Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Mohammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Slim River, 35800, Muallim, Perak
 Malaysia
Koordinat3°50′10″N 101°23′54″E / 3.836137072°N 101.3982411°E / 3.836137072; 101.3982411Koordinat: 3°50′10″N 101°23′54″E / 3.836137072°N 101.3982411°E / 3.836137072; 101.3982411
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kerajaan, Sekolah Harian,Sekolah Menengah Kebangsaan
MotoBerilmu, Beramal, Berbakti
Autoriti pendidikanPPD Batang Padang
Nombor sekolah054528275
Kod sekolahAEEA001
Pengerusi PIBGEncik Shahidon bin Abd Samat
PengetuaTuan Haji Kamaruzaman bin Zalamuddin
Tenaga pengajar902020
Jumlah penuntut7442020
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Marhamah binti Idris
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Ahmad Zaini bin Sulong
Penolong Kanan KokurikulumPuan Norlida binti Zainal Abidin
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangEncik Azali bin Kader
Faks054527962
Laman sesawang
"Senarai sekolah". MOE. Dicapai pada 2021-06-11.
Kali terakhir dikemaskinikan: 16 Jun 2021


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad merupakan sebuah sekolah di Perak. Turut dikenali dengan singkatan SMKDZM atau DZ oleh orang kawasan sekitar Slim River. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad bermula pada tahun 1962.

Visi dan Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH
Melahirkan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SMKDZM EXCELLENT, PERAK EXCELLENT

Slogan[sunting | sunting sumber]

"Love DZ"

Slogan Love DZ mula diperkenalkan pada tahun 2018 oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Zulkifli Muhammad, Tuan Haji Kamaruzaman bin Zalamuddin. Bersempena slogan ini, pintu masuk baru telah dibina di hadapan sekolah dengan meletakkan lambang Love DZ di kedua-dua pintu keluar-masuk sekolah.

Tujuan slogan ini dibuat adalah untuk memupuk rasa sayang pelajar-pelajar terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Zulkifli Muhammad. Selain itu, menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar ini untuk menaikkan dan mengharumkan nama sekolah di peringkat tertinggi.

Slogan ini juga boleh digunakan sebagai kata sorak ketika kejohanan sukan atau pertandingan akademik dan ko-akademik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1962, SMJK (I) dimulakan dengan 2 bilik kelas sahaja. Sekolah ini diwujudkan kerana Slim River belum ada lagi sekolah menengah kerajaan. Sekolah yang ada hanya sekolah persendirian yang dikenali sebagai Slim River High School yang terletak di Kampung Manggis, Slim River yang kini menjadi tapak kedai di Kampung Manggis. Pendidikan menengah untuk penduduk di Slim River ialah di Methodist Afternoon School, Tanjong Malim atau di GES (Government English School ) di Tapah yang kini dikenali sebagai SMK Buyong Adil, Tapah. Pada tahun 1963, sekolah ini digabungkan di bawah pengurusan dengan SRJK (Inggeris) Slim River. Masyarakat Slim River selesa dengan gelaran SRJK/SKSlim sebagai “sekolah atas bukit”.

SMJK (I) hanya untuk aliran Pengantar Bahasa Inggeris sahaja. Namun begitu aliran Pengantar Melayu juga diadakan sejak tahun 1962. Kumpulan pertama calon Pengantar Melayu mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (sekarang PMR) dan Pengantar Inggeris mengambil LCE (Lower Certificate of Education) pada tahun 1964. Murid yang lulus Gred A dalam SRP dan LCE melanjutkan pelajaran ke GES Tapah. LCE yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke Malay College Kuala Kangsar, STAR Ipoh dan SDAR Tanjong Malim. Pada tahun 1964, bagi yang pelajar kurang berkemampuan, mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat kerana jaraknya yang jauh.

