelajar tingkatan tiga telah menduduki peperiksaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ( Lembaga Peperiksaan ).

Pada tahun 1978-1984, pusat sumber, makmal bahasa, bilik komputer serta dewan mini diadakan di sekolah ini melalui pengubahsuaian bangunan lama. Atas usaha 3 badan sebuah dewan baharu siap dibina pada Oktober 1988 。Kantin baharu ini telah mula digunakan pada tahun 1997.

​Senikata lagu sekolah dicipta oleh seorang sasterawan Negara China yang terkenal Encik Lu Shao Chew dan telah diubahsuai oleh Encik Chew Man Sa yang berasal dari Pulau Pinang. Lirik lagu sekolah pula diubahsuaikan daripada lirik lagu salah sebuah Universiti di Amerika Syarikat. Lencana Sekolah dicipta oleh seorang seniman yang terkenal di negara kita Encik Chew Teng Beng.

登嘉楼中华维新国民型中学校史 ​ 1949年,庄亚古先生提倡建立中华维新国民型中学。校名采用维新印刷公司名义。当时是为了解决维小学贫困学生未能无法继续深造的问题。最初,维新小学位于98, 唐人街(现为金龙饭店)租了一所房子作为临时学校,仅容纳约60名学生,然后搬到Kedai Binja,随后于 Jalan Tok Lam花了20年建造新校舍。这所学校由英国顾问沃斯利先生揭幕。 1949年在华社领袖郑维仁先生、拿督陈嘉辉先生、许登熙先生、卓义恩先生和公众支持下,维新华中与华小联合成立维新初中中学。

1962年,在政府的资助下,学校搬迁至Jalan Bukit Kecil,成为一所以英语为教学语言的国家型中学。最初,这所学校被称为中华维新初中中学。​ ​ 学校一开始先设有中一班,共有9名学生(7男,1女)和5名教师。其中包括校长 Chong Ya Gu 先生;学科包括:英语、汉语数学、农业、生物、化学和艺术教育。 ​

1960年,本校获得政府资政援助。 1962 年以建造了一座新校舍。本项目的开支由政府资助。 1965年后,中三学生参加马来西亚教育部考试局的马来西亚初中统一评审。

​ 1978至1984年,在三机构及华社的努力下,通过旧楼的改造,在学校设立了学校设备如资源中心、语言室、计算机室和小礼堂。1988 年 10 月新教学楼竣工。1997年,启用新食堂。

本校校歌由中国著名民族诗人陆少洲先生创作,并由来自槟城的周文沙先生修改。校歌的歌词改编自美国一所大学的歌词。本校校徽由我国著名艺术家周登明先生创作。


2) SMK Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu telah terpilih Dalam program Transformasi Sekolah 2025 Bagi Kohort 7 Bermula tahun 2022. ~Program Transformasi Sekolah 2025(TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke Arah meningkatkan kemenjadian Murid dan Sekolah berkualit ~Mengaplikasikan Amalan Terbaik Dalam pelaksanaan Pengurusan dan Kepimpinan serta pedagogi Dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan Jaafar yang terkandung Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL YOUTH MARCHING BAND COMPETITION 2015 (JOHAN)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin (Cf)
Jalan Bukit Kecil , Kuala Terengganu , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096203735
Fax = 6096203736

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]