Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa
Logo SMK Cochrane Perkasa.
Logo SMK Cochrane Perkasa.
Lokasi
Off Jalan Cochrane
55100 Kuala Lumpur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kerajaan, Sekolah menengah
MotoCemerlang, Gemilang, Terbilang[1]
Ditubuhkan3 Januari 2005[1]
Nombor sekolah+603-9200 4300
Kod sekolahWEA0251
Pengerusi PIBGProf. Dr. C. Shreeshivadasan[2]
PengetuaPn. Hjh. Maizatul Akmal binti Sahudin[1]
GPK Pentadbiran dan AkademikDatin Norsiah binti Wakiban[3]
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Maznah binti Musa[3]
Penolong Kanan KokurikulumCik Valleamah A/P Sinniah[3]
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangCik Mek Hong Tian[3]
Faks+603-9200 2400
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa, yang lebih dikenali dengan nama ringkasnya, SMKCP, merupakan sekolah menengah kebangsaan dalam bandar yang terletak di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, di bawah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu. Pasa masa kini, SMK Cochrane Perkasa memiliki 712 murid dan 76 guru[4]Jun 2022.

Sejarah[1][sunting | sunting sumber]

SMK Cochrane Perkasa dibuka pada 3 Januari 2005. Nama sekolah diambil sempena nama Jalan Cochrane yang terletak berhampiran dengan bangunan sekolah. Tujuan SMK Cochrane Perkasa ditubuhkan adalah untuk menumpang bilangan pelajar yang semakin meningkat daripada dua Projek Perumahan Rakyat (PPR) berhampiran iaitu PPR Laksamana Jalan Peel dan PPR Perkasa Jalan Nakhoda Yusuf, serta taman-taman perumahan sekitarnya.

Di awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai 442 murid dan 34 staf (27 guru, 4 staf pejabat dan 1 pembantu makmal), dan menumpang di bangunan lama SMK Cochrane selepas sekolah tersebut berpindah ke bangunan baru di Jalan Syahbandar. Setelah beroperasi selama satu setengah tahun disitu, SMK Cochrane Perkasa diberi arahan untuk berpindah ke bangunannya sendiri pada 12 Jun 2006 oleh Datuk Hjh. Noor Rezan binti Bapoo Hashim, Pengarah Pelajaran JPWP ketika itu. Terdapat 12 buah kelas biasa, 2 bua kelas pendidikan khas, sebuah bilik guru, 2 buah makma sains dan sebuah dewan disediakan sebagai kemudahan warga sekolah.

Pada tahun 2008, SMK Cochrane Perkasa memulakan persekolahan sesi pagi dan petang apabila bilangan kelas yang disediakan tidak mencukupi untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Bermula tahun 2010, SMK Cochrane Perkasa mempunyai 1,497 murid, 105 guru dan 14 staf. Sebanyak 32 buah kelas disediakan untuk menampung keperluan para murid.

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti melalui penerapan disiplin individu[1].

Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan berkualiti, insan berdisiplin, SMKCP sejahtera[1].

Moto[sunting | sunting sumber]

Perkasarian Cemerlang, Gemilang, Terbilang[1]

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Setiap pelajar mempunyai potensi untuk berkembang maju secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan yang teguh kepada tuhan dan persepaduan antara ilmu, iman dan amal. Usaha ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan dapat menjamin kesejahteraan diri, agama, bangsa dan negara[5][6][1].

Matlamat[5][6][sunting | sunting sumber]

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

  • Berkerjasama dalam satu pasukan melalui budaya kerja yang saling menghormati, kerja bersama-sama dan menghargai masa untuk meningkatkan imej sekolah;
  • Bersama mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif.

