Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun
Lokasi
 Malaysia Batu 8, Jalan Bernam, Tanjung Karang, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTerbilang Dalam Kalangan Terbaik
Nombor sekolah03-32698151
Kod sekolahBEA3075[1]
PengetuaTuan Haji Kamarularipin Bin Jaafar
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Maizura binti Zainal Abidin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTuan Haji Haris Fadilah bin Jaafar
Penolong Kanan KokurikulumPuan Hajah Zunairah binti Md. Shahid
Faks03-32692769

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun atau nama ringkasnya SMK Dato Harun, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Batu 8, Jalan Bernam.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun memiliki 863 pelajar lelaki dan 832 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1695 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mei 1959, Darjah Menengah Melayu (DMMTK) pertama di Tanjong Karang yang ditubuhkan. Pada awal pertubuhannya, DMMTK menumpang sementara di Sekolah Umum Batu 7, Tanjung Karang dan SRJK (C) Hwa Kiew, Tanjong Karang. Oleh kerana bilangan pelajarnya yang bertambah, serta diikuti pula oleh kecemerlangan pencapaian dan prestasi akademiknya yang ketara lagi membanggakan telah mendorong pembinaan bangunan baru DMMTK pada tahun 1964 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Karang. (SMKTK). Pada 20 Julai 1968, SMKTK telah dirasmikan dengan penuh istiadat oleh Yang Berhormat Dato' Harun bin Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu dan nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun (SMKDH).

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bentuk Kelalang - Merupakan satu radas sains yang membawa maksud kepentingan ilmu sains dalam kehidupan

Buku yang terbuka dengan dua untai padi - Membawa maksud kepentingan membaca untuk memperoleh ilmu, manakala simbol padi membawa maksud kesejahteraan hidup yang akan diperoleh jika menuntut ilmu.
Obor - Bermaksud ilmu adalah penyuluh kehidupan dan masa depan.
Tiga gelung bulatan yang bercantum - Bermaksud aktiviti kesukanan atau kokurikulum yang sangat penting sebagai pendukung dan pemangkin kepada pendidikan di sekolah.
Bentuk huruf 'M' - Bermaksud Menengah Melayu (iaitu sejarah asal penubuhan sekolah) yang merupakan kelas/darjah menengah Melayu yang tunggal di Tanjong Karang ketika itu.

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun sekolah berkualiti

Misi[sunting | sunting sumber]

Meningkatkan taraf insan pelajar sekolah ini ke tahap yang paling tinggi untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Falsafah Pendidikan Negara[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebansaan Dato’ Harun sentiasa mendukung hasrat pendidikan Negara untuk memperkembang potensi setiap pelajarnya secara individu dan menyeluruh dari segi intelek, jasmani, emosi dengan tujuan membentuk pelajar yang berinisiatif dan kreatif, mengamalkan budaya ilmu dan budaya sekolah yang baik dan boleh mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan. Hal ini boleh dilakukan melalui proses P&P di bilik darjah dan di luar bilik darjah secara formal atau tidak formal, dengan meletakkan keutamaan kepada perkembangan minda, penerapan nilai-nilai murni, proses interaksi dan komunikasi yang baik, penggunaan pelbagai teknologi moden dan sentiasa menyambut cabaran kea rah kecemerlangan diri meliputi bidang-bidang kurikulum, kokurikulum dan keagamaan. Diharapkan pelajar-pelajar sekolah ini akan mampu menjadi pemimpin-pemimpin yang mempunyai sahsiah yang seimbang, sifat-sifat mulia serta bijaksana serta dapat menyumbang bakti untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan Negara dengan sentiasa bersyukur dan memegang kepercayaan kepada Allah.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Dato' Harun harapan negara

Petani peladang doa berjuta
Oh Tuhan ubahlah nasib kami semua
Lahirkan pemimpin pendidik cendikia
Oh Tuhan bendunglah pelajar semua
Tajamkan hati bersihkan jiwa
Bentukkan peribadi mulia
Selaras cita rukun negara
Oh Tuhan selamatkan kami
Dari segala penghalang cita
Restuilah seruan murni
Majulah SDH Terus Maju
---------------------------------
Ciptaan : Wazata Zain
Senikata : Kapsah Jaafar
Susunan : Ooi Eow Jin


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian yang paling membanggakan ialah apabila seorang pelajar dari sekolah ini mendapat keputusan yang amat cemerlang bagi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Beliau ialah saudari Ayu Faridah bt Nor Azman. Dengan keputusan cemerlang 5A, beliau mendapat anugerah Pelajar Cemerlang STPM Peringkat Kebangsaan tahun 2009 serta dinobatkan sebagai pelajar terbaik kategori sekolah luar bandar. Pencapaian ini adalah kali pertama selepas lebih 20 tahun sekolah ini menempatkan calon STPM. Beliau juga adalah antara 3 pelajar terbaik STPM dalam negeri Selangor.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun
Batu 8, Jalan Bernam
Selangor, Malaysia
Telefon = 332698151
Fax = 332692769

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]