Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M) Bukit Mertajam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M) Bukit Mertajam.jpg
Lokasi
 Malaysia Jln Kulim,, 14000, Bukit Mertajam, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSimple Dans Ma Vertu, Forte Dans Mon Devoir (Tulus Dengan Fadilah, Azam Dan Bakti)
Ditubuhkan1 Mac 1934
Nombor sekolah+6045384996
Kod sekolahPEB0044
PengetuaPn. Goi Goit Sim
JantinaPerempuan
WarnaBiru dan Putih
Penolong Kanan KokurikulumPn. Yean Siew Shen
Faks6045390976


Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M) Bukit Mertajam, nama ringkasnya SMK Convent (M) Bukit Mertajam atau dikenali sebagai CBM, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kulim, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M) Bukit Mertajam 869 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 869 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009

Pada 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M) Bukit Mertajam memiliki 0 orang pelajar lelaki dan 865 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 865 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.2017

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengasas SMK Convent Bukit Mertajam

The Very Rev. Mother St. Tarcisius yang sampai ke Malaya pada tahun 1904 memainkan peranan penting dalam perkembangan Convents yang dipimpin oleh beliau.

Pada 1924, beliau sampai ke Pulau Pinang sebagai Mother Superior of the Convent dan ketua Congregation di Malaya. Rev. Mother menerajui kebanyakkan sekolah di Pulau Pinang dan Kedah. Pada 1934, beliau mengasaskan St. Marguerite’s Convent di Bukit Mertajam. Sekolah tersebut bermula di rumah Melayu yang disewa di Cross Sreet (sekarang Jalan Arumugam Pillai). Pada November 1938, sekolah tersebut berpindah ke lokasi pada hari ini iaitu di Jalan Kulim. Rev. Mother St. Tarcisius memperoleh tanah yang seluas tujuh hektar tersebut pada 1931. Dalam tempoh Rev. St. Tarcisius berkhidmat sebagai Superior General, Convents di sekitar Malaya telah berkembang dengan pesat dari segi saiz dan pengaruh. Beliau juga memulakan bidang sains domestik dan komersial di sekolah-sekolah.

Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan beliau di Malaya, the King of England, His Majesty, King George V telah menganugerahkan Very Rev. Mother St. Tarcisius dengan O.B.E. pada tahun 1936.

Semasa sambutan Jubli Emas beliau pada tahun 1934, Rev. Mother mengatakan, “I am obsessed with the importance of young girls and the women’s influence in the making of happier homes and to a better world while seeking to maintain a high level of academic achievements in our schools, it has been our aim to prepare our pupils for the battle of life.”

Beliau bersara pada September 1954 sebagai Rev. Mother Visitor of the Convents of the Holy Infant Jesus. Beliau menghabiskan sepuluh tahun terakhir beliau di Penang Light Street Convent dan Cheras Road Convent di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1964, Very Rev. Mother St. Tarcisius meninggal dunia pada umur 89 tahun. Beliau dikebumikan di Cheras Catholic Cemetery selepas berkhidmat dan menghabiskan 60 tahun hidupnya untuk Convents di Malaysia. Negara kita telah kehilangan seorang pendidik dan mubaligh setia yang sepanjang hidup beliau amat prihatin dengan usaha untuk menanamkan prinsip-prinsip yang kukuh tentang kehidupan yang bahagia dan berguna dalam diri gadis-gadis muda.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Johan Sebutan Korus peringkat negeri Pulau Pinang 2016
  • Sekolah Hijau anjuran MPSP 2016 - Pingat Emas
  • Angkat berat (Sukma 2016) - Pingat emas (Logasree)
  • DKLS Essay Competition 2016 - Johan (Krystal Ann)
  • Johan Bicara Berirama Peringkat Negeri Tahun 2014

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M) Bukit Mertajam
Jln Kulim,
14000, Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = +6045384996
Faks = +6045390976

Pautan luar[sunting | sunting sumber]