Pada tahun 1965, murid SMJK (I) telah menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu SRJK(I) Slim River, SRJK(T), SRJK(C) dan SK Slim River (SKAB) di sesi petang. Pada tahun 1966, Bangunan SMJK(I) /SMKDZMSR yang ada sekarang digunakan. Ketika itu bangunan sekolah ialah: Blok B, Blok D, Blok C ( yang ada sekarang ). Blok A dan Blok F belum dibina. Blok F ialah Rumah Guru (Rumah Papan setingkat sahaja). Di rumah itulah tinggalnya Pengetua dan Guru-Guru. Pada 28. Julai 1966, DYMM Almarhum Sultan Idris ll (Sultan Perak) merasmikan bangunan SMJK(I). Pada tahun ini juga kumpulan SRP/LCE mengambil peperiksaan. Pada tahun 1967, sebuah kelas Tingkatan 4 (Aliran Inggeris) diwujudkan. Dalam bulan Jun 1967, pentadbiran sekolah dipisahkan daripada SRJK(I) Slim River. En Wazir Singh yang menjadi Pengetua dan Guru Besar melepaskan pentadbiran SMJK(I) kepada Pengetua baru En Thor Siong Seng. Pada tahun 1968, kumpulan Pertama (Tingkatan 4) Pengantar Melayu diwujudkan. En Mahinder Singh yang mendapat pendidikan daripada Brinsford & Lodge England menjadi pengetua. Pada tahun ini juga kumpulan pertama murid aliran Inggeris SMJK (I) telah mengambil Peperiksaan MCE (Malaysian Certificate of Education). Antara calonnya ialah Tn Hj Megat Rodzi ( bekas NYDP PIBG SMKDZMSR ). Bangunan tambahan Blok A dan F mula dibina. Pada tahun 1969, kumpulan pertama Pengantar Melayu mengambil Peperiksaan SPM.

Pada tahun 1970 ramai yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di SMK Seri Perak, Teluk Intan. Ketika itu di daerah Batang Padang tidak mempunyai kelas Tingkatan 6. Dalam tahun 1970, Perpustakaan tetap diwujudkan iaitu di Bilik Guru sekarang (2007). Kemudian berpindah ke Blok E. Pada tahun 1971, kelas Aliran Sains Tambahan untuk Tingkatan 4 kumpulan aliran Melayu diwujudkan. Manakala aliran Inggeris mula mendapat kelas Sains Tulen. Bermulalah era murid SMJK(I) menjadi doktor, jurutera, saintis dan sebagainya. Pada tahun 1972, pasukan Softball sekolah ini muncul sebagai Johan Softball Piala Sultan Perak – Peringkat Negeri Perak di bawah bimbingan guru En. Stanley Tai. Pasukan A dan B sekolah ini kemudian muncul sebagai Johan Softball Sekolah-Sekolah Negeri Perak. Lepasan aliran sains (Pengantar Inggeris) SMJK(I) melanjut Pelajaran Ke Tingkatan 6 di SMJK St. Anthony Teluk Intan dan SMJK Horley Methodist Teluk Intan.

Pada tahun 1973, kutipan derma untuk perpustakaan dibuat. Ketika itu pertunjukan wayang gambar diadakan dan berjaya mengutip derma sebanyak $5,600 untuk membina Bilik Telaah yang berhawa dingin. Tempat Bilik Telaah itu ialah di Bilik Pejabat sekarang (2007). Bilik ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Ali Ibrahim iaitu Pengarah Pelajaran Negeri Perak ketika itu. Pada tahun 1974 telah diadakan diadakan Tabung Pasaria (Funfare) untuk membiayai pembangunan PSS Sekolah. 3 buah bilik Sains Tulen (di Blok E) dan 6 kelas dibina di Blok F. Pada tahun 1975, SMJK(I) menjadi tuan rumah Hari Guru Peringkat Batang Padang. 2 orang murid Tingkatan 5 mendapat Anugerah Pengakap Raja. Kumpulan Pertama aliran Sains (Pengantar Inggeris) melanjut pelajaran ke Tingkatan 6 Sains di SMKBA Tapah. Pada tahun 1976, 5 orang murid mendapat anugerah Pengakap Raja. Kumpulan Pertama murid SMJK(I) Aliran Sastera melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di SMK Buyong Adil, Tapah. Pada tahun 1977, Pasukan Kadet Bersatu (Darat) telah ditubuhkan dengan ahli seramai 31 orang. Keanggotaan terbuka kepada murid Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5 lelaki sahaja. PKBM sekolah ini di bawah seliaan Kem 4 RAMD Tapah.

