Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum
Moto Kerajinan Tangga Kemajuan
Ditubuhkan 1963
Dirasmikan 8 Oktober 1965 oleh YB Encik Mohamed Khir Johari
Jenis Sekolah Menengah Berasrama
Kod sekolah MEB1064
Lokasi  Malaysia Jalan Jasin 77300, Merlimau, Melaka Bandar Bersejarah, Malaysia
Telefon 6062631205
Faks 6062636759

Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum (juga dikenali sebagai SMKDA/SDA) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di sekitar kawasan Merlimau, Jasin dengan kawasan seluas lebih kurang 13 ekar. SMKDA merupakan antara sekolah cemerlang di daerah Jasin, Melaka dan memperoleh pelbagai anugerah dan pencapaian. Sehingga kini, SMK Dang Anum masih giat berusaha untuk menjadi salah sebuah sekolah yang termasyhur di negeri Melaka.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Nama Dang Anum begitu sinonim dengan masyarakat daerah Jasin masa kini sebagai sebuah insititusi pendidikan yang cukup dominan. Sebagai sebuah sekolah terawal penubuhannya, pelbagai onak dan duri terpaksa diharungi, bagi mencapai visi dan misi sehinggalah berjaya menempa nama antara sekolah yang disegani di daerah ini.

Pada awal tahun 1960-an, keperluan pendidikan peringkat menengah amat mendesak di kawasan Jasin Pantai iaitu kawasan Pekan Merlimau dan kawasan sekitarnya. Atas desakan penduduk setempat akhirnya pada tahun 1963, wujudlah sekolah menengah pertama di Merlimau. Tahun 1967 merupakan julung-julung kalinya pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan LCE dengan jumlah calonnya hanya 44 orang. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohamed Khir Johari, Menteri Pelajaran pada 8 Oktober 1965. Sekolah ini telah memulakan bahasa pengantar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kemudian, kelas-kelas dalam pengantar Bahasa Melayu telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Dato` Abdul Rahman Yaacob pada tahun 1968.

Pada awalnya sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah XXX atau Sekolah Menengah Lanjutan. Nama ini tidak kekal lama apabila tidak lama kemudian namanya ditukar kepada Sekolah Inggeris. Seterusnya sekolah ini diberi nama Sekolah Dang Anum. Nama ini diambil sempena nama Legenda Srikandi Dang Anum, anak kepada Sang Rajuna Tapa, (Bendahara Temasik) yang berani mempertahankan hak dan kebenaran. Dang Anum merupakan anak Sang Rajuna Tapa yang telah dibelah perutnya semasa sedang mengandung kerana telah memakan seulas nangka dari buah sulung kepunyaan Sultan tanpa kebenaran. Legenda inilah yang memberi inspirasi pentadbiran sekolah ketika itu sehingga terpahatnya nama SMK Dang Anum. Lagu rasmi SMK Dang Anum serta lencana sekolah ialah hasil ciptaan guru sekolah ini. Lagu dan seni katanya dicipta oleh seorang guru bernama Encik Roslan Dol yang berentak `march` (perarakan) manakala lencana sekolah pula hasil ciptaan Mr. John. Ang. Warna hijau sebagai simbol srikandi bangsawan Melayu dan lambang kesegaran dan ketenangan. Warna kuning sebagai simbol srikandi bangsawan Melayu dan lambang kebanggaan. Warna biru pula lambang kejujuran manakala warna merah memberi erti kegigihan pelajar. Simbol harimau dan obor serta bintang dan perisai bermaksud pelajar SMK Dang Anum sentiasa tabah mencipta kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Mulai tahun 1983, Program Kelas Rancangan Khas mula dilaksanakan manakala Program Kelas Kawalan dimulakan pada tahun 2003.


