Sekolah Menengah Kebangsaan Entilibon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Entilibon
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah XEA2226
Lokasi D/A Pejabat Pendidikan Daerah, Wdt 0889300, Telupid,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu,  Malaysia
Telefon 0138642358
Faks TIADA


Sekolah Menengah Kebangsaan Entilibon atau nama ringkasnya SMK Entilibon, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pendidikan Daerah, Wdt 08.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Entilibon memiliki 241 pelajar lelaki dan 310 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 551 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1998, para pelajar dari Kampong Entilibon dan sekitarnya sangat bermasalah ke sekolah yang berdekatan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid yang jaraknya 25 KM.


Namun disebabkan oleh masalah jalan raya yang tidak sempurna (berbatu dan tanah merah)perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid mengambil masa 1 jam.


Hal ini telah menyebabkan ramai pelajar tercicir kerana gagal hadir ke sekolah, tambahan pula asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai.


Hasil usaha pemimpin masyarakat, tempatan dan dengan sokongan wakil rakyat akhirnya JPN Sabah telah membuka ruang ke arah penubuhan sebuah sekolah di kawasan ini.


Pada tahun 1999, sebuah sekolah telah dibina di Kampong Entilibon dengan nama SMK Telupid cawangan Entilibon yang menumpang di bangunan SK Entilibon.

Akhirnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Entilibon ditubuhkan secara rasmi pada 17 Januari 2000 dengan menumpang tapak SK Entilibon.

Pengetua pertama En. Jalibin Paidi. Seterusnya pengetua yang kedua adalah En. Ting Sien Kuan dan kini pengetua yang baru En. Yusuf Rosli menerajui sekolah ini.

Pada awal penubuhannya sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan iaitu blok bilik darjah (4 kelas) dan blok pantadbiran. 2 blok tambahan iaitu 1 blok kayu menempatkan 3 buah kelas dan 3 unit rumah guru dibina hasil usaha penduduk sekitar.

Pada tahun 2005, sebuah bengkel KH telah dibina. Sebuah kelas yang dijadikan makmal sains pula dibina pada tahun 2006.

Kemudahan asrama yang dibuka pada bulan Oktober 2005 telah menyebabkan peningkatan enrolmen di Sekolah Menengah Kebangsaan Entilibon sehingga memaksa pihak sekolah mengadakan persekolahan dalam dua sesi.

Terdapat 2 buat sekolah menengah di sekitar sekolah ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid (25 km) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tongod (30 km)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Entilibon
D/A Pejabat Pendidikan Daerah, Wdt 08
89300, Telupid
Sabah, Malaysia
Telefon = 0138642358
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]