Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain
MotoBerusaha Berjaya Berbakti
Ditubuhkan1 Januari 1975
Dirasmikan1982
JenisSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaAbdul Gaffar Bin Kunchi Mohammad
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikSaripah bt Samsudin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRusnah bt Mohammed Khairi
Penolong Kanan KokurikulumNorlatifah bt Sharif
Kod sekolahBEA4608[1]
Lokasi Malaysia 43500 Semenyih Semenyih, Selangor, Malaysia
Kemasukan PelajarPeralihan - Tingkatan 5
Nama singkatanSemuhsin
Laman sesawanghttp://semuhsin.net/
Telefon603-87238285
Faks603-87242569


Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain (Semuhsin) merupakan sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Semenyih, Selangor. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Semenyih sahaja. Engku Husain merupakan tokoh pemerintah dari Negeri Sembilan kerana Semenyih pernah berada di bawah kerajaan Sungai Ujong, Negeri Sembilan, sebelum persempadanan semula.

Mulanya, sekolah ini menampung pelajar tingkatan 1 hingga 3 tetapi kini, sekolah ini dapat menampung pelajar dari kelas peralihan hingga tingkatan 5.

Pada 2009, Semuhsin memiliki 1628 pelajar lelaki dan 1678 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3306 orang. Ia mempunyai seramai 173 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut sumber tempatan, pada zaman Jepun (1941-1945), tapak sekolah ini pernah digunakan oleh tentera Jepun untuk berkhemah dan latihan. Pada 29 Disember 1954, akhbar The Strait Times melaporkan sebuah helikopter tentera terhempas berhampiran kawasan ini. Tiga orang pegawai tentera yang terlibat ialah NH Jackson Smith dan WR Williams. Mereka dalam perjalanan pulang dari Seremban ke Kuala Lumpur. Pada 1988, sebuah helikopter juga mendarat kecemasan di padang sekolah ini akibat hujan lebat dan angin kencang.

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1975 setelah ramai pelajar yang menyatakan keinginan untuk meneruskan pengajian di sekolah menengah. Menteri Pelajaran ketika itu ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad (1974-1978). Sebelum itu, para pelajar yang ingin meneruskan pengajian terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang atau Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang.

Guru besar yang pertama ialah Raja Alias bin Abdul Rahman. Ketika itu, beliau juga merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Semenyih .

Antara guru yang terawal mengajar di sini ialah Cikgu Mat Derakah Bin Alias, Puan Halimaton Bte Iban, Cikgu Baharom Bin Said, Cikgu Abdul Aziz Bin Abd. Wahab, Cikgu Yu Soo Chin, Cikgu Shamsiah Jantan, Cikgu Amar Singh dan Tan Poh Beng.

Pada tahun 1990, sekolah ini menampung 1300 orang pelajar daripada pelbagai kaum. Pada tahun 2005, sekolah ini menampung 2997 orang pelajar dari kawasan Semenyih. Bilangan pelajar sekolah ini mendadak naik setelah wujudnya Bandar dengan mempunyai 3600 orang pelajar ekoran pembinaan Bandar Rinching (1996), Bandar Tasik Kesuma (1998), Bandar Sunway Semenyih dan Kem Batalion Polis Gerakan Am (2011). Bilangan pelajar berkurang kepada 3100 orang pada 2012 setelah SMK Bandar Seri Putra (2011) dibina di Bandar Seri Putra .

Sekolah-sekolah di Semenyih[sunting | sunting sumber]

Sekolah menengah lain yang terdapat di Semenyih ialah Sekolah Menengah Teknik Kajang , Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putera.

Sekolah ini menerima pelajar dari sekolah rendah seperti Sekolah Kebangsaan Semenyih ; Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih, SRK Rinching Hilir , Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Ming, Semenyih , Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kg Baru,Semenyih ( Sin Chun ) , Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Semenyih dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Dominion,Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Rinching, Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi

Barisan pentadbir[sunting | sunting sumber]

Nama penuh Jawatan
Abdul Gaffar Bin Kunchi Mohd Pengetua
Saripah bt Samsudin Penolong Kanan
Rusnah bt Mohamed Khairi Penolong Kanan HEM
Norlatifah bt Sharif Penolong Kanan Ko Kurikulum
Norliza bt Zakaria Penolong Kanan Petang
Rohana bt Asha'ari GKMP Sains & Matematik
Masijah bt Maskop GKMP Vokasional
Siti Fatimah Mahmud GKMP Kemanusiaan
Maslahwati GKMP Bahasa

Bekas Pengetua[sunting | sunting sumber]

Nama penuh Tempoh
Mat Derakah Alias 1 Januari 1979 - 1 Mei 1979
Raja Alias Raja Abdul Rahman 2 Mei 1979 - 31 Dissember 1981
Abdul Aziz Mohd Nor 1 Januari 1982 - 15 April 1987
Datin Siti Zaharah Mohd Zin 16 April 1987- 30 November 1993
Kamariah Haroon 1 Disember 1993 - 16 Jun 1994
Abd Aziz Mohd Nor 16 Jun 1994 - 26 September 1998
Asnah Harun 1 Oktober 1998 - 2006
Latifah Mohd Isa 1 Januari 2007 - 2009
Maziyah Hassan 1 April 2000 - Oktober 2011
Abdul Gaffar Bin Kunchi Mohd Januari 2012 - 2015
Che Ratni bt Mohamed 2015 - 5 Ogos 2017
Abdul Gaffar Bin Kunchi Mohd 6 Ogos 2017 - Sekarang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]