Pada 1.1.1980, En Azhari Arbi melapor diri sebagai Pengetua di SMJK(I) Slim River menggantikan En Mahinder Singh. Pada tahun 1980 jumlah pelajar ialah 2,230 orang. Satu peristiwa yang tidak dilupakan ialah pada 8.11.1980 satu kebakaran telah berlaku di Blok D sekarang. Kerugian dianggarkan RM200,000 ketika itu. Pada tahun 1981 jumlah murid semakin bertambah sehingga berjumlah 2240 orang dengan keluasan sekolah hanya 7 ekar sahaja. Murid Kelas KP hingga Ke Tingkatan Tiga saja ialah 1843 orang dengan kelas 48 kelas. Suasana rehat dan permulaan sesi petang cukup teruja kepada guru dan Guru Disiplin. Pecahan data murid adalah: Kelas Peralihan 6 kelas (237 org), Ting 1 – 15 kelas (555 org), Ting 2- 14 kelas (539 org), Ting 3 -13 kelas (512 org), Ting 4 Sains – 2 kelas (47 org), Ting 4 Sastera – 4 kelas (170 orang), Ting 5 Sains 2 – Kelas (50 org) Ting 5 Sastera – 3 kelas (129 org). Jumlah kelas ketika itu ialah 59 kelas dan 2240 orang pelajar.Walaupun sekolah mempunyai 59 kelas, tetapi hanya 89 orang guru sahaja. Guru Siswazah hanya 19 orang sahaja. Jumlah murid seramai 2240 tidak dapat ditampung oleh bilangan bilik kelas. 9 kelas terapung diwujudkan pada tahun tersebut. Kelas Tingkatan 3 sahaja ialah Kelas Tingkatan Tiga “A” hingga Tingkatan 3 “M”. Bayangkanlah suasana calon SRP ketika itu. Ketika itu Puan Puti Azween masih menjadi murid dan kini menjadi seorang guru di SMKDZMSR. Beliau aktif dalam Olahraga dan Bola Jaring mewakili sekolah.

En Azhari b Arbi selaku Pengetua dapat mengurus sekolah yang begitu ramai muridnya. Penyelia Petang ketika itu ialah: En Ahmad bin Ismail ( berkelulusan FMC dan Sijil Perguruan ) sahaja.Pada tahun 1981, Pn Lim Kim Siah( bertugas di SMKDZM SR sejak 1978 ), Pn Hjh Hatijah bt Hj Said (yang mula bertugas di SMKDZMSR sejak 1980 lagi ) dan Pn Noor Asiah Parjis (Guru Sementara) sebagai salah seorang guru ketika itu sehinggalah ke tahun 2007. YB Dato KRA Naidu (ADUN Behrang) juga sebagai guru ketika itu. Satu kejayaan sekolah yang paling manis ialah menjadi Naib Johan Takraw Peringkat Negeri Perak dan Naib Johan Bola Sepak Peringkat Negeri. 2 pemain takraw dan 2 pemain bola sepak mewakili Perak ke MSSM Bawah 18 tahun. Pada tahun 1987, Lim See Ong: seorang pelajar SMKDZM SR terpilih mewakili Malaysia ke International Youth Leadership Couse Asia Pacific Region pada 7 hingga 19 Ogos 1987. Itulah taraf pelajar sekolah kami bertaraf dunia. Dalam Majalah Nona Edisi Mac 1987 ada disiarkan 11 Pasangan Kembar di SMKDZMSR. Dalam Utusan Malaysia Rabu 7 Januari 1987 juga ada disiarkan berita pasangan kembar di sekolah ini.