Pada tanggal 3 Mac 1970, telah dilangsungkan perasmian penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini. YB Datuk Haji Ahmad bin Ithnin telah menjadi pengerusi persatuan ini pada tahun 1973 hingga 1976. Kemudian, teraju kepimpinan PIBG bertukar ganti kepada Tuan Haji Othman bin Abdullah pada tahun 1977 hingga 1979. Pada tahun 1980 hingga 1988, YB Datuk Haji Ahmad bin Ithnin telah menjadi pengerusi persatuan ini buat kali kedua. Selepas itu, pada tahun 1989 hingga 2004, Datuk Haj Abu bin Pit (kini bergelar YB) pula meneruskan taraju kepimpinan ini. Kini, PIBG SMK Dang Anum telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Hj. Ithnin.

Pancaragam Pengakap Sekolah adalah antara persatuan yang popular suatu masa dulu yang telah dibentuk pada awal tahun 1973 dan dirasmikan oleh Dato` Said Hashim bin Haji Abdul, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia pada 18 Ogos 1973. Surau baru Sekolah Menengah Dang Anum telah dimulakan pembinaannya pada 18 April 2001 bagi menggantikan surau lama sejak tahun 1981. YAB Datuk Seri Mohd. Ali bin Rustam, bekas Ketua Menteri Melaka telah merasmikan surau baru ini pada 17hb Mei 2002.

Pada tahun 2002 juga sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan menerima Projek Payung bagi membina makmal komputer bernilai RM 500 ribu. Walaupun projek ini telah tergendala selama hampir setahun, namun kini makmal komputer tersebut telah pun siap dibina dan telah mula digunakan sepenuhnya mulai tahun 2005.

Pelajar sedang menjalani PdPc di Makmal Komputer
Pelajar menggunakan Makmal Komputer dengan baik
Pelajar dapat menggunakan Makmal Komputer untuk sesi PdPc dengan begitu kondusif.
Laluan ke Makmal Komputer, Perpustakaan dan Pusat Akses SMKDA


Sejarah SMK Dang Anum terus menempa arus kemajuann negara. Pada 21 Jun 1991, sekolah ini merayakan sambutan Jubli Perak setelah menempuh 25 tahun usia penubuhannya. Upacara perasmian penuh warna-warni telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu YAB Encik Ghafar Baba di samping merasmikan bangunan baru (Blok F). Cabaran demi cabaran telah dilalui dengan tabah.

Hari ini setelah ditadbir oleh tujuh orang pengetua, SMK Dang Anum masih tetap srikandi. Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999 (Naib Johan Kedua Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar) dan pelbagai kejayaan serta anugerah yang diperolehi telah mematangkan seluruh warga SMK Dang Anum. Pada tahun 2004 sekolah ini masih menjadi pilihan apabila berjaya mengharumkan nama sekolah sebagai Naib Johan Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan (Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar) serta Naib Johan Anugerah Asrama Seri Gemilang Peringkat Kebangsaan. Pada tahun 2005, SMK Dang Anum dan juga Asrama Puteri SMK Dang Anum telah berjaya menjadi juara berganda dalam Pertandingan Sekolah Patriotik Peringkat Negeri Melaka sempena sambutan bulan kemerdekaan. Pada tahun 2006, SMK Dang Anum sekali lagi telah dipilih mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Sejak penubuhan, SMK Dang Anum telah dipimpin oleh sepuluh orang pengetua. Berikut disenaraikan nama pengetua sekolah ini mulai tahun penubuhannya sehingga kini.

  • Cik Wee Lian Neo (1965 – 1967)
  • Encik Chan Kok Tee (1967 – 1970)
  • Encik Mahpar bin Hj. Manap (1970 – 1973)
  • Encik M.Namasirayam (1973 – 1991)
  • Tuan Haji Faisal bin Haji Tamby Chik (1991 – 1995)
  • Puan Hajjah Che’ Gayah binti Ariffin (1995 – 2003)
  • Cik Nazahah binti Mohamad (2003 - 2006)
  • Encik Yusof bin Ahmad (2006 – 2007)
  • Puan Hajjah Maimun Binti Subuh (2007 – 2008)
  • Puan Hajjah Masnah Binti Md. Nor (2008 hingga 2014)
  • Tuan Haji Abu Bakar bin Ahmad (2014 hingga 2015) (Akibat kematian)
  • Tuan Haji Hassan Bin Yahaya (2016 hingga kini)

Tokoh Sekolah[sunting | sunting sumber]

