Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar
سكوله منڠه كبڠسأن داتين عون جعفر Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Kg Kenangan Dato Onn, ![]() ![]() ![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan |
Moto | Daya Amalan Jaya |
Ditubuhkan | 1977 |
Nombor sekolah | 07-434 3497 |
Kod sekolah | JEA0019 |
Pengerusi PIBG | Misrom Bin Sadiman |
Pengetua | Ramli Bin Sarif |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Mazita Binti Ahmad |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Haji Jaafar Bin Sami |
Penolong Kanan Kokurikulum | Rosli Bin Othman |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Adi Manja Bin Juki |
Faks | 07-433 2958 |
Laman sesawang | https://datinonnjaafar.wixsite.com/smkdojbp |
Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar (SMKDOJ) atau lebih dikenali sebagai DOJ atau Pesta oleh sebahagian besar penduduk setempat, ialah sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor. Pengetua SMKDOJ kini ialah Zamilah Binti Ekhwan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1977 dan sesi pertama persekolahan bermula pada 1 Januari 1978.
Bangunan sekolah ini terletak di Tapak Pesta Pembangunan Negeri Johor 1977 di Batu Pahat, Johor, dalam kawasan seluas 10 ekar. Ketika awal penubuhannya, Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar pada awalnya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Bandar Penggaram. Kemudian dicadangkan nama "Sekolah Menengah Rendah Datin Halimah", sempena nama balu Allahyarham Dato’ Onn Jaafar. Walau bagaimanapun, nama tersebut tidak dipersetujui oleh Datin Halimah. Beliau meminta agar diletakkan nama suaminya dan mencadangkan nama Sekolah Menengah Rendah Datin Onn Jaafar, Batu Pahat. Sekarang, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar.
Sekolah ini telah dirasmikan oleh Mahathir Mohamad selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu pada 1 September 1977. Turut sama dalam majlis perasmian itu ialah Menteri Besar Johor, Tan Sri Othman bin Saat, Pengarah Pelajaran Johor, Datuk Idris bin Tain dan pengetua sementara iaitu Encik Sulaiman bin Belawi.