Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1
Lokasi
 Malaysia No. 2, Jalan Pju 10/1, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah361574547
Kod sekolahBEA8652[1]
PengetuaMohamad Najed bin Daud
Faks361579426
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1 atau nama ringkasnya SMK Damansara Damai 1, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di No. 2, Jalan PJU 10/1, Damansara Damai.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1 memiliki 838 pelajar lelaki dan 758 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1596 orang. Ia mempunyai seramai 93 orang guru.2009

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

SMK Damansara Damai 1 merupakan salah sebuah sekolah menengah yang dibina secara runding terus (Design & Build). Sekolah ini terletak di kawasan perumahan Damansara Damai. Kawasan perumahan ini merupakan sebuah kawasan perumahan baru yang dimajukan oleh Medan Prestasi Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat MK Land. Oleh itu, Medan Prestasi adalah pemaju yang dipertanggungjawabkan untuk membina SMK Damansara Damai 1 dengan kos berjumlah RM13,130,000.00. Pentadbiran sekolah ini bermula pada 5 Januari 2003 apabila Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM melapor diri di PPD Petaling. Namun demikian, SMK Damansara Damai 1 memulakan sejarahnya pada 9 Jun 2003 apabila menerima 135 pelajar tingkatan 1 dan 52 orang tingkatan 2. Jumlah guru pula seramai 10 orang dan 3 kakitangan. Seterusnya pada 1 Oktober 2003 Pengetua pertama SMK Damansara Damai 1, En. Kamaruddin b. Haron melapor diri. Kini tanpa menoleh ke belakang, SMK Damansara Damai 1 melangkah ke depan selaras dengan visi dan misi sekolah yang telah terpahat.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. Tuan Haji Kamaruddin b. Haron (2004)
  2. Puan Zabedah Binti Warjan (2005 - 2010)
  3. Puan Megawati binti Hasbullah (2011 - Jan 2014)
  4. Tuan Haji A.Talib b. Ismail (2014 - Feb 2017)
  5. Puan Julia Binti Hamzah (2017 - Mac 2020)
  6. Encik Mohamad Najed bin Daud (2020- kini)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun 2014

Kokurikulum :

1. Johan Pertandingan Bicara Berirama peringkat Daerah Petaling Utama

2. Johan Kejohanan Sofbol Bawah 18 tahun (L) peringkat Daerah Petaling Utama

3. Johan Kejohanan Sofbol Bawah 18 tahun (P) peringkat Daerah Petaling Utama

4. Johan Kejohanan Sofbol Bawah 15 tahun (P) peringkat Daerah Petaling Utama

5. Johan Kejohanan Hoki MSSD (L)

6. Naib Johan Kejohanan Sofbol Bawah 15 tahun (L) peringkat Daerah Petaling Utama

7. Naib Johan Pertandingan Kompang Formasi peringkat Daerah Petaling Utama

8. Naib Johan Kejohanan Hoki MSSD (P)

9. Tempat ke-3 Kejohanan Hoki Uniten 2014

Alamat[sunting | sunting sumber]

SMK Damansara Damai 1
No. 2, Jalan PJU 10/1, Damansara Damai
47830 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Telefon : 03-61574547
Fax  : 03-61579426
Email  : bea8652@btpnsel.edu.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]