Pada tahun 1990, PIBG dalam mesyuarat agungnya mencadangkan supaya menukarkan nama sekolah kepada nama sekolah ini sekarang.YDP PIBG ketika itu En Shafiee bin Hj Ariffin dan SU PIBG Abd Mutalib Hashim (kini Allahyarham) mengusahakan pertukaran nama sekolah. Seorang murid Anne Malar menjadi Johan Pidato dalam Bahasa Inggeris bertajuk “Visit Malaysia Year 1990″. Pada Februari 1993, Kelab Tae Kwan Do telah ditubuhkan. Hj Abd Rahman Harun menjadi Guru Penasihatnya. SMKDZM SR menjadi Johan Pidato Bahasa Inggeris, Johan Perbahasan Bahasa Melayu, Johan Forum Remaja, Johan Kuiz Pengguna dan Naib Johan Kuiz Agama Peringkat Batang Padang. Seorang murid SMKDZMSR bertaraf Pengakap Raja (King Scout) Ilango A/L Kallaam mewakili Malaysia ke Jambori Pengakap Asean di Sabah. Beliau menerima Anugerah Tertinggi Kinabalu. Naib Johan Peringkat Negeri: 400 meter dan 800 m Lelaki Bawah 20 tahun.Naib Johan Peringkat Negeri Pertandingan Drama Bertajuk ” Bumi Merah ” Anjuran KPM, Utusan Melayu.Kempen Kitar Semula Surat Khabar Lama – Anjuran English Society SMKDZM SR berjaya mengutip 5000 kg dalam tempoh satu bulan. Keluar berita dalam New Strait Times 10.7.1994. Program ini ata inisiatif persatuan English Society di bawah penasihat Cik Kuljit Kaur dan President – Raj Kumar.SMKDZM SR menjadi Johan Daerah: Softball ( Perempuan ) dan Permainan Catur. STPM lulus 100 %. PIBG telah melangsungkan projek Larian Sumbangsih pada 29.6.1996 dan berjaya mengutip wang sumbangan RM31000. En Shahmuri bin Agus yang menjadi SU PIBG memainkan peranan penting dalam kutipan ini. Pada tahun 2007, terdapat 6 pasangan murid kembar dan 3 pasangan guru mengajar ( Tn Hj Mohd Rosli + Pn Hjh Hatijah bt Hj Mohd Said, En Noorul Anhar Mohd Yusof + Pn Norehan bt Abu Ahmad, En Chiu dan Pn Chiu Shin Sing ). Pelajar Tingkatan 6 mempunyai kad matrik dan t-shirt persatuan. Satu inisiatif yang cukup baik. Pencapaian Ko-kurikulum sangat cemerlang: Peringkat Kebangsaan: Siti Zubaidah bt Kassim (Catur), Krisnvani a/p Subramaniam 1500m, Liong Zheng Dong (Ping Pong).

Peringkat Negeri Perak: Siti Zubaidah Kassim dan Rahimah bt Dr. Salleh – (Johan Catur), Krisnavani a/p Subramaniam 1500 m (Johan), 800 M (Gangsa),Liong Zheng Dong (tempat Ketiga–PingPong). Peringkat Daerah: Catur (Johan), Olahraga (6 emas, 4 Perak dan 4 Gangsa). Ping Pong ( Johan Individu dan Berpasukan Untuk (L) dan ( P), Badminton ( Johan ) Softball (Naib Johan) Perempuan B 18, Sepak Takraw (Naib Johan L B 15), Puteri Islam (Naib johan Gubahan), Kuiz Anti Dadah (Johan), Boria ( Naib Johan ), Kuiz Maal Hijrah (Ketiga). Peperiksaan STPM lulus 100 %. Projek Kutipan Derma Pembinaan Surau – berjaya mengumpulkan RM 46, 000 atas inisiatif YDP PIBG ketika itu Tn Hj Kamaruzaman b Harun PPN, En Abd Halim Jelani ( SU PIBG ) dan Tn Hj Abdullah Sani 9 Pengetua ). Cik Hjh Wastiah bt Md Yusof seorang guru yang gigih telah meninggal dunia usia 47 tahun pada 17.6 1998 (inilah kebesaran dan kekuasaan Allah. Lahir pada 17.7 1951 dan meninggal pada 17.6.1998) kerana kanser hati. Alfatihah. Projek Kitar Semula Surat Khabar Lama telah mencatat rekod kutipan 6700 kg. The New Strait Times ada membuat liputan berita dalam akhbar. Ini adalah inisiatif English Society di bawah bimbingan En Sandra. Ekspo Pendidikan diadakan pada 14 dan 15 Mei 1999. Tenaga penggerak ialah Pengetua dan En Muzammil b Sulaiman (Penyelaras Ekspo Pendidikan). XPDC ke Gunung Tahan anjuran English Society. 33 dan 7 guru ahli menyertainya. Projek Kitar Semula Surat Khabar Lama dijalankan dan berjaya mengumpul 16.13 tan yang dianjurkan oleh English Society di bawah Penasihat Persatuan Pn Jenny Ho dan En SM Sandra. Sebahagian daripada kutipan adalah untuk membiayai Projek Bilik SAC.

