Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya
Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Sentiasa Menuju Ke Arah Cemerlang |
Nombor sekolah | 383188088 |
Kod sekolah | BEA9609[1] |
Pengerusi PIBG | En Rushdan bin Mohamed |
Pengetua | Puan Nurul Aini Chan binti Abdullah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Che Supiah binti Che Awang |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Aslaniah binti Jamali |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Rosnah binti Sarip |
Faks | 383183588 |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google |
Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya (SMKC) ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Cyberjaya, Selangor, yang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya dan berdekatan dengan Universiti Multimedia. Ia dibina di daerah Sepang, Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya merupakan sekolah berkonsepkan Sekolah Ceria berasaskan IT dan mula beroperasi pada 14 Jun 2004 dengan 4 orang murid, 21 orang guru yang diketuai oleh Pengetua Perintis, Tn. Hj. Salehuddin bin Abd. Rasid dibantu oleh Pn. Hjh. Hamidah bt. Said selaku Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Habshah bt. Mohamad selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan En. Jeyem Thiram a/l Maniam selaku Penolong Kanan Kokurikulum
Merangkumi kawasan seluas 11 ekar, SMK Cyberjaya terletak di dalam kawasan yang diwartakan sebagai Koridor Raya Multimedia. Malah SMK Cyberjaya merupakan sebahagian daripada pelan tersebut. Pada peringkat awal sekolah ini merupakan sekolah bestari "Level A" tetapi diubah menjadi sekolah Ceria IT. Bersesuaian dengan konsep tersebut, SMK Cyberjaya dibekalkan dengan peralatan dan kemudahan yang canggih.
SMK Cyberjaya dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan berikut :
- dewan
- surau
- bangunan pentadbiran
- 5 blok akademik yang mengandungi 36 buah kelas yang setiap satunya boleh menampung 36 orang murid
- sudut membaca, pusat sumber
- 3 buah makmal komputer
- bengkel-bengkel kemahiran hidup
- bilik "Self Access Centre"
- bilik Bimbingan dan Kaunseling
- bilik muzik
- 175 buah komputer serta Internet Percuma (Yes 4G)
- bilik kesihatan dan pergigian
- koperasi sekolah
- kantin
- bilik SPBT
- tempat menunggu bas berbumbung
Enrolmen murid yang bermula dengan hanya 4 orang murid, kini telah mencecah 1064 orang. Pengetua Kedua, Puan Fuziah bt. Mahmood menggantikan Pengetua Perintis bermula September 2007 sehingga 16 Disember 2012. Bermula 17 Disember 2012 SMK Cyberjaya diterajui oleh Pn. Hjh Norma binti Daud. Pada tahun 2014, Puan Ng Sie Fong diamanah sebagai pengetua sehingga 2015 apabila digantikan oleh Puan Nurul Aini Chan binti Abdullah.
Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]
Sentiasa Menuju Ke Arah Cemerlang
Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]
SMK Cyberjaya Cemerlang dan Gemilang
Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]
Mewakili 6 Tonggak Kecemerlangan[sunting | sunting sumber]
- Cemerlang Pentadbiran
- Cemerlang Kurikulum
- Cemerlang Kokurikulum
- Cemerlang Sahsiah
- Cemerlang Keceriaan
- Cemerlang Komuniti
Warna Lencana[sunting | sunting sumber]
- Kuning - Keagungan dan Ketinggian Martabat sekolah
- Biru - Keharmonian
- Hijau - Kesuburan dan lambang sekolah ini dibina di atas tapak Program Buku Hijau
- Ungu - Merupakan warna rasmi Sekolah Bestari Malaysia
Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]
- Encik Md. Salehuddin bin Abd Rasid (2004-2006)
- Puan Fuziah binti Mahmood (2006-2012)
- Puan Hjh Norma binti Daud (2012-2014)
- Puan Ng Sie Fong (2014-2015)
- Puan Nurul Aini Chan (2016-sekarang)
Pencapaian Sekolah[sunting | sunting sumber]
- 2006
- Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sepang
- Lelaki bawah 15 tahun (Ketiga)
- Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sepang
- Hafazan (Johan)
- Syarahan Perempuan (Naib Johan)
- Tilawah Al-Quran (Naib Johan)
- 2011
- Kejohanan Tenpin Boling MSSD Sepang
- Perempuan Bawah 15;
- Perseorang :
*Nur Amira (2 KRK)
- Berpasukan :
*Johan
- Lelaki Bawah 15;
- Perseorangan:
*Muhammad Nur Hazarizq (1Cyber1)
- Berpasukan :
*Johan
- 2013
- Choral Speaking Daerah Sepang (Naib Johan). Our One Malaysia
- Bicara Berirama Daerah Sepang (Johan)
- 2018
- Merentas Desa Daerah (Johan Keseluruhan Kategori Lelaki)
- 2020
- Bola Keranjang Lelaki Bawah 18 (Johan)
- 2023
- Bola Keranjang Perempuan Bawah 18
(Tempat Ketiga)
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya
- Persiaran Fauna 2, Zon Flagship 2
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 383188088
- Fax = 383183588