Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
Moto Labor Omnia Vincit
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Roszelan Bin Majid
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Kamis bin Aman
Penolong Kanan Kokurikulum Omar bin Minhad
Pengerusi PIBG Dato' Ng Teng Yau
Kod sekolah MEB2091
Lokasi Jalan Gajah Berang 75200, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah,  Malaysia
Telefon 06-2831476
Faks 06-2828691


Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang atau nama ringkasnya SMK Gajah Berang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kerajaan yang terletak di Jalan Gajah Berang, Melaka.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang memiliki 824 orang pelajar lelaki dan 688 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1512 orang. Ia mempunyai seramai 112 orang guru.2009

Pada tahun 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang mempunyai seramai 762 orang pelajar lelaki dan 599 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1361 orang. Ia mempunyai seramai 112 orang guru yang terdiri daripada 25 orang guru lelaki dan 87 orang guru perempuan. Sekolah ini mempunyai sebanyak 52 buah kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama sekolah ini sejak ditubuhkan ialah Gajah Berang Secondary Modern School dan kemudian ditukarkan kepada Gajah Berang Secondary English School (GBSES). Sekarang, ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang (SMKGB). Letaknya kira-kira 1.5 km dari pusat Bandar Melaka. Nama sekolah ini ada kaitannya dengan jalan yang berhampiran iaitu Jalan Gajah Berang, iaitu jalan penghubung antara Jalan Tengkera di baratnya dan Jalan Hang Tuah, Bachang di timurnya. Luas kawasan sekolah ini yang diperuntukkan ialah 7.5 ekar.

Sekolah ini didirikan oleh Kerajaan British pada tahun 1956 dan persekolahan awal bermula pada 9 Januari 1956. Pada peringkat awal ini, ia mempunyai hanya sebuah blok bangunan batu dan tingkat sahaja yang mengandungi 6 buah bilik darjah (3 bilik di atas dan 3 bilik di bawah), tetapi pada masa sekarang, bahagian atas bangunan ini telah dijadikan Perpustakaan Sekolah. Bilangan pelajar ketika itu 150 orang lelaki yang dididik oleh 6 orang guru sahaja.

Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Tan Gim Ann yang berkhidmat sejak sekolah dibuka hingga tahun 1958 dengan bantuan oleh 5 orang perintisnya iaitu En. M.C. Oomen, En. Tan Teng Chee, En. A.M. Narayanan dan En. Yoong Cheong Pin. Pada peringkat awal tahun persekolahan, Pengetua dan guru-guru terpaksa menghadapi berbagai-bagai masalah seperti tidak cukup bilik darjah, tiada padang permainan dan murid-murid harus berpuas hati dengan permainan ping pong dan catur; lebih-lebih lagi tanah kawasan sekolah adalah rendah dan berpaya dan hanya dihubungkan sebatang jalan kecil kira-kira 50 meter ke Jalan Gajah Berang.

1956 hingga 1959[sunting | sunting sumber]

Makmal Sains juga belum ada pada awal tahun 1956 dan guru-guru sains terpaksa meminjam dan menggunakan sepenuhnya makmal sains Sekolah Tinggi Melaka. Sebelum ketibaan kerani, Pengetua En. Tan Gim Ann terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian selain urusan pentadbiran sekolah.

Pada 1957, sekolah ini berusaha mengidentitikan dirinya dengan cogan kata dan lambang sekolah. Oleh itu pada akhir tahun 1957, cogan katanya telah dicipta dengan mengambil kata-kata Latin iaitu "Labor Omnia Vincit" yang bermaksud "Usaha Mengatasi Segala-galanya".

Pada 1958, sesi persekolahan dimulakan pada 8 Januari. Seramai 231 orang pelajar lelaki baru memasuki Tingkatan Satu dan Peralihan. Pada 8 Julai 1958, PIBG ditubuhkan. Pengerusi pertamanya ialah Ahli Parlimen Melaka Datuk Tambychik Karim. Pada tahun itu juga pelajar Tingkatan 3 menduduki Peperiksaan LCE dan keputusannya ialah 62%.

Pada 1959, Pengetua baru En. Tan Boon Lin menggantikan tempat En. Tan Gim Ann yang bersara. Tahun ini merupakan tahun bersejarah kerana sekolah ini dirasmikan oleh mendiang Tun Tan Cheng Lock pada 16 Mei 1959.

1960 hingga 1979[sunting | sunting sumber]

Pada 1960, Allahyarham Tun Hj. Abdul Malik Yusof telah mengadakan lawatan rasmi ke sekolah ini. Surat penghargaan diberikan kepada sekolah dan pelajar. Pada tahun ini juga Hari Ucapan yang pertama diadakan pada 21 November 1960. Ramai muird menerima hadiah daripada YAB En. Abdul Ghafar Baba Ketua Menteri Melaka.

Pada 1962, En. Khoo Heng Hock menjadi Pengetua yang mengganti tempat En. Tan Boon Lin. Beliau telah meningkatkan lagi prestasi sekolah. Nama-nama sukan ditukarkan kepada nama tokoh-tokoh yang berjasa kepada sekolah atau Negeri Melaka; Ee Yew Lin, Tan Cheng Lock, Tan Gim Ann, Hang Tuah dan Leong Yew Koh. Gelanggang tenis dan gelanggang bola keranjang juga telah dibina. Pengetua ke-4 En. Kok Swee Hong menumpukan usahanya dalam meningkatkan prestasi peperiksaan dan berusaha menambahkan lagi bangunan baharu bagi menampung pelajar-pelajar yang bertambah setiap tahun.

