Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan
Pengetua Pn. Hjh Khalijah bt Abdul Rahman
Kod sekolah MEA0071
Lokasi  Malaysia Masjid Tanah 78300, Masjid Tanah, Melaka Bandar Bersejarah, Malaysia
Nama singkatan SKK SMK GHAFAR BABA
Laman sesawang Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba
Facebook Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba
Telefon 06-3841257
Faks 06-3843253


Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba atau nama ringkasnya SKK SMK Ghafar Baba, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Masjid Tanah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba memiliki 471 orang pelajar lelaki dan 518 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 989 orang. Ia mempunyai seramai 81 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba terletak dalam Mukim Masjid Tanah dan Sungai Baru Ulu dengan keluasan tanah seluas 13.5 ekar. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Pada peringkat awal penubuhannya, ia menumpang di Sekolah Rendah Inggeris Masjid Tanah, Melaka (sekarang dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim). Pada ketika itu, bilangan muridnya ialah seramai 116 orang. Gurunya terdiri daripada 4 orang, 2 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan. Sementara pengetuanya pada ketika itu ialah Encik Hashim bin Mohamad dan Ketua Pengawas (ketua pelajar) ialah Ab. Aziz bin Hj Bidin.

Sekolah ini ditubuhkan atas inisiatif masyarakat setempat dan diasaskan pada bulan Januari 1962. Ketua masyarakat yang bertanggungjawab mempelopori dan mengasaskannya ialah Datuk Tamby Chik bin Karim. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah yang pertama.

Peletakan batu asasnya telah dilakukan pada 24 September 1962 oleh Y.A.B. Encik Abdul Ghafar Baba, Ketua Menteri Melaka, sementara perasmiannya dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Malik Bin Yusuf, SMN, DMK, Gabenor Negeri Melaka pada hari Khamis 19 Mac 1964.

Pada tahun 1967, sekolah ini telah ditukar namanya daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah menjadi Sekolah Ghafar Baba iaitu mengambil sempena nama Abdul Ghafar bin Baba, seorang anak watan Melaka yang mula mencipta nama dalan arena politik Malaysia.

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Senarai pengetua sekolah sejak tahun 1962:

  1. En Hashim B Mohd (1962-1969)
  2. En Talib B Md Zin (1969-1971)
  3. En Saari B Hassan (1971-1974)
  4. En Hamdan B Salleh (1975-1981)
  5. En Abdullah B Hussin (1981-1983)
  6. Tn Hj Borhan B Othman (1983-1990)
  7. Tn Hj Mohamad B Yunus (1990-1994)
  8. En Mohd Zin B Hamid (1995-1996)
  9. Tn Hj Othman B Ibrahim (1996-1997)
  10. Tn Hj Wahid B Kidam (1997-1998)
  11. Pn Hjh Zuwiyah Bt Pendek (1998-2000)
  12. Cik Julia Bt Leman (2000-2001)
  13. Datin Hjh Salmiah Bt Sulaiman (2001-2006)
  14. Pn Hjh Nubah Bt Aton (2006-2014)
  15. Pn Hjh Khalijah Bt Abdul Rahman ( 2014 - 2016)
  16. Pn Rosni Bt Leman (2016-sekarang)

Perkembangan fizikal[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal penubuhannya, terdapat sembilan blok bangunan sahaja iaitu Dewan Besar, Bilik seni perusahaan, Bilik seni lukis, Bilik sains paduan, Bangunan kelas Blok A dan B, Kantin, Asrama lelaki dan Perpustakaan.

Bagi menampung pertambahan bilangan murid, pada tahun 1968, bangunan tambahan makmal sains dan bilik SRT telah dibina, manakala pada tahun 1987, bangunan tambahan Blok C mula dibina dan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abd Rahim Bin Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka. Kos pembinaan bangunan ini berjumlah RM 200,000 dan telah dibiayai melalui Projek Bank Dunia.

Bersesuaian dengan fungsi sekolah yang bukan hanya bertujuan melahirkan insan yang cemerlang dan berketerampilan dalam bidang akademik, aspek pembangunan sahsiah turut mendapat perhatian. Selaras dengan hasrat murni itu maka pada tahun 1978, bangunan surau telah dibina dan kos pembinaannya ialah hasil daripada sumabngan PIBG, orang perseorangan dan guru-guru sekolah SMKGB.

Dari semasa ke semasa, bilangan murid terus meningkat dan SMKGB mula menjadi tumpuan murid-murid dari kawasan sekitar dan liau[Penjelasan diperlukan] kawasan Masjid Tanah. Pada tahun 1975, bangunan Asrama Puteri (aspuri) telah dibina untuk memenuhi keperluan murid-murid yang tinggal berjauhan dari sekolah. Pada peringkat awal, blok asrama ini digunakan untuk menempatkan murid-murid lelaki, manakala blok asrama putera digunakan untuk menempatkan kelas murid-murid tingkatan 1, 4, dan 6. Pada tahun 1987 barulah murid-murid perempuan mendapat kemudahan tinggal di asrama. Murid-murid perempuan ditempatkan di bangunan baru sementara murid lelaki kembali menghuni blok asrama yang lama.

Pada tahun 1980, sebuah bilik kebal telah dibina berhampiran dengan blok pentadbiran. Bilik Kebal ini digunakan untuk