Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn, Butterworth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn
Lokasi
Jalan Gangsa, Mukim 9,, 13000, Butterworth,, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan
MotoIlmu Pancaran Hidup
Nombor sekolah+6043331350
Kod sekolahPEA2053
Pengerusi PIBGBrigadier Jeneral Dato’ Sun Thong A/L Eh Kaue TUDM (Bersara)
PengetuaPuan Zuraidah binti Othman
GPK Pentadbiran dan AkademikTn Hj Abdul Rahim bin Ishak
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hajah Munirah Binti Hussein
Penolong Kanan KokurikulumTn Hj Zulidzam bin Zakaria
Faks+6043310350
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn, SMKDOB atau nama ringkasnya SMK DATUK ONN merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Gangsa, Butterworth.

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn Butterworth terletak di Bagan Ajam, lebih kurang 8 km di utara Bandar Butterworth, bersebelahan jalan raya Butterworth Alor Setar. Diasaskan dalam tahun 1959 dengan 2 buah kelas aliran menengah Melayu yang pertama ditubuhkan di Seberang Perai Utara dan ditempatkan di Sekolah Menengah St. Marks Butterworth buat sementara sehingga tahun 1964. Pada tahun 1959, terdapat seramai 80 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan dalam tingkatan 1 dengan seramai 6 orang guru. Pada tahun 1961, kumpulan pelajar pertama ini mula menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP). Pada tahun 1963, bilangan kelas menengah melayu bertambah ke jumlah 7 buah kelas iaitu 3 kelas tingkatan 1 dan satu kelas bagi setiaptingkatan dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5. Pelajar mula menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bangunan sekolah kini siap dibina pada tahun 1964 dan seramai 387 orang pelajar serta 14 orang guru telah berpindah dari Sekolah Menengah St. Mark ke Sekolah Menengah Melayu pertama di kawasan Seberang Perai Utara Sekolah ini pada mulanya dinamakan Sekolah Menengah Bagan Ajam Butterworth Pengetua yang pertama sekolah ini ialah Encik Hashim Bin Othman yang berkhidmat dari tahun 1964 hingga tahun 1965. Pada masa, sekolah ini hanya digunakan sebagai “kelas” untuk Sekolah Menengah Kg. Kastam, Butterworth. Pada hari Isnin 25hb Julai 1966, Sekolah Menengah Bagan Ajam hanya tinggal dalam kenangan apabila pada pagi yang bersejarah tersebut, Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pendidikan Malaysia telah merasmikan bangunan sekolah ini sebagai Sekolah Dato’ Onn, Butterworth, sempena mengambil nama tokoh perjuangan tanah air, iaitu Yang Berhormat Dato’ Onn Bin Jaafar.

Selaras dengan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, Sekolah Menengah Dato’ Onn bertukar nama menjadi SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ONN, BUTTERWORTH pada tahun 1998. “Ilmu Pancaran Hidup” merupakan moto/logo Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn. Logo sekolah telah dicipta oleh Encik Omar Bin Bakar. “Ilmu Pancaran Hidup” juga diguna pakai sebagai tema lagu rasmi sekolah.

Visi dan Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Ilmu Pancaran Hidup[sunting | sunting sumber]

Kami berjanji akan berjaya

Belajar berbakti pada nusa

Tatatertib sekolah diperlihara

Hormat guru dan ibubapa

Ilmu pancaran hidup

Cogan perjuangan utama

SMKDOB TETAP BERJAYA

Menjunjung cita mulia

SMKDOB TETAP BERJAYA

Menuju cita .... mulia

Kejayaaan[sunting | sunting sumber]

TAHUN 2023 :-[sunting | sunting sumber]

  • Pemenang 10 Teratas dalam Lawatan Hijau ke Jakarta , Aeon Eco Quiz Challenge 2023, 19-20 August 2023
  • China–Asean Youth Seminar On Green School, July 9th – 11th, Beijing, China
  • Anugerah Johan Kelab Pengguna Peringkat Kebangsaan 2023, 30 Mei-1 Jun 2023
  • Saguhati Papan Kenyataan Kelab Pengguna Peringkat Negeri
  • Tempat Ketiga Pidato Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan 2023
  • Tempat Ketiga Pidato Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan 2023
  • Meeting On Young Consumer Leaders Of Thailand To Asean, 13-16 August 2023, Bangkok, Malaysia
  • Anugerah Kelab Pengguna Peringkat Negeri 2023

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn
Jalan Gangsa, Mukim 9,
13000, Butterworth
Pulau Pinang,  Malaysia
Telefon = 6043331350
Fax = 6043310350

Pautan luar[sunting | sunting sumber]