Pada 1971, sekolah ini telah mengadakan kelas Tingkatan 6. Pelajar-pelajar diambil daripada lepasan Tingkatan 5 yang berjaya dalam aliran sains dari sekolah ini. Wang sewa sebanyak RM40,000.00 dikeluarkan untuk melengkapkan makmal sains, tambahan buku-buku teks dan rujukan Tingkatan Enam di perpustakaan di samping perbelanjaan-perbelanjaan yang berkaitan dengan program ini.

Pada 1975, bangunan baharu (bengkel elektrik, kaji sawat, bilik makmal dan kelas Tingkatan 1) dibina di bahagian belakang kawasan sekolah yang berhampiran dengan padang. Pada 25 Julai 1975, En. Tai Yen Chuah bersara. Jawatan Pengetua dipangku oleh En. Seow Kim Swee. En. Seow berusaha menubuhkan "Tabung Murid-murid Miskin" untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah kewangan.

Pada 1979, pelajar-pelajar Tingkatan 6 telah berjaya mencapai keputusan tertinggi di Malaysia dalam Peperiksaan HSC (aliran Sains) dengan keputusan 71.4%.

1980 hingga 1999[sunting | sunting sumber]

Pada 1980, En. Goh Kwee Meng Pengetua ke-6 menggantikan tempat En. Seow Kim Swee yang berpindah ke Masjid Tanah. Sekolah dinaikkan taraf kepada gred "A" kerana mempunyai kelas Peralihan hingga kelas Tingkatan 6 dan mempunyai pelajar yang melebihi 1200 orang.

Pada 1981, seorang pengetua dari Sekolah Menengah Masjid Tanah iaitu En. A. Kalimutu menjadi Pengetua ke-7 di sekolah ini. Kemudahan-kemudahan bersukan dan bermain di waktu petang digalakkannya. Beliau juga melengkapkan kemudahan di perpustakaan dan mengadakan bilik rujukan untuk pelajar.

Pada 1982, beliau memperkenalkan tali leher sekolah untuk dipakai oleh semua murid dan guru sekolah. Ia merupakan satu langkah ke arah pembentukan dan mengekalkan suatu "identiti" sekolah ini serta semangat cintai sekolah.

Pada 1985, pelajar sekolah ini telah mengutip wang untuk mendirikan jalan susur bagi menghubungkan bangunan-bangunan sekolah.

Pada 1986, "Skim Sarapan Untuk Murid-Murid Miskin" diperkenalkan untuk memberikan makanan dan minuman pagi kepada mereka yang memerlukannya. Skim dijalankan dengan wang bantuan daripada tabung murid-murid miskin SMGB.

Pada 1989, sekolah ini telah mula menerima pelajar perempuan di kelas Peralihan, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Peneriman ini merupakan percubaan yang besar dalam sejarah sekolah ini. Pada 21 September, Perpustakaan sekolah dirasmikan oleh YB Datuk Mohd. Hj. Kamarudin, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Pada 1992, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka mencalonkan sekolah ini sebagai Sekolah Harapan.

Pada 1993, En. Kassim bin Abbas Pengetua pada masa itu telah mengadakan 2 buah kedai koperasi. Beliau membina dataran taman, air pemancut, kolam ikan, tempat letak kereta guru, dan melengkapkan bilik media. Di samping itu, pelajar sekolah ini telah menyertai pertandingan drama TV3 peringkat kebangsaan dengan memenangi tempat ke-3.

Pada 1994, En. Cheng Sheng Hua yang menjadi Pengetua telah berusaha menambah 5 buah komputer di bilik komputer, menambahkan 5 buah pendingin hawa di perpustakaan dan mendinginhawakan bilik guru.

Pada 1997, Tuan Haji Yaamah bin Mohd. Dris menjadi Pengetua pada tahun 1997. Beliau telah melengkapkan kemudahan internet di sekolah dan menambah bangunan sekolah yang baharu untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah.

2001 hingga 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 2001, En. Abu Hassan bin Ja'alam menggantikan Tuan Haji Yaamah sebagai Pengetua di sekolah ini mulai 16 April 2001.

2011 hingga sekarang[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah menjadi Juara Bola sepak peringkat Kebangsaan sebanyak 3 kali, Johan Olahraga sebanyak 4 tahun, dan Juara bertahan Sepak Takraw selama 10 tahun.

Profil sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana SMK Gajah Berang

Warna Maroon

Keberanian, dinamik, futuristik

Warna Putih

Kesucian dalam fikiran dan perbuatan. Kesopanan dan kesusilaan

Warna Kuning

Kesetiaan kepada sekolah, negeri, raja dan negara

Gading Gajah

  1. Simbolik kepada tangan murid-murid menimba ilmu pengetahuan kepada masyarakat.
  2. Murid-murid yang progresif dalam keharmonian zaman sains dan teknologi moden.

Moto sekolah[sunting | sunting sumber]

LABOR OMNIA VINCIT

Usaha Mengatasi Segala-galanya

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Kurikulum 2016

laporan

Laporan Kurikulum 2015

Buletin GBS

Buletin The Torch bil 1

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Aktiviti kokurikulum tahun 2015

Pencapaian sekolah dalam Photon Projek

Kelab dan Persatuan

Unit Beruniform

Sukan Permainan

Hal Ehwal Murid[sunting | sunting sumber]

Lawatan penanda arasan

Aktiviti PT3

PPDa

Persatuan Ibubapa dan Guru

Alumni[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Hadenan Bin Abdul Jalil

Abdul Rahim bin Mohd. Noor

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
Jalan Gajah Berang
75200, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2831476
Faks = 06-2828691

Pautan luar[sunting | sunting sumber]