Tokoh NILAM Negeri Melaka 2015
Nur Anis Shamimi binti Isnin

Masa kini[sunting | sunting sumber]

Hari ini, SMK Dang Anum terus berusaha mengekal, membuat penambahbaikan dan menempa kejayaan selari dengan visi sekolah SMK Dang Anum memacu ke arah kegemilangan di peringkat kebangsaan. Sekolah ini juga menerima sebuah dewan baru yang lebih besar. Pembinaannya dimulakan pada tahun 2012 dan siap pada tahun 2014. Dewan ini dilengkapi sebuah pentas, bilik VIP, bilik persalinan dan juga bilik audio.

Pandangan hadapan Dewan Seri Anum
Pandangan Sisi Dewan Seri Anum
Pandangan Tepi Dewan Seri Anum
Pintu Masuk Dewan Seri Anum

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Dang Anum
Nama Puteri Melayu
Jadi Lambang Sejati
Semangat Berkobar
Menuntut Ilmu
Itu Sumpahan KamiBelajar Teruslah Belajar
Sampai ke Medan Jaya
Rajin dan Usaha
Tekun dan Sabar
Tercapai Cita-cita

Dang Anum
Dang Anum
Kemegahan Kami

Nama Baiknya dijagai

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2007[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC) 2007
  • Saguhati Pertandingan Pusat Sumber Sekolah
  • Johan Pertandingan Makmal Komputer Peringkat Negeri
  • Johan Kawasan Merlimau, Tilawah Al-Quran
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Pertandingan Nasyid
  • Johan Daerah Jasin, Public Speaking
  • Tempat Ketiga Kawasan Merlimau, Bola Sepak Bawah 15 Tahun
  • Tempat Ketiga Kawasan Merlimau, Bola Sepak Bawah 18 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Sepak Takraw Lelaki Bawah 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Sepak Takraw Lelaki Bawah 18 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Bola Jaring Perempuan Bawah 15 Tahun
  • Menyertai Pertandingan Kaligrafi Cina Peringkat Kebangsaan
  • Tempat Ketiga Kawat Kaki Kadet Polis, Daerah Jasin
  • Tempat Kelima Ronda Pandu Arah Kadet Polis, Daerah Jasin
  • Tempat Keempat Jalan Lasak Kadet Polis, Daerah Jasin
  • Johan MSSNM, Bola Tampar Lelaki 15 Tahun
  • Johan MSSNM, Bola Tampar Lelaki 18 Tahun
  • Tempat Ketiga Kawasan Merlimau, Ping Pong Lelaki 18 Tahun
  • Tempat Keempat Kawasan Merlimau, Ping Pong Lelaki 18 Tahun
  • Tempat Ketiga Kawasan Merlimau, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Bola Baling Lelaki 15 Tahun
  • Tempat Ketiga Kawasan Merlimau, Bola Baling Lelaki 18 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Badminton Perempuan 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Badminton Perempuan 18 Tahun
  • 23 Emas, 13 Perak, 14 Gangsa, Olahraga Kawasan Merlimau
  • 5 Emas, 3 Perak, 4 Gangsa, Olahraga Pendidikan Khas Merlimau
  • Naib Johan MSSNM, Bola Lisut Lelaki 15 Tahun
  • Naib Johan MSSNM, Lawn Bawl Perempuan 18 Tahun
  • Larian Merdeka Sempena Hari Kemerdekaan Ke-50, Peringkat Kebangsaan
  • Menyertai Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri, Peringkat Negeri
  • Latihan Pusat Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah, Peringkat Kebangsaan
  • Penarafan Pengakap Raja, Peringkat Negeri
  • Perkhemahan Ujian Lencana Pengakap Muda dan Remaja, Peringkat Daerah
  • Jambori Pengakap ke-6, Peringkat Negeri
  • Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam, Peringkat Negeri
  • Pertandingan Kawat Kaki Kadet Pertahanan Awam, Peringkat Negeri
  • Pertandingan Menyelamat Kadet Pertahanan Awam, Peringkat Negeri

2008[sunting | sunting sumber]

