Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah NEA4098
Lokasi  Malaysia Batu 10, Jalan Labu 71900, Labu,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Telefon 6067911963
Faks 67916293


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin atau nama ringkasnya SMK Dato' Shahardin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Batu 10, Jalan Labu.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin memiliki 438 pelajar lelaki dan 441 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 879 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Shahardin atau dikenali juga sebagai Sekolah Menengah Labu mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 1980. Ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Labu. Apabila beroperasi, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Pada mulanya menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu ; Sekolah Kebangsaan Labu, Batu 10 ( untuk tingkatan 1 ), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( C ) Min Shing ( untuk murid peralihan ) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( T ) Batu 10 ( untuk murid pemulihan ).

Pengetua pertamanya ialah En.Hardial Singh dan dibantu oleh 6 orang guru bersama-sama seorang pembantu pejabat dan seorang pekerja am sekolah. Jumlah muridnya pula adalah seramai 120 orang.

Murid sekolah ini datang dari lokasi yang berhampiran sekolah dan mereka terdiri daripada muid-murid Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Mereka mempunyai latar belakang status sosio ekonomi yang berbeza-beza dan majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. SRJK Min Shing, SRJK Tamil Labu dan SRK Labu adalah 4 buah sekolah saluran ( feeder school ) kepada SMK Dato’ Shahardin.

Mulai tahun itu, jumlah murid makin bertambah. Mulai tahun 1991 nama sekolah ini telah ditukar daripada Sekolah Menengah Rendah Labu kepada Sekolah Menengah Labu kerana 2 kelas tingkatan 4 telah dibuka dengan seramai 53 orang murid mengikuti aliran sastera. Oleh kerana bilangan murid telah bertambah maka sebuah bangunan baharu dengan 4 buah bilik darjah telah dibina.

Menjelang pertengahan tahun 1992 sebuah surau untuk murid-murid Islam telah dibina. Sebelum ini mereka terpaksa bersolat dan menjalankan aktiviti agama di sebuah bilik darjah sahaja. Pada tahun yang sama mata pelajaran Literasi Komputer telah diperkenalkan dan peperiksaan SPM buat pertama kali dijalankan.

Pada tahun 1993 bangunan baharu sekolah ini iaitu 3 makmal sains tulen telah siap sepenuhnya . Pada  tahun 1996 kelas aliran agama telah dimulakan. Pada tahun 1997 sekolah ini telah dinaikkan ke Gred A . Menjelang 1998 pengubahsuaian beberapa bangunan sekolah seperti bilik pengetua, bilik penolong kanan, bilik guru, bilik kaunseling dan pejabat sekolah telah dibuat. Garaj kereta, astaka perhimpunan, pondok ilmu, penurapan jalan dalam kawasan sekolah telah dibuat pada tahun 1999.

Pada tahun 2000, 6 unit rumah guru telah disiap bina . Pada tahun 2001 pula bangunan 10 buah kelas dan makmal komputer telah siap dibina. Pada tahun 2005 nama  sekolah ini ditukarkan kepada SMK Dato’ Shahardin, Labu, sempena nama mantan wakil rakyat kawasan ini. Majlis pertukaran nama sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Pada tahun 2006 pengubahsuaian dan menaik taraf jalan masuk ke sekolah, bilik guru, Pusat Sumber Sekolah dan tapak perhimpunan. Pada tahun 2007 pula bangunan kelas 4 tingkat bersama dewan mula dibina dan perasmiannya telah dilakukan pada tahun 2010 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.

Pelbagai perubahan telah dialami oleh SMK Dato’ Shahardin agar setanding dengan sekolah-sekolah menengah di daerah Seremban. Sejak penubuhannya pada tahun 2001, jumlah murid telah mencecah kepada 900 orang pelajar dengan tenaga pengajar seramai 70 orang dan pekerja am seramai 10 orang. Pengetua saling berganti, seramai 9 orang pengetua telah menerajui sekolah ini dan yang terkini (2011) dipimpin oleh Tuan Haji Abdul Kadir B. Haji Nordin. SMK Dato’ Shahardin telah banyak merakam dan mencipta kejayaan dalam bidang akademik, hal-ehwal murid dan kokurikulum. Visi sekolah sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum dalam merealisasikan aspirasi dan kehendak negara atas usaha bersepadu pihak pengurusan sekolah, staf akademik dan sokongan, murid-murid dan PIBG.

Pemberian nama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Shahardin adalah sebagai menghargai sumbangan dan jasa mantan ADUN Labu, iaitu Allahyarham Dato’ Shahardin.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin
Batu 10, Jalan Labu
71900, Labu
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067911963
Fax = 67916293

Lokasi[sunting | sunting sumber]

http://wikimapia.org/6845192/ms/Sek-Men-Keb-Dato-Shahardin-Labu


Pautan luar[sunting | sunting sumber]