Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lela Pahlawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lela Pahlawan
Lokasi
Jalan Sidam Kanan, 09400, Padang Serai,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
DitubuhkanJanuari 1985
Nombor sekolah604-4857140
Kod sekolahKEA5025
Faks604-4857140

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lela Pahlawan atau nama ringkasnya SMK Dato Lela Pahlawan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Sidam Kanan.

Pada 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lela Pahlawan memiliki 954 pelajar lelaki dan 936 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1890 orang. Ia mempunyai seramai 125 orang guru.2014

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai diasaskan pada Januari 1985. Pada peringkat awal, sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Guar Lobak, Padang Serai. Pada pertengahan 1986, sekolah ini mendapat bangunan sendiri di Mukim Sidam Kanan dengan keluasan tanah 3.24 hektar.

Pada tahun 1992, kelas tingkatan 4 telah dibuka. Pada 7 Februari 1995, sekolah ini telah menukar nama dari Sekolah Menengah Padang Serai II kepada Sekolah Menengah Dato’ Lela Pahlawan semperna gelaran orang besar 4 negeri Kedah. Selaras dengan pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1997 agar semua sekolah ditambah perkataan ‘kebangsaan’, maka kini nama sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Lela Pahlawan.

Mulai 1998 dibuka kelas aliran sains bagi menyediakan peluang pemilihan pembelajaran yang lebih terbuka. Dewasa kini,selaras dengan kemajuan, menyaksikan pertambahan satu lagi blok bangunan tiga tingkat pada tahun 2001 dengan kemudahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaru serta membolehkan SMKDLP beroperasi satu sesi pengajaran. Pada tahun 2002 menyaksikan satu lagi kemudahan kepada pelajar dengan terbinanya asrama sekolah yang dapat menampung 100 orang penghuni khususnya kepada pelajar yang tinggal berjauhan daripada sekolah.

Selain itu, sekolah ini telah mempertingkatkan perpustakaan dengan membekalkan penghawa dingin serta menambah bilangan buku bagi memupuk budaya suka membaca serta membuat rujukan. Selaras dengan ledakan teknologi maklumat, makmal komputer serba lengkap telah diwujudkan. Pada tahun 2003 SMKDLP juga telah dinaik taraf sebagai sekolah Projek Sukan Daerah Kulim Bandar Baharu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Terdapat murid yg terbaik

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lela Pahlawan
Jalan Sidam Kanan
09400, Padang Serai
Kedah,  Malaysia
Telefon = 604-4857140
Fax = 604-4857130

Pautan luar[sunting | sunting sumber]