  • Naib Johan Daerah Jasin, Pertandingan Sayembara Puisi
  • Johan Daerah Jasin, Pertandingan Public Speaking
  • Tempat Ketiga Peringkat Negeri, Pertandingan Tilawah Al-Quran
  • Naib Johan Peringkat Negeri, Pertandinga Sahibba
  • Johan daerah Jasin, Pertandingan Kuiz Pelancongan
  • Johan Kawasan Merlimau, Pertandingan Bola Sepak Lelaki 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Pertandingan Bola Sepak Lelaki 18 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Sepak Takraw Lelaki Bawah 15 Tahun
  • Tempat ketiga Kawasan Merlimau, Sepak Takraw Lelaki Bawah 18 Tahun
  • Tempat ketiga MSSNM, Bola Tampar Lelaki 15 Tahun
  • Johan MSSNM, Bola Tampar Lelaki 18 Tahun
  • Naib Johan MSSM, Bola Tampar Lelaki 18 Tahun
  • Tempat ketiga MSSNM, Bola Tampar Perempuan 18 Tahun
  • Tempat keenam MSSM, Bola Tampar Perempuan 18 Tahun
  • Johan MSSNM, Bola Tampar Perempuan 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Bola Jaring Perempuan 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Bola Jaring Perempuan 18 Tahun
  • Johan Pasukan Kawasan Merlimau, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Johan Individu Kawasan Merlimau, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Naib Johan Individu Kawasan Merlimau, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Tempat Ketiga Pasukan Kawasan Merlimau, Ping Pong Lelaki 18 Tahun
  • Johan Individu MSSNM, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Johan Berpasukan MSSNM, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Tempat Ketiga Individu MSSNM, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Tempat Keempat Individu MSSM, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Johan Berpasukan SUKMA XII, Ping Pong Perempuan Bawah 21 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Bola Baling Lelaki 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Bola Baling Lelaki 18 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Badminton Lelaki 15 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Badminton Perempuan 15 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Badminton Perempuan 18 Tahun
  • Naib Johan MSSNM, Badminton Perempuan 15 Tahun
  • Tempat Ketiga Beregu MSSNM, Badminton Perempuan 18 Tahun
  • 14 Emas, 11 Perak, 10 Gangsa, Olahraga Kawasan Merlimau
  • Naib Johan MSSNM, Jalan Kaki 3000m Lelaki 15 Tahun
  • Naib Johan MSSNM, Jalan Kaki 3000m Perempuan 15 Tahun dan 5000m Terbuka
  • Tempat Ketiga MSSNM, Lempar Cakera Perempuan 18 Tahun
  • 3 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa, Olahraga Pendidikan Khas Kawasan Merlimau
  • Naib Johan MSSNM, Bola Lisut Lelaki 15 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Bola Baling Perempuan 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Bola Baling Perempuan 18 Tahun
  • Pingat Perak Danga International 2008, Lawn Bawl Perempuan
  • Pingat Perak SUKMA XII, Lawn Bawl Perempuan
  • Menyertai Perkhemahan Kor Kadet Polis, Peringkat Negeri
  • Menyertai Perkhemahan Tahunan Bulan Sabit Merah, Peringkat Negeri
  • Menyertai Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri, Peringkat Negeri
  • Menyertai Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah, Peringkat Negeri
  • Perkhemahan KRS Perempuan, Peringkat Kebangsaan
  • Perkhemahan KRS Lelaki, Peringkat Kebangsaan
  • Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja, Peringkat Negeri

2015[sunting | sunting sumber]

  • Menyertai Pertandingan Seni Silat Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan
  • Naib Johan Kategori Laporan Syarikat Terbaik Program Tunas Niaga Peringkat Negeri Melaka
  • Tempat ke 4 Pertandingan Robotik SumoBot Peringkat Negeri Melaka
  • Meyertai Pertandingan Robotik Kategori Regular Peringkat Negeri Melaka
  • Tempat ke 3 dan Anugerah Best Team Spirit Pertandingan Robotik Kategori Terbuka Peringkat Negeri Melaka
  • Menyertai Pertandingan Laman Blog / Portal Perpustakaan Sekolah-Sekolah Negeri Melaka (Pustakam) Tahun 2015
  • Menyertai Pertandingan Petanque Peringkat Negeri Melaka
  • Tokoh Nilam Negeri Melaka Peringkat Kebangsaan

