Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat
Moto USAHA JAYA BAKTI
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Encik Hj. Hashim Bin Mohd Dom
Kod sekolah JEA6006
Lokasi Jalan Parit Mesjid 82000 Pontian,, Johor Darul Takzim,  Malaysia
Nama singkatan SMKDPB
Telefon 07-6871628
Faks 07-6879567


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat atau nama ringkasnya SMK Dato' Penggawa Barat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pontian, Johor Darul Takzim.

VISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ PENGGAWA BARAT MENJADI SEKOLAH BESTARI GEMILANG DI JOHOR TAHUN 2010

MISI PADA TAHUN 2010 :

  • PRESTASI KURIKULUM PELAJAR KE ARAH KECEMERLANGAN
  • PRESTASI DAN PENGLIBATAN KOKURIKULUM PELAJAR KE ARAH KEGEMILANGAN
  • HUBUNGAN MESRA DENGAN KOMUNITI
  • PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG BERKUALITI DAN BERKESAN
  • IKLIM PERSEKITARAN YANG LESTARI, CERIA, BERSIH, DAN SELAMAT
  • ASRAMA GEMILANG DI NEGERI JOHOR
  • ICT DIGUNAKAN SECARA MELUAS
  • SAHSIAH DAN DISIPLIN DIRI PELAJAR YANG CEMERLANG

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Dato’ Penggawa Barat atau singkatannya SMKDPB merupakan satu nama yang tidak asing di negeri Johor, khususnya di daerah Pontian. Sekolah ini terkenal dengan kecemerlangannya di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1959, iaitu ketika bermulanya pelaksanaan pelajaran Menengah Kebangsaan. Pada ketika itu, pelajar-pelajarnya ditumpangkan belanjar di Government English School, Pontian. Pada tahun 1965, pelajar-pelajarnya dipindahkan ke sekolah yang ada sekarang iaitu bangunan sekolah yang asalnya dirancangkan untuk sekolah lanjutan kampung. Nama sekolah ini adalah sempena nama gelaran Orang Besar Johor yang pada masa dahulu pernah memerintah kawasan Barat Daya Johor termasuk Pontian. Jawatan Dato’ Penggawa Barat disandang oleh Dato’ Abdul Samad Ibrahim dalam zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. SMKDPB pernah menempa sejarah sebagai sekolah menengah kebangsaan yang pertama mengadakan sistem sewaan buku teks kepada pelajar-pelajarnya dan merupakan antara beberapa buah sekolah sahaja yang pernah mengadakan kemudahan serupa. Dalam tahun 1970, mata pelajaran sains tulen mula diperkenalkan di sekolah ini. Pada peringkat permulaan, beberapa orang guru siswazah dari Indonesia telah ditempatkan di sekolah ini khusus untuk mengajarkan mata pelajaran Sains Tulen dan Ilmu Hisab. Pada tahun 1978, tercipta satu lagi sejarah sekolah iaitu Tingkatan Enam Aliran Sastera dimulakan. Seramai 43 orang pelajar peintis memulakan pelajaran dalam dua belas buah kelas. Pada tahun berikutnya, Tingkatan Enam Aliran Sains dimulakan. Pada 19 April 1989, majlis pelancaran sekolah contoh KBSM telah diadakan dan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah. Infrastruktur di SMKDPB juga semakin bertambah dengan penambahan bangunan. Bermula dengan 3 blok bilik darjah dan 3 blok bengkel pertukangan, kini infrastrukturnya telah lengkap. Selain bilik darjah makmal sains, bengkel pertukangan, perpustakaan dan surau terdapat juga dua buah makmal komputer iaitu makmal komputer bestari dan makmal literasi komputer. Terdapat juga empat buah bilik bestari untuk empat mata pelajaran utama bestari – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pembangunan sekolah ini bertambah indah dengan pembinaan sebuah dewan. Pada tahun 2002, sebuah bilik khas untuk galeri sejarah telah diadakan dan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pontian. SMKDPB mula mencipta kejayaan demi kejayaan sepanjang tahun 90-an dan namanya mula bermain di bibir warga di daerah Pontian dan negeri Johor. Dalam tahun 1996, sekolah ini berjaya memenangi pertandingan 3K peringkat kebangsaan. Pada tahun 1997, SMKDPB berjaya menjadi naib johan Sekolah Harapan Negara peringkat kebangsaan. Dalam tahun 1998, sekali lagi sejarah dicipta apabila sekolah ini terpilih sebagai sekolah perintis Projek Sekolah Bestari. Dalam tahun yang sama juga, sekolah ini memenangi anugerah yang tertinggi di peringkat pendidikan iaitu Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan. Anugerah tersebut telah menyemarakkan lagi semangat warga SMKDPB untukmencapai kejayaan demi kejayaan. Bermulanya abad ke 21, SMKDPB terus mencipta kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2002, SMKDPB mencipta sejarah untuk memenangi Anugerah Emas 3K Program Juara Antara Juara. Pada tahun 2003, pelajar SMKDPB telah mengorak langkah dengan menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan. Tiga orang pelajar berjaya meraih tempat kedua dalam Kuiz Koperasi peringkat kebangsaan dan seorang pelajar telah terpilih sebagai peserta terbaik. Beliau akan dibawa melancong ke negeri Jepun. Dua orang pelajar juga telah memenangi tempat pertama dan kedua bagi kuiz sains dan alam sekitar. Kini SMKDPB telah bersedia mengorak langkah untuk mencipta nama di peringkat antrabangsa.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah berprestasi tinggi

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat
Jalan Parit Mesjid
82000 Pontian,
Johor Darul Takzim
 Malaysia
Telefon = 07-6871628
Fax = 07-6879567

Pautan luar[sunting | sunting sumber]