Sepanjang tahun 2000, beberapa aktiviti telah dijalankan. Antaranya, Projek Larian Komputerton pada 20 Ogos 2000 di Dataran Pejabat Kemas Kg Balun Anjuran PIBG. RM 30000 wang telah terkumpul dan membiayai 15 komputer. SU PIBG En Abd Halim Jelani, En Kusni

(YDP PIBG) dan Pengetua En Esmail Salleh tonggak kejayaan kutipan ini. Pada 11 Disember 2000, Tn Hj Abd Rashid bin Abd Malik (PK Petang) usia 54 telah kembali ke rahmatullah kerana serangan penyakit angin ahmar. Al Fatihah. Beliau seorang guru yang banyak berjasa kepada sekolah. Sumbangan utama beliau adalah : Penulis Lirik Lagu Sekolah SMKDZM SR. Pada 1 Mac 2001, Pn Noraini bt Yeub Sidi bertugas sebagai Pengetua SMKDZM SR. Beliau merupakan Pengetua ke 16 dalam senarai Pengetua SMKDZM SR sejak sekolah ini diasaskan 1962. Dalam tahun 2003, En Shanmugam A/L Pillay (PK HEM) telah bersara. Banyak jasa beliau. Paling manis apabila 45 orang murid Pengetahuan Moral SPM 2005 – mendapat pangkat A. Siaw Sok Mun – Johan Individu pertandingan Ping Pong peringkat Daerah, Negeri dan SUKMA. PKBM muncul Johan dalam acara Kawad Kaki, Pandu Arah dan Menembak dalam unit 4 RAMD Tapah.Pada 16 Disember 2005,Tn Hj Mohd Rosli bin Hj Abd Rahman (Pengetua SMK Bidor) memulakan tugas sebagai Pengetua ke-17 SMKDZM SR. Pernah belajar di SMKDZM SR dari tahun 1966 – 1970. Keputusan PMR sangat cemerlang – Loncatan Saujana Peringkat Negeri Perak.

Pada tahun 2006, Mata Pelajaran Sains Sukan diperkenalkan di sini. SMKDZMSR menerima anugerah peringkat negeri dan kebangsaan, Anugerah Sekolah Perdana Peringkat Negeri Perak, Anugerah Koperasi Sekolah Oleh ANGKASA, Ummi Salmah bt Abu Mangshor Sijil Perak (Nilam) wakil Perak ke Peringkat Kebangsaan, Kem Penulis Muda Kebangsaan, Laman Web Sekolah dilancarkan atas tajaan Jaring. Memenangi tempat Kedua dalam Pertandingan Laman Web Antara IPTA dan Sekolah – sempena Hari ICT UPSI 2006. Laman Web ini dibangunkan asalnya En Shamsuddin, Cik Indira Rani dan dibantu oleh sekumpulan pelajar Tingkatan 4 dan 5. Era baru SMKDZMSR apabila terpilih sebagai Sekolah Rintis SISMO Negeri Perak (Sistem Maklumat Murid Secara Online). Semua maklumat murid di hujung jari.Walaupun sekolah ini tidak mempunyai Makmal Komputer tetapi di sekolah terdapat 12 tempat akses internet secara percuma, Papan Maklumat Terpanjang dibina di Kantin Sekolah. Maklumat mengenai Sejarah Negara dipaparkan.

SMKDZMSR menguasai pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Batang Padang – mencipta rekod daerah kemenangan berganda. SMKDZMSR menguasai pertandingan peringkat daerah anjuran badan lain. Memenangi tempat Kedua dalam Pertandingan Keceriaan dan Keindahan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2006 Anjuran Majlis Daerah Tg Malim. PIBG menganjurkan Kutipan Larian Jogaton Amal 2006. RM 30 000 berjaya dikumpulkan. Kutipan tersebut membiayai Projek Hawa Dingin PSS, Bilik Guru, Bilik Pendidikan Islam, Bilik SAC. Dalam Anugerah Gemilang Akademik Peringkat Negeri 2006, SMKDZM telah mendapat tempat: Johan Inovasi Individu ( Pn Jenny Ho ), Tempat Ketiga PSS (kategori Luar Bandar), Johan Loncatan Saujana PMR 2005 (Luar Bandar ), Anugerah Sekolah Perdana (Sekolah Menengah Negeri Perak ). Pada tahun 2007, sekolah melancarkan satu Motto “Satu Orang Satu Kecemerlangan ” untuk mempertingkatkan lagi hasil kerja warga SMKDZMSR yang berkualiti. Kejohanan Sukan Ke-41 diadakan di Padang Awam MDTM (Slim River) dengan jemputan khas Pancaragam Brass Band dari SMK Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Pertama kali Kejohanan di luar sekolah. Sambutan Hari Mesyuarat Agung PIBG 2007 disambut dengan meriah kerana kehadiran Pasukan Nasyid dari Japan- Malaysian Technical Institute Pulau Pinang. Mini Gimnasium diwujudkan atas inisiatif En Shahrulnizam (Guru Sains Sukan SMKDZM SR). Pada 4 Jun 2007, seramai 40 orang murid dan 3 guru SMKDZM SR telah menawan Puncak Gunung Tahan untuk kali ketiga.

