Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding
Lokasi
 Malaysia Km 17, Jalan Hulu Langat, Hulu Langat, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERDISIPLIN, BERILMU, BERAMAL
Nombor sekolah0390756715
Kod sekolahBEA4627[1]
PengetuaEncik Rozman bin Ab Kadir
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Mohd Fareed Faheim Bin Mohd Elyas Majeed
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Abu Mansor Mat Urdi Bin Yahaya
Penolong Kanan KokurikulumEncik Abdul Aziz Bin Isa
Faks0390756715
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding atau nama ringkasnya SMK Dusun Nanding, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Km 17, Jalan Hulu Langat.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding memiliki 1011 pelajar lelaki dan 909 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1920 orang. Ia mempunyai seramai 120 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding terletak kira-kira 17 km di selatan Kuala Lumpur dan lebih kurang 2.6 km dari Pekan Batu 9, Cheras. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Luar Bandar. Kedudukannya di pinggir Sungai Langat, terpisah dari jalan raya yang sibuk oleh dusun buah-buahan dan dipagari oleh Hutan Simpan Bukit Enggang memberikan udara yang nyaman serta suasana persekitaran sekolah yang tenteram. Luas kawasan 6.536 hektar atau 16.151 ekar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perancangan asal lokasi tapak SMK Dusun Nanding dicadangkan di sebuah kawasan bekas lombong di hadapan Taman Sri Nanding. Disebabkan struktur tanah yang tidak selamat untuk membina bangunan tinggi, maka tapak SMK Dusun Nanding dibina di lokasi sekarang. Nama SMK Dusun Nanding dikekalkan sebagaimana cadangan asal walaupun lokasinya tidak di kawasan Dusun Nanding.

SMK Dusun Nanding mula beroperasi pada 2 Januari 2003. Pada tarikh ini juga diadakan Majlis Pendaftaran Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu. Bersama-sama ini, diadakan acara pelantikan AJK Penaja PIBG yang bakal ditubuhkan. Pada hari pendaftaran itu, suasana persekitaran sekolah amat daif kerana ditumbuhi rumput panjang, tiada bekalan air dan bekalan elektrik juga tidak sempurna. Bekalan perabot hanya setakat kerusi dan meja pelajar lebih kurang 800 buah dan disusun di 18 buah kelas.

Nama kelas Tingkatan Satu dipilih berasaskan nama pokok kayu keras berharga dari Hutan Khatulistiwa. Nama-nama pokok dipilih mengikut abjad iaitu : Ara, Bakau, Cengal, Dedali, Enau, Gelam, Jelutong, Keruing, Leban, Meranti, Nyatoh, Penaga, Ramin, Seraya dan Tembusu.

Rasional pemilihan nama ini berasaskan kepentingan kayu-kayan ini kepada ekonomi dan alam sekitar. Dari segi ekonomi, kayu-kayan ini sebagai bahan mentah dalam industri perabot dan binaan serta eksport negara.

Kepentingan yang tidak ternilai adalah sumbangan pokok-pokok ini kepada alam sekitar. Kehadiran pokok-pokok ini dapat mengimbangi kuantiti gas dalam atmosfera dengan membebaskan oksigen dan menggunakan karbon dioksida yang tidak berguna dalam proses fotosistesis. Pokok-pokok ini menjadi habitat flora dan fauna. Daun dan buahnya menjadi sumber makanan hidupan di hutan.

Setiap pokok ini dianggarkan menyimpan lebih kurang 272.8 liter air. Akar pokok ini boleh mengawal hakisan tanih dan kanopinya boleh menghalang hakisan titisan hujan. Barisan pokok-pokok ini juga boleh mengurangkan kelajuan pergerakan angin.

Kepentingan pokok-pokok ini disimbolikkan kepada anak kelahiran SMK Dusun Nanding. Yang berilmu dan sentiasa memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. Ini adalah selaras dengan misi dan visi sekolah.

Tanggal 6 Januari 2003, hari pertama persekolahan sesi 2003. Pendaftaran murid diteruskan. Didapati jumlah murid sebenar mendaftar di sekolah ini hanya 450 orang iaitu 393 murid Tingkatan Satu dan 51 murid Kelas Peralihan. Dengan bekalan guru hanya 20 orang, keputusan diambil untuk mengecilkan kelas Tingkatan Satu menjadi 12 kelas sahaja.

