Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman

Lencana SMK Datok Lokman

Alamat  Malaysia Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur
Telefon +60392858754
Faksimili +60392861062
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto ILMU ASAS KEMAJUAN
Slogan
Kod Sekolah WEB0227
Pengetua DR FAUZIAH BINTI MAIL
Penolong Kanan Akademik EN MOHD JAFRI BIN MOHAMMAD YUSOFF
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar PN ZALIHA BINTI YUSOFF
Penolong Kanan Kokurikulum PN NOOR ANITA BINTI ABDUL MALEK
Penolong Kanan Petang YM RAJA HALIMAH BINTI RAJA YAAKOP
Tahun dirasmikan -

Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman memiliki 974 pelajar lelaki dan 760 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1734 orang. Ia mempunyai seramai 115 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Sekolah Kebangsaan Menengah Kebangsaan Datok Lokman (SMKDL) bermula pada tahun 1962, iaitu apabila murid-murid menumpang di Sekolah Menengah Inggeris Jalan Pasar selama dua tahun. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Pelajaran Lanjutan dan terbahagi kepada dua sesi persekolahan, iaitu Sekolah 1 dan Sekolah 2. Sekolah I menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan di bawah penyeliaan Encik Lai Wah, seorang guru lulusan Maktab Perguruan Kirby. Sekolah II yang diselia oleh Encik Razak b. Said pula menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Pada pertengahan bulan Jun 1964, SMKDL dipindahkan ke tapak yang ada sekarang iaitu di Jalan Kampung Pandan. Pada tahun 1965, murid-murid perempuan diterima dalam kelas peralihan buat pertama kalinya. Namun, apabila kedua-dua Sekolah 1 dan Sekolah 2 digabungkan pada tahun 1966, murid-murid perempuan dipindahkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jalan Davis. Pada tahun ini juga, sekolah ini menjadi Sekolah Aneka Jurusan apabila Sekolah Menengah Pelajaran Lanjutan dimansuhkan. Nama sekolah, iaitu Sekolah Menengah Pelajaran Lanjutan digantikan dengan Sekolah Menengah Jalan Kampung Pandan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini diisytiharkan sebagai Sekolah Menengah Rendah.

Pada tahun 1968, mata pelajaran Seni Perusahaan diperkenalkan dalam kurikulum sekolah. Di bawah Rancangan Colombo, sebanyak RM100,000 telah dibelanjakan untuk membeli peralatan bagi bengkel-bengkel yang disediakan. Langkah ini telah menjadikan SMKDL sekolah model atau sekolah contoh bagi semua sekolah menengah di seluruh negara. Pada tahun yang sama, murid-murid SMKDL menduduki peperiksan L.C.E. Keputusannya agak menggalakkan dan hampir semua murid-murid lelaki yang lulus peperiksaan telah memasuki Institut Teknik untuk menyambung pelajaran mereka.

Pada 15 Mac 1969, bangunan sekolah ini dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat En. Mohd. Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Pada tahun 1971, SMKDL diisytiharkan sebagai Sekolah Menengah Atas apabila Tingkatan Empat aliran sastera dimulakan. Berikutan itu, guru-guru siswazah dihantar untuk mengajar SMDKL.

Pada tahun 1975, sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Datok Lokman sempena nama Datuk Bandar Kuala Lumpur yang pertama, iaitu Allahyarham Tan Sri Datok Lokman bin Yusof. Pada 30 April 1979, sebuah kelas Tingkatan Enam Rendah Sains ditubuhkan buat pertama kalinya. Pada tahun 1990, sekolah ini bertukar wajah dari sebuah sekolah lelaki menjadi sekolah bercampur. Pada tahun 1993, masalah kekurangan bilik darjah dapat diselesaikan apabila sebuah blok baru, Blok Cemerlang yang mempuyai 3 tingkat telah siap dibina.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman
Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur
Telefon = +60392858754
Fax = +60392861062

Pautan luar[sunting | sunting sumber]