Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong
MotoSekolah Dekat Di Hati
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaTuan Abdul Ghani bin Mohd Ali
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Halimah binti Nordin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hajah Rujimah binti Taip
Kod sekolahXEE6011
Lokasi Malaysia Peti Surat 178, 89808, Beaufort, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Nama singkatanSeMeGa
Telefon6087221602
Faks6087225594


Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong atau nama ringkasnya SMK Gadong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 178,.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong memiliki 554 orang pelajar lelaki dan 508 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1062 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.2009

Kini,

SMK Gadong memiliki jumlah pelajar sebanyak 844 dan guru sebanyak 84.


Waktu masuk ke sekolah = 6.50 ( selewat-lewatnya ) Waktu pulang = 1.30 tengah hari( Isnin dan Khamis ) 11.30 pagi (Jumaat) 3.30 petang ( Selasa dan Rabu )

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu lama (? – 2016)[sunting | sunting sumber]

Engkau bagai rimbun yang menghijau

Melindung, mendidik dan menghibur

Mencurahkan baktimu

Sekolahku SMK Gadong


Berilmu, beramal dan berbakti

Bersopan santun budi mulia

Belajar dan berusaha

Itulah budaya kita


Kepada-Mu wahai Tuhanku

Berkati usaha kami

Menjaga dan menghormati

Sekolahku kekal abadi


Engkau bagai gunung yang menjulang

Memuncak mengukuh dan menunjang

Mencapai cita yang mulia Berbakti pada negara.


*Lagu sekolah ini telah dicipta oleh En. Mohd. Tahir Hj. Abd. Ghani dan En. Jaafar Hj. Jali pada 20 November 1992.

Lagu baharu (2017 – sekarang)[sunting | sunting sumber]

SMK Gadong sekolah tercinta

Kebanggaan kita semua

Mendidik, berilmu dan berbudaya

Mencurahkan bakti yang mulia

SMK Gadong bertekad di hati

Mencapai kecemerlangan

Berilmu, beramal dan berbakti

Menggapai generasi terbilang

Sekolah dekat di hati

Membentuk insan mulia

Kami terus berbakti

"Kepada-Mu Tuhanku"

(ulang)

Penulis Lirik: Dr. Musnin Bin Misdih (Pensyarah Kanan, FKSW UMS)

Lagu/muzik: En. Andrew Poninting (Pensyarah Muzik, FKSW UMS)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan Lama[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal penubuhannya, iaitu pada awal tahun 70-an sekolah ini tidak mempunyai bangunannya sendiri dan tidak mempunyai kemudahan asas yang diperlukan. Bangunan Sekolah Rendah Gadong telah digunakan sebagai pusat pembelajaran sementara.

100 orang pelajar diterima semasa tahun pertama sekolah ini. Dua buah kelas digunakan untuk menempatkan pelajar-pelajar ini yang memulakan kelas menengah rendah dalam aliran Bahasa Inggeris.

Menjelang tahun 1974, tingkatan 1, 2 dan 3 telah diwujudkan dan buat kali pertama seramai 100 orang pelajar telah menduduki Peperiksaan LCE yang berpusat di Sekolah Menengah St. Paul, Beaufort.

Pada tahun 1976, seiringan dengan Dasar Peperiksaan Pelajaran Kebangsaan, sekolah ini telah mewujudkan kelas tingkatan satu dalam aliran Bahasa Melayu. Kumpulan pelajar ini juga yang pertama mengambil peperiksaan SRP pada tahun 1978.

Sesi persekolahan bermula pada 12.30 tengah hari dan berakhir pada 5.45 petang kerana pada waktu pagi, sesi persekolahan peringkat rendah berlangsung. Hanya menjelang tahun 1985 barulah waktu persekolahan berubah kepada pukul 7.00 pagi hingga 1.35 tengah hari. Pada masa ini,[bila?] bangunan tambahan telah dibina oleh pihak kerajaan.

Bangunan Sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1992, bangunan baru di tapak yang baru telah siap sepenuhnya dan mula digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pada waktu ini, sudah terdapat asrama pelajar lelaki dan perempuan, surau, kantin, bengkel kemahiran hidup, dewan besar, gelanggang badminton dan flat guru serta kemudahan asas yang lain.

Pada tahun ini juga seramai 66 orang pelajar untuk pertama kalinya menduduki peperiksaan SPM (peringkat menengah atas dimulakan pada tahun 1991, di sekolah lama).

Seterusnya, peningkatan jumlah pelajar berlaku dari setahun ke setahun. Dengan adanya sekolah baru ini, ia telah memberi peluang pelajar luar bandar menguasai ilmu pengetahuan dan memperbaiki mutu kehidupan mereka.

Sekolah ini juga disediakan dengan sebuah bas untuk kegunaan sekolah dan Pejabat Pendidikan Beaufort.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2019

4hb Julai 2019 - SMK GADONG telah mengadakan Program Karnival Akedemik TS25 2019 buat julung-julung kalinya. Program ini telah berjaya dilaksanakan. Seramai 1000 lebih pengunjung luar mahupun dalam kampung Gadong telah bersama-sama menjayakan program ini. Program ini melibatkan beberapa sekolah TS25 seperti SMK Sindumin, SK Banting , SK Suasa dan sebagainya serta melibatkan beberapa badan kerajaan dan NGO. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan kepada orang ramai seperti Qasidah , Dikir Barat ,Choral Speaking , Sajak Bahasa Arab , Bacaan ayat suci Al-Quran , Pidato , Syarahan serta Public Speaking.

2016

Beberapa orang pelajar sekolah ini pernah mengikuti aktiviti D-Code Camp yang berlangsung di SMK Padang Berampah pada bulan Februari 2016. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengajar murid tentang mencipta lawan web sendiri di samping belajar sedikit tentang komputer.

Ahli yang mengikuti aktiviti D-Code Camp ini ialah:

  • Nur Zakiyyah
  • Nurulefika Nasha
  • Zeti Hanis
  • Nor Diana Shahirah
  • Nur Farani

Sekolah ini telah menjadi johan pertandingan Bola Sepak peringkat Daerah dan sekolah. Murid-murid yang memenanginya ialah:

  • Mohd Ghazali
  • Mohd Alief Ikhmal
  • Mohd Shafiq

Sekolah ini juga menjadi Johan dan Naib Johan dalam acara Bola Baling. Antara pemainnya ialah:

  • Sherly Lin Kong Chu
  • Shamsiah Gusti
  • Rahimah Gusti
  • Dzul Farhan

Selain itu, sekolah ini memenangi pertandingan Bola Jaring. Kebanyakan ahli yang terlibat dari Asrama puteri

  • Harmi Rizal dan lain-lain

Tambahan lagi, sekolah ini pernah menjadi Johan Bola Tampar dengan ahlinya:

  • Dzul Farhan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong
Peti Surat 178,
89808, Beaufort
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087221602
Faks = 6087225594

Pautan luar[sunting | sunting sumber]