Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah CEA7065
Lokasi  Malaysia Lanchang28500, Lanchang,, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Telefon 6092803252
Faks 6092803933


Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman atau nama ringkasnya SMK Datuk Bahaman, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lanchang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman memiliki 148 pelajar lelaki dan 323 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 471 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini merupakan sekolah menengah aliran Melayu pertama di Lanchang yang melaksanakan peperiksaan awam. Sekolah ini dibina untuk mengatasi masalah pelajar dari kawasan luar bandar yang terpaksa melanjutkan pelajaran ke bandar iaitu ke Mentakab dan Temerloh. Masalah pengangkutan yang mendesak menyebabkan sekolah ini dibina untuk menampung pelajar-pelajar dari kawasan sekitar yang keciciran kerana gagal hadir ke sekolah akibat kurangnya pengangkutan awam sekitar tahun 1960an.

Sekolah ini dibuka pada 11 Januari 1965 atas nama Sekolah Menengah Aneka Jurusan, Rantau Panjang, Lanchang. Sesi persekolahan kali pertamanya hanya dimulakan dengan pendaftaran 46 orang murid Oleh sebab semasa sesi persekolahan dimulakan sekolah ini masih belum ada bangunan sendiri maka pelajar-pelajar sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang dengan pembelajaran dijalankan pada sesi petang.

Setelah mempunyai bangunan sendiri, sekolah ini memulakan sesi pengajarannya di bangunan sendiri pada 20 Mei 1968. Ketika itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Lanchang. Kedudukannya kira-kira 0.8 km dari Pekan Lanchang di Jalan Mentakab-Karak. Akibat kepesatan pertambahan guru dan muridnya sekolah ini terus berkembang dan pada tahun 1976 Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan pembinaan sebuah bangunan tambahan dua tingkat , bangunan Seni Perusahan dan bangunan asrama. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1981 dan mula digunakan pada tahun 1982. Dari sebuah sekolah menengah rendah, sekolah ini terus berkembang menjadi sekolah menengah atas pada tahun 1982 apabila Jabatan Pelajaran Pahang membenarkan pembukaan kelas tingkatan empat yang pertama di sekolah ini. Mulai tarikh itu sekolah ini ditukar namanya menjadi Sekolah Menengah Datuk Bahaman, Lanchang seterusnya dikenali dengan nama SMK Datuk Bahaman dengan motonya juga ditukar daripada ‘CITA-CITA USAHA JAYA kepada USAHA JAYA. Nama tersebut mengambil sempena nama seorang pahlawan Melayu tempatan iaitu Datuk Bahaman. Pada tahun 2004 pula SMK Datuk Bahaman mula menawarkan pengajian di tingkatan 6 dalam jurusan Kemanusiaan.

Pada mulanya sekolah ini hanya menerima murid-murid daripada empat buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan Lubuk Terua,Sekolah Kebangsaan Kuala Kaung dan Sekolah Kebangsaan Bolok. Pada tahun 1976 sekolah ini mula menerima murid-murid bukan bumiputra untuk kelas peralihan dari sekolah-sekolah di sekitarnya iaitu SRJK (C) Lanchang, SRJK (C) Ladang Sungai Kawang, SRJK (T) Ladang Lanchang dan SRJK (T) Ladang Sungai Kawang. Pertambahan ini menjadi ketara apabila Felda dibuka berhampiran dengan kawasan Lanchang, sekolah ini pula menerima pula murid dari Sekolah Kebangsaan (F) Bukit Damar dan Sekolah Kebangsaan (F) Lakum bagi melanjutkan pelajaran mereka.

SMKDB mermpunyai kawasan yang luas iaitu kira-kira 6.5 hektar (16 ekar) dengan sebuah padang bola sepak dan gelanggang tenis. Sekolah ini terletak berhampiran lebuh raya Pantai Timor dan Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuantan. Hal ini memberi kemudahan dari segi perhubungan. Sekolah ini mendapat bekalan elektrik dan air untuk kemudahan kakitangan dan pelajar juga kemudahan telefon untuk hubungan yang cepat. Sekolah ini juga dilengkapi dengan tiga blok asrama iaitu satu blok asrama putera dan dua blok asrama puteri , sebuah dewan makan.

Hambatan teknologi dan keperluan pembelajaran semasa menyebabkan SMKDB terus berkembang dengan pembinaan bangunan tambahan termasuklah pembinaan  Dewan Besar , Bangunan Makmal Sains. Makmal Komputer, Bilik Kebal, Makmal Bahasa  dan Kantin serta Bilik Akses. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan SMKDB juga akan dilengkapkan  dengan dua blok  Bangunan Asrama , Surau dan Dewan Makan yang dijangka siap pada  bulan Ogos 2008.
Kini SMK Datuk Bahaman dipilih menjadi salah sebuah sekolah kawalan di negeri Pahang yang menempatkan pelajar-pelajar cemerlang  UPSR  yang dikenali sebagai sekolah Rancangan Khas sepenuhnya mulai tahun 2008.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman
Lanchang
28500, Lanchang
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092803252
Fax = 6092803933

Pautan luar[sunting | sunting sumber]