Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Teluk Intan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent
Lokasi
Jalan Sekolah, 36007, Teluk Intan, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6056221936
Kod sekolahAEB5169
Faks6056212842


Sekolah Menengah Kebangsaan Convent atau nama ringkasnya SMK Convent, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent memiliki 930 orang pelajar perempuan. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Teluk Intan telah ditubuhkan pada tahun 1919 oleh Reverend Father Coppin'. Nama asal sekolah ini ialah St. Agnes School, sebuah sekolah persendirian. Mulai tahun itu, sekolah ini mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang pesat. Pada tahun 1926, pentadbiran sekolah diambil alih oleh sekumpulan biarawati yang dikenali sebagai The Sisters of Holy Infant Jesus. Sekolah ini kemudian menjadi sebuah sekolah bantuan kerajaan dan mempunyai seramai 60 orang pelajar.

Pada zaman pendudukan Jepun, sekolah ini ditadbir oleh kerajaan Jepun dan dijadikan sekolah bercampur. Sekolah ini dikenali sebagai Nippon-go-Sakko pada zaman itu. Selepas pendudukan Jepun, kemasukan pelajar perempuan terus bertambah. Oleh kerana kekurangan bilik darjah, pada tahun 1951, lapan buah lagi bilik darjah ditambah disusuli oleh 10 buah bilik darjah yang dibina pada tahun 1954.

Sekolah Rendah Convent dipisahkan dengan Sekolah Menengah Convent secara berperingkat-peringkat antara tahun 1965-1967 kerana bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Pada tahun 1971, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent mempunyai 23 buah bilik darjah, 2 buah makmal Sains, 2 buah bilik Sains Rumah Tangga (dikenali sebagai Bilik Jahitan dan Bilik Masakan), sebuah bilik Seni Lukis dan sebuah dewan serbaguna. Beberapa tahun kemudian,[bila?] 2 buah makmal Sains baru dibina untuk menampung kepesatan bilangan pelajar – 1205 orang pelajar bersama 45 orang guru. Dua sesi persekolahan juga diwujudkan – 23 kelas bagi sesi pagi and 7 kelas bagi sesi petang. Pada tahun 1975, perpustakaan sekolah telah diperbesar. Di samping itu, sebuah ruang kegiatan sukan diwujudkan untik menggalakkan perkembangan mental dan fizikal pelajar.

Sejak SMKCTI diketuai oleh Pn. Hjh. Hamidah, sekolah ini mencapai kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum. Sekolah ini muncul sebagai sebuah sekolah terbaik dari segi pencapaian akademik di Hilir Perak. Puncak kegemilangan SMKCTI dalam pencapaian SPM tercatat pada tahun 1993; seramai 111 orang pelajar memperolehi pangkat satu.

Di samping itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) SMKCTI telah bekerjasama dengan pihak sekolah menjalankan beberapa projek demi kepentingan pelajar, seperti mengisi Tabung Pembangunan Sekolah, menyediakan Bilik Komputer dan melancarkan projek keceriaan sekolah. Jabatan Pedidikan Negeri Perak juga telah memperuntukkan bantuan bagi membiayai pendawaian semula sekolah.

Pada tahun 1978, sekolah ini diberi tugas mengawas asrama sekolah yang diberi nama Asrama Puteri Pusat Convent. Pada tahun 1980, sekolah ini dinaikkan taraf ke gred A.

Pada tahun 1986, sebuah lagu baru, Sinar Kejayaan telah dicipta oleh seorang guru bernama En. Muhammad bin Osman dan seorang murid bernama Chong Yin, lalu menjadi lagu rasmi sekolah sehingga hari ini (2017). Pada tahun 1995, sebuah Rumah Hijau telah dibina.

Pelbagai kerja pengubahsuaian telah dilakukan di sekolah supaya para pelajar dapat belajar dalam keadaan yang lebih kondusif. Kini, pentas dewan, surau dan stor sukan telah dibina semula akibat serangan anai-anai. Bilik-bilik yang lain juga sedang dibaik pulih.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kebitaraan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Teluk Intan adalah dalam Bahasa Inggeris dan seni pertahanan diri, Taekwondo. SMK Convent Teluk Intan juga mempunyai pasukan debat Bahasa Inggeris.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent
Jalan Sekolah
36000, Teluk Intan
Negeri Perak,  Malaysia
Telefon = 6056221936
Faks = 6056212842

Pautan luar[sunting | sunting sumber]