2016[sunting | sunting sumber]

  • Johan MTQ Pendidikan Khas Zon Merlimau
  • Johan Acara Nasyid Pendidikan Khas Zon Merlimau
  • Johan Bercerita Lelaki dan Perempuan Pendidikan Khas Zon Merlimau
  • Johan Kategori Pengurusan dan Pentadbiran Sempena Hari Kualiti Pendidikan Khas
  • Naib Johan Kategori 3K Pendidikan Khas
  • Anugerah 4 Bintang SSQS
  • Anugerah Pertandingan Mengarang Bahasa Cina Peringkat Negeri Melaka
  • Anugerah Puteri Sulong Pergerakan Puteri Islam Malaysia
  • Tempat ke 6 Pertandingan Robotik Kategori Terbuka Peringkat Negeri Melaka
  • Menyertai Kategori Regular Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Melaka
  • Menyertai Fiesta Kreatif @ Kokurikulum Sekolah –Sekolah Peringkat Kebangsaan 2016 (Silat)
  • Menyertai Program University Community Engagement: JOM TEROKAI IT ANJURAN MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)
  • Menyertai Pertandingan Laman Blog / Portal Perpustakaan Sekolah-Sekolah Negeri Melaka (Pustakam) Tahun 2016
  • Menyertai Pertandingan Petanque Peringkat Negeri Melaka

2017[sunting | sunting sumber]

  • Naib Johan Penggunaan Tulisan Jawi Kategori Sekolah Menengah Negeri Melaka
  • Saguhati Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Melaka
  • Johan Perawatan Awal L (kumpulan) JPAM Perkhemahan Integrasi KASPA 2017
  • Naib Johan Perawatan Awal L (kumpulan) JPAM Perkhemahan Integrasi KASPA 2017
  • Johan Perawatan Awal P (kumpulan) JPAM Perkhemahan Integrasi KASPA 2017
  • Kumpulan Terbaik L JPAM Perkhemahan Integrasi KASPA 2017
  • Johan Keseluruhan Pertandingan Bahasa Tamil Peringkat Negeri Melaka
  • Menyertai Pertandingan Robotik Kategori Regular Peringkat Negeri Melaka
  • Tempat ke 3 Kuiz Sejarah Peringkat Negeri Melaka
  • Menyertai Pertandingan Kuiz Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • Menyertai Pertandingan Catur Peringkat Negeri Melaka
  • Anugerah Pertandingan Seni Silat Peringkat Negeri Melaka
  • Menyertai Program Computer Scienst On Wheels (CSOW)
  • Menyertai Free Online Game Development Training For High School Students In Southeast Asia
  • Menyertai SEAMEO School Network Game Development Online Trainning
  • Menyertai Pertandingan Petanque Peringkat Negeri Melaka
  • Menyertai Pertandingan Akhir Forum Remaja Peringkat Negeri Melaka

Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Fail:Pagar.jpg
Selamat Datang ke SMK Dang Anum

Alamat surat-menyurat:

Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum
Jalan Jasin, 77000
Merlimau, Melaka

No. telefon/faksimili:

  • No. telefon: (+6)06-2631205
  • No. faksimili: (+6)06-2636759

Informasi ICT :

Alamat e-mel:

  • meb1064@1bestarinet.yes.my
  • meb1064@moe.edu.my

Matlamat sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi:

SMK Dang Anum terus mengekalkan kegemilangan di peringkat kebangsaan.

Misi:

  • Memberi pendidikan berkualiti bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan dan berakhlak mulia.
  • Meningkatkan budaya ilmu dan menanamkan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu dalam meningkatkan martabat insan.
  • Meningkatkan kesedaran tentang pengisian masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
  • Menanam semangat bekerja tinggi di kalangan warga sekolah.
  • Mewujudkan hubungan erat di kalangan warga sekolah – pelajar, guru, staf sokongan dan pentadbir dengan ibu bapa dan masyarakat bagi mencapai kegemilangan.
  • Memantapkan budaya kebesihan, keceriaan, kekemasan, keselamatan, kesihatan dan bermaklumat (5K, 1 B).
  • Memberi bimbingan dan perhatian kepada semua pelajar supaya proses pendidikan berjalan secara adil dan berkesan.
  • Meningkatkan penghayatan nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar SMK Dang Anum sebagai satu cara hidup yang syumul.