SMKDZM SR memulakan memantapkan Era Kegemilangan Bahasa Arab apabila menerima Anugerah Khas Pewter daripada JPN Perak atas kecemerlanagan 100 % PMR 2006 Bahasa Arab. Ustaz Hj Saipol Barin dan rakan Guru Bahasa Arab yang lain memantapkan Bahasa Arab di sekolah ini. Pusat Kecemerlangan Bahasa Arab dibina di Blok A dan menerima kunjungan lawatan daripada Pegawai PPD Batang Padang dan Guru Pendidikan Islam sebagai benchmark kecemerlangan Bahasa Arab daerah Batang Padang di SMKDZM SR. Pusat ini dibangunkan oleh Guru Bahasa Arab SMKDZMSR. Rumah Pengetua SMKDZMSR dirobohkan untuk memberi laluan Pembinaan Makmal Komputer dua tingkat. Lenyaplah nostalgia rumah tersebut kerana di rumah itulah tempat tinggal ramai pengetua dan di situ jugalah Asrama Puteri untuk menampung murid Tingkatan Enam dari SMK Besout. Setor sekolah yang baru dibina berhampiran Kantin Sekolah. Setor kayu yang juga setor Pengakap berusia hampir 40 tahun tinggal dalam ingatan sahaja. Setor inilah yang melahirkan ramai Pengakap Raja di SMKDZM SR.

Pada 11 Jun 2007, pasukan Ragbi telah diwujudkan atas dorongan dan sokongan Tn Hj Mohd Rosli b Hj Abd Rahman ( Pengetua ). Pasukan ini dimbing oleh En Shahrulnizam. Buat permulaan pasukan ini dilatih oleh murid Tingkatan 5 Sc Mohd Shafiq bin Shamsuddin (bekas murid Sekolah Alam Shah dan SMK Aminuddin Baki, Kg Pandan KL ). Ketua Pasukan diketuai oleh Akmal Hakim bin Mohd Rosli. Pada Jun 2007 – PSS mendapat 2 komputer dan perisian mengenai pengurusan PSS disumbangkan oleh Tn Hj Ahmad Faris bin Hj Abd Halim – bekas pelajar SMKDZMSR yang menjadi usahawan. Pada 23 Jun 2007, Hari Anugerah Gemilang dilangsungkan. Dalam sejarahnya trofi pusingan untuk pelajar cemerlang dalam mata pelajaran, sahsiah, ko-kurikulum dan kepimpinan diadakan oleh individu. PKBM SMKDZM SR mencipta nama di peringkat kebangsaan apabila muncul Johan Menembak PKBM Kebangsaan dan Naib Johan (Individu) Peringkat PKBM Kebangsaan serta Iqbal Heykal menjadi salah seorang terpilih mewakili PKBM Perak muncul sebagai Johan Kawad PKBM Malaysia. Ekspo Pendidikan Universiti Malaya dengan kerjasama Kolej Ketiga UM, SMKDZM SR dan lain-lain diadakan berlangsung pada 25 Jun 2007 Di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River. Satu penghargaan kepada SMKDZMSR. Wira SMKDZM SR telah menawan Puncak Tahan untuk kali ketiganya.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMKDZM

Sinaranmu tetap memancar
Mengukir bakti ilmu semaikan
Tak jemu-jemu membimbing pelajar
Ajaran dipupuk mantap

Gurunya gigih semangat waja
Akademik dicipta wadah utama
Kesukanan dipupuk mulia
Disiplin dibina akhlak dijaga

SMKDZM, SMKDZM
Namamu tetap gemilang
Maju sentiasa iltizam dikota
Menuju wawasan cemerlang

