Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman
Lokasi
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, Alor Setar, 05100, Kedah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, sekolah kerajaan
MotoBerilmu & Berakhlak
Autoriti pendidikanPPD Kota Setar
Nombor sekolah04-730 9125
Kod sekolahKEB2093
PengetuaPn Yasmin binti Abdullah
Jumlah penuntut413 orang pelajar
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Suhaimy bin Abu Hassan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Maizatul Akmam binti Cha
Penolong Kanan KokurikulumPn Asmahan binti Ahmad
Faks04-730 0693


Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman atau nama ringkasnya SMK Darulaman, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman memiliki 854 pelajar lelaki dan 197 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1051 orang. Ia mempunyai seramai 82 orang guru.2009

Pada tahun 2022, SMK Darulaman memiliki 298 pelajar lelaki dan 57 pelajar perempuan. Pelajar Pendidikan Khas Integrasi pula mempunyai pelajar seramai 58 orang pelajar. Ia menjadikan jumlah keseluruhan pelajar ialah 413 orang pelajar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibuka pada tahun 1966 dengan menumpang aktiviti persekolahannya di bangunan Sekolah Menengah Telok Kechai (Sekolah Menengah Tunku Laksamana) dan Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah. Pada tahun 1968, sekolah berpindah ke Sekolah Menengah Dato Syed Omar. Pada tahun 1972 barulah sekolah ini mendapat bangunan sendiri seperti yang ada sekarang. Asalnya sekolah ini terdiri tiga blok bangunan dua tingkat, sebuah bengkel seni perusahaan, sebuah kantin dan sederet bangsal basikal. Pada tahun 1983, atas daya usaha pengetua sekolah pada masa itu iaitu Allahyarhan Dato' Azizan bin Haji Taib telah membina bangunan satu tingkat untuk dijadikan bangunan perpustakaan dan pusat sumber. Pada tahun 1966 bangunan ini ditambahkan lagi untuk dijadikan kelas-kelas bagi Pendidikan Khas.Beliau juga telah mengusahakan pembinaan sebuah surau yang tersergam indah siap dibina sepenuhnya pada tahun 1985.

Pada tahun 2002, bermula sejarah baru Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman dengan pembinaan dua blok bangunan baru berhampiran surau. Dua blok ini menempatkan kelas-kelas, bilik guru dan pejabat sekolah yang baru. Pembinaannya bermula pada awal tahun 2002 dan siap sepenuhnya pada Disember 2002. Pembinaan dua blok ini telah melengkapkan kemudahan di sekolah ini dan sekolah satu sesi dapat dilaksanakan.

Sekolah ini juga mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran)

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

    "SEMARAK DARULAMAN"
   SM Darulaman maju jaya
   Sumpah dan setia
   Teguh berdisiplin 
   Hormat menghormati
   Nilai murni ceria 
   Tekun belajar hargai masa
   Budaya berilmu 
   Berbakti pada nusa dan bangsa
   Semarak Darulaman...
   Semarak Darulaman...

Singkatan SMKD[sunting | sunting sumber]

  • S=Sepakat
  • M=Melakar
  • K=Kecemerlangan
  • D=Darulaman

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium
05100, Alor Setar
Kedah,  Malaysia
Telefon = 6047309125
Fax = 6047300693

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • www.smkdarulaman.edu.my