Etos:

  • Dikelilingi dengan pokok-pokok bunga yang beraneka warna dan jenis, memberikan satu persekitaran yang harmoni dan tenteram bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sekolah dalam taman menjadi etos SMK Dang Anum.
  • Sekolah Ceria Harmoni – Pelajar dan guru sentiasa dalam keadaan ceria serta persekitaran sekolah , bilik darjah sentiasa dalam suasana yang kondusif dan harmoni.

Falsafah:

Menginsafi bahawa Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha mengubahnya.

Menyedari hakikat itu maka seluruh warga SMK Dang Anum mesti digembeling dengan sebaik cara dan seberkesan mungkin dan bahawa kunci kepada kejayaan ialah perancangan penyusunan, pengamatan ilmu, penilaian kendiri, sains dan teknologi.

Meyakini bahawa manusia tidak dapat hidup dengan kemajuan kebendaan semata-mata tanpa perikemanusiaan, peradaban dan keimanan, maka ke arah itu SMK Dang Anum akan membudayakan sekalian pelajar dan kakitangan sekolah.

Tagline

"Akademik Cemerlang Ditunjangi, Sahsiah Terpuji Diteladani"

Bilik Warisan[sunting | sunting sumber]

Pintu Masuk ke Bilik Warisan, Barang-barang warisan
Barang-barang warisan pada zaman dahulu
Barang-barang warisan untuk dilihat oleh anak-anak generasi terkini.
Semua barangan disimpan di dalam almari supaya terjaga dengan baik.
Antara piala-piala yang dimenangi oleh pelajar-pelajar SMKDA
Antara sumbangan-sumbangan orang perseorangan untuk sekolah

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2017[sunting | sunting sumber]

Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah berlangsung pada 31 Julai 2017 bersamaan dengan hari Isnin dengan penuh kemeriahan, penuh dengan semangat patriotik oleh para guru dan pelajar. Pelancaran ini dapat menunjukkan kepada pelajar-pelajar generasi sekarang tentang kesusahan penduduk di tanah air sebelumnya merdeka. Pelancaran ini turut mengusik hati para pelajar dan guru dengan lakonan gimik para pelajar tentang hari kemerdekaan. Pelbagai aktiviti menarik sempena pelancaran bulan kemerdekaan telah diaturkan oleh pihak ahli jawatankuasa sekolah dengan baik sekali. Pelajar dan guru turut menyanyikan lagu Warisan dan Tanggal 31 Ogos nyanyian Sudirman Hj Arshad.

Pelajar mempersembahkan sajak Hari Kemerdekaan pada Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Pelajar melakonkan babak Hari Kemerdekaan
Persembahan pelajar yang sangat menarik sempena Hari Kemerdekaan
Antara dekorasi kek sempena bulan Kemerdekaan ke 60.

Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Mewarna Jalur Gemilang
Mewarna Jalur Gemilang 2
Mewarna Jalur Gemilang 3
Mewarna Jalur Gemilang 4
Anak-anak merdeka
Kami Anak Malaysia
Walau berlainan bangsa & kaum, anak-anak SMKDA tetap bersatu
Malaysia Tetap Dihati

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pintu Masuk SMKDA
Dataran Perhimpunan SMKDA
Panorama SMKDA
Laluan koridor SMKDA
Pelajar sedang berhimpun di Dataran SMKDA
Laluan ke Bilik Guru
Surau Al Imtiyaz SMKDA
Laluan koridor yang penuh dengan maklumat
Bangunan Pejabat dan Bilik Darjah
Tempat beristirahat pelajar SMKDA
Panorama SMKDA 4
Panorama SMKDA 5

Pautan luar[sunting | sunting sumber]