Marilah kita bersatu semua
Berikrar serta berjanji
Hidup berjasa tumpah setia
Untuk agama, bangsa dan nusa

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]


Bunga Raya
Falsafah pendidikan kebangsaan

Bentuk Buku Masyarakat
Melambangkan pendidikan yang melingkungi kawasan sekitar dan setempat

Helaian Muka Surat
Menunjukkan cabang-cabang ilmu

Tangan Menadah
Menunjukkan para pelajar sentiasa dituntut untuk menuntut ilmu

Warna Putih, Kuning & Hitam
Warna dipilih berdasarkan warna Bendera Negeri Perak

Warna Merah
Melambangkan keberanian

Warna Kuning
Menunjukkan aspek disiplin

Warna Biru
Bermaksud wawasan dan kedamaian

Senarai Kelas[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]

Tingkatan Nama Kelas Aliran Sesi Menengah
Peralihan Kelas Peralihan - Petang -
1 Utarid (1KAA) Agama (Teras + Bahasa Arab) Pagi Rendah
Zuhrah (1A1) Biasa (Teras) Petang
Marikh (1A2)
Musytari (1A3)
Zuhal (1A4)
Uranus (1A5)
Neptun (1A6)
Pluto (1A7)
2 Utarid (2KAA) Agama (Teras + Bahasa Arab) Pagi
Zuhrah (2A1) Biasa (Teras) Petang
Marikh (2A2)
Musytari (2A3)
Zuhal (2A4)
Uranus (2A5)
Neptun (2A6)
Pluto (2A7)
3 Utarid (3KAA) Agama (Teras + Bahasa Arab) Pagi
Zuhrah (3A1) Biasa (Teras)
Marikh (3A2)
Musytari (3A3)
Zuhal (3A4)
Uranus (3A5)
Neptun (3A6)
Pluto (3A7)
4 Zuhrah (4P1) 5T + Sains Tulen (Biologi, Fizik, Kimia & Addmath) Atas
Marikh (4P2) 5T + Sains Tulen (Fizik, Kimia & Addmath) & Kemanusiaan (Prinsip Perakaunan/ICT)
Musytari (4P3) 6T + Kemanusiaan (Ekonomi/ICT, Geografi & Perdagangan)
Zuhal (4P4) 6T + Kemanusiaan (Perdagangan, Sains Sukan, Tasawwur Islam/Pendidikan Seni Visual)
Uranus (4P5) 6T + Kemanusiaan (Geografi, Tasawwur Islam/Pendidikan Seni Visual)
Neptun (4P6) 6T + Kemanusiaan (Perdagangan & Pendidikan Seni Visual)
Pluto (4P7) 6T + Kemanusiaan (Pendidikan Seni Visual)
5 Zuhrah (5P1) 5T + Sains Tulen (Biologi, Fizik, Kimia & Addmath)
Marikh (5P2) 5T + Sains Tulen (Fiz, Kim, Addmath) & Kemanusiaan (Akaun/ICT)
Musytari (5P3) 6T + Kemanusiaan (Ekonomi/ICT, Geografi & Perdagangan)
Zuhal (5P4) 6T + Kemanusiaan (Perdagangan, Sains Sukan, Tasawwur Islam/Pendidikan Seni Visual)
Uranus (5P5) 6T + Kemanusiaan (Geografi, Tasawwur Islam/Pendidikan Seni Visual)
Neptun (5P6) 6T + Kemanusiaan (Perdagangan & Pendidikan Seni Visual)
Pluto (5P7) 6T + Kemanusiaan (Pendidikan Seni Visual)


Pra-Universiti (Tingkatan 6)[sunting | sunting sumber]

Tingkatan Nama Kelas Aliran Sesi Menengah
6 Ibn Khaldun (6IK) Pengajian Am + MUET + Kemanusiaan
(Sejarah/Geografi)
(Ekonomi/Seni Visual)
(Pengajian Perniagaan/Bahasa Melayu)
Pagi -
Ibn Battuta (6IB)
Zaaba (6Z)
Ibn Sina (6IS)
  • Sekolah ini turut menawarkan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai mata pelajaran SPM (Tingkatan 4 & 5) serta STPM (Tingkatan 6)
  • Sekolah ini turut menawarkan mata pelajaran bahasa asing iaitu Bahasa Jepun kepada pelajar yang berminat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]