Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor
MotoTo Seek Enlightement With Hand, Eye and Brain
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaPuan Hjh. Norlida Binti Jantan
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Hjh. Mek Paridah Binti Abu Samah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Darmalinggam a/l Manickam
Penolong Kanan KokurikulumPuan Aini Rozita Binti Ahmad
Pengerusi PIBGTuan Haji Azahree Bin Kamarudin
Kod sekolahNEE6001
LokasiKm 4, Jalan Juasseh, 72100, Bahau,, Negeri Sembilan Darul Khusus,  Malaysia
Nama singkatanSMKDM
Laman sesawangSekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor
Telefon6064541121
Faks6064540637


Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor atau nama ringkasnya SMK Datuk Mansor, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 4, Jalan Juasseh,.

Pada 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor memiliki 668 pelajar lelaki dan 780 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1406 orang. Ia mempunyai seramai 114 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa penubuhannya, sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Inggeris Bahau, tetapi pada 22hb September 1972, nama sekolah ini telah ditukar kepada SMK Datuk Mansor, bersempena dengan nama Menteri Besar Negeri Sembilan, iaitu YAB Dato' Mansor Othman.

Sejarah awal sekolah ini bermula dengan menumpang di Sek Keb St Aidan, Bahau pada tahun 1963. Sebanyak 6 kelas telah dibuka dan pengetuannya ialah En. Doradas Dorairaj. Pada bulan Januari 1966, sekolah ini telah dibuka pada tapak sekolah yang ada sekarang. Sekolah Menengah Inggeris, Bahau telah dipilih sebagai nama sekolah kerana penggunaan bahasa Inggeris yang berleluasa dan kedudukan Bahasa Melayu masih belum kukuh kerana belum dijadikan bahasa pengantar utama.

Pada 25 Februari 1969, YAB Mohamed Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, telah merasmikan Sek Men Inggeris ini. Nama sekolah ditukarkan kepada Sek Men Keb Datuk Mansor pada 22 September 1972, oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu iaitu Datuk Mansor Bin Othman.

Padang sekolah dibina selepas setahun sekolah ini dibuka. Sekolah ini juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Asrama lelaki telah dibina dan didiami pada April 1973. Asrama pelajar perempuan pula telah didiami pada tahun 1979.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

 ILMU YANG AGUNG

KAMI MURID YANG SETIA

DARI SEKOLAH DATUK MANSOR

INGIN MAJU JAYA

TERNAMA LAGI MASYHUR

TUGAS KAMI BELAJAR

MENAMBAH ILMU DI DADA

TEKUN SERTA SABAR

RELA BERKORBAN MASA

DI MANA SAJA BUMI DIPIJAK

DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

MENERUSI TANGAN MATA DAN OTAK           

TUNTUT ILMU YANG AGUNG

TERUSKANLAH USAHA

SEHINGGA KITA BERJAYA

WALAU SERIBU HALANGAN

ITU CABARAN ZAMAN

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor
Km 4, Jalan Juasseh,
72100, Bahau
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6064541121
Fax = 6064540637

Pautan luar[sunting | sunting sumber]