Senarai Jumlah Murid Kelas Peralihan pada 9 Januari 2003.

Bilangan guru pada hari pertama persekolahan ialah 24 orang, termasuk 3 orang pentadbir iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Staf sokongan seramai 2 orang iaitu Pembantu Tadbir N17 dan Pembantu Am Rendah.

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding[sunting | sunting sumber]

Penerangan:

  • TANGAN BERSALAM:

Melambangkan warga SMK dusun Nanding sebagai warga penyayang di samping setiap individu memainkan peranan saling membantu ke arah kebaikan demi kemajuan sekolah.

  • KITAB ATAU BUKU:

Melambangkan ilmu pengetahuan yang menjadi nadi utama dalam misi dan visi sekolah.

  • ATOM DAN GEAR:

Melambangkan usaha-usaha yang berterusan ke arah mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. 5 gear melambangkan 5 prinsip Rukun Negara dan Rukun Islam 5 perkara.

  • BUNGA PADI:

Melambangkan ilmu yang diperolehi oleh pelajar berkembang maju seiring dengan ketamadunan manusia. Ia sebagai tanda kejayaan warga pendidik menerapkan ilmu yang berguna yang membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

  • PERISAI:

Melambangkan kekuatan warga SMK Dusun Nanding menempuh cabaran dengan mambawa ilmu yang berguna.

MOTTO SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

  • "BERDISIPLIN, BERILMU, BERAMAL"

Berdisiplin melambangkan kepatuhan warga SMK Dusun Nanding dalam disiplin merupakan sebahagian utama daripada proses pembentukan sikap, maruah dan hala tuju untuk kejayaan masa depan. Berilmu melambangkan ilmu pengetahuan menjadi tunggak utama setiap individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beramal melambangkan ilmu pengetahuan yang akan memberi manfaat kepada individu, agama, masyarakat dan negara dalam membentuk amalan yang disuruh oleh Tuhan.

Misi SMKDN[sunting | sunting sumber]

VISI SEKOLAH direalisasikan di dalam MISI SEKOLAH :

1.Melahirkan pelajar cemerlang dari segi: Akhlak Akademik Ko-kurikulum

2.Melahirkan pelajar yang: Patuh kepada agama Berilmu dan beramal Berdaya saing Bertanggungjawab Berdisiplin Mempunyai Jati Diri Menghormati ibu bapa, guru, orang yang lebih tua, dan orang lain Sentiasa sihat dan cergas

MISI SEKOLAH

1.Mewujudkan persekitaran sekolah yang : Selamat Bersih Ceria Indah Aman Harmoni Kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran

VISI SEKOLAH

Melahirkan Insan Berdaya Ketahanan Tinggi Memenuhi Aspirasi Semasa

WAWASAN SMK DUSUN NANDING : VISI SMK DUSUN NANDING CEMERLANG 2008

Untuk Menjadi Sekolah Cemerlang, Warga Sekolah Akan Berusaha :

a) Memupuk sahsiah dan nilai murni pelajar.

b) Memastikan peningkatan pencapaian kurikulum berterusan.

c) Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kurikulum.

d) Mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat.

e) Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus, tulus dan profesional.

Lagu Rasmi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kita Jaya


Lahirmu Nadi Beribu Bintang
Jasamu Bersinar Terang
Berjiwa Murni Wargamu Disayang
SMK Dusun Nanding Gemilang.


Sikap Mundur Kami Gempur
Disiplin Kami Tak Luntur
Berilmu Berbakti Kami Hulur
Anak Bangsa Menjadi Masyhur.


Jika Kami Lalai Dan Lewa
Gerakkan Kami Segera
Bangunkan Minda Pertahankan Maruah
Putra-putri Kebanggaan Warga


Demi Cita Kita Terus Mara
Ranjau Dan Onak Tak Terasa
Bimbingan Dan Doa Iring Bersama
Kejayaan Milik Kita (2x)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding
Km 17, Jalan Hulu Langat
Selangor, Malaysia
Telefon = 0390756715
Fax = 0390756715

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]