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

  • Meningkatkan pencapaian PMR kepada kelulusan 100 peratus tanpa E dalam semua mata pelajaran;
  • Pencapaian sekurang-kurangnya 50 peratus A dalam semua mata pelajaran dalam PMR;
  • Menjadikan sekolah sebagai sekolah cemerlang dalam pencapaian akademik di peringkat zon dan negeri;
  • Mendapatkan kelulusan 100% dalam PAFA, PEKA, ULBS dan semua kerja kursus;
  • Meningkatkan prestasi pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 ke arah 100 peratus lulus;
  • Menjadikan kawasan dalam sekolah sebagai tempat murid memperolehi ilmu melalui pelbagai sumber.
  • Menjadikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai nadi ilmu dan pusat rujukan/maklumat. (resources center) bagi warga sekolah dan masyarakat luar;
  • Menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya warga sekolah.

Hal Ehwal Murid[sunting | sunting sumber]

  • Melahirkan para pelajar yang berakhlak mulia, berbudi bahasa dan bersemangat patriotik;
  • Memastikan salahlaku sifar tercapai terutama dalam kes-kes ponteng, merokok dan datang lewat;
  • Memastikan salah laku berat di paras sifar;
  • Meningkatkan kebersihan dan kesihatan, keceriaan dan keselamatan di peringkat zon dan Negeri (5K).

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

  • Melibatkan semua pelajar menyertai kokurikulum secara aktif;
  • Meningkatkan prestasi penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang disertai;
  • Meningkatkan prestasi cemerlang dalam beberapa pasukan yang berkaitan:
    • Permainan hoki;
    • Pasukan nasyid;
    • Pasukan sepak takraw;
    • Olahraga;
    • Bola sepak.
  • Berusaha mencapai kemenangan kelab/pasukan dalam pertandingan yang disertai;
  • Menyediakan pasukan pelapis setiap permainan untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah di dalam bidang kokurikulum.

Piagam Pelanggan[1][sunting | sunting sumber]

Kami warga SMK Cochrane Perkasa dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  • Memperkasakan SMKCP dengan memastikan pembangunan intelektual dan sahsiah dalam kalangan pelajar;
  • Memastikan semua guru dan kakitangan sokongan mempunyai tahap profesionalisme dan kualiti yang tinggi;
  • Memastikan imej sekolah dan warga pendidik sentiasa dipandang tinggi;
  • Mematuhi segala dasar dan arahan pihak KPM dan JPWPKL;
  • Memproses semua urusan kaunter dengan cermat dan berkesan;
  • Menangani sebarang aduan dengan cermat dan profesional;
  • Memastikan perkhidmatan kaunter mempunyai kualiti, cekap. cepat, cermat. tepat dan berhemah setiap masa;
  • Menganjurkan prinsip kemunasabahan dalam semua urusan dan amalan.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Demografi
Tahun Jumlah Murid Jumlah Guru
2009 1,623 95
2010[1] 1,497 105
Mei 2019[7] 653 84
Januari 2020[8] 677 78
Jun 2020[9] 688 77
Jun 2021[10] 695 76
Jun 2022[4] 712 76

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane Perkasa
Off Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur
Telefon: +603-9200 4300
Faks: +603-9200 2400
E-mel: wea0251@moe.edu.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j "eMajalah Perkasa SMK Cochrane Perkasa Jilid ke-15". Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa.
  2. ^ "Mesyuarat Agung PIBG SMK Cochrane Perkasa Kali ke-17". Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa. 20 November 2021.
  3. ^ a b c d "Mesyuarat Agung Koperasi SMK Cochrane Perkasa Kali ke-6". Koperasi SMK Cochrane Perkasa KL Berhad.
  4. ^ a b "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2022". Kementerian Pendidikan Malaysia. 2 September 2022.
  5. ^ a b "Intai Perkasa SMK Cochrane Perkasa Jilid 1". Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa. 2007.
  6. ^ a b "Intai Perkasa SMK Cochrane Perkasa Jilid 2". Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa. 2008.
  7. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah 31 Mei 2019". Kementerian Pendidikan Malaysia. 17 Februari 2020.
  8. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jan 2020". Kementerian Pendidikan Malaysia. 18 Februari 2020.
  9. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". Kementerian Pendidikan Malaysia. 10 Julai 2020.
  10. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]