Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahbandar Hussain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahbandar Hussain
Lokasi
 Malaysia Jalan Cheroh, 27600, Raub, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6093551477
Kod sekolahCEB6027
PengetuaZainal Abidin Bin Eya
Faks6093551477


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahbandar Hussain atau nama ringkasnya Shahbandar Hussain, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Cheroh.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahbandar Hussain memiliki 383 pelajar lelaki dan 301 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 684 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini diasaskan pada bulan April 1962 dengan nama Sekolah Menengah Pelajaran Lanjutan Raub dan beroperasi pada sesi petang. Pada tahun 1965, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Rendah Jenis Kebangsaan Raub apabila sekolah ini mendapat bangunannya sendiri di Jalan Cheroh, Raub.

Sekolah ini dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Hussain, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 25 Julai 1966 dan diberi nama Sekolah Menengah Dato’ Shahbandar Hussain Raub sempena nama ayahanda beliau.

Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Gurmukh Singh Jassal (1962 – 1969).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahbandar Hussain
Jalan Cheroh
27600, Raub
Pahang, Malaysia
Telefon = 6093551477
Fax = 6093551477

Pautan luar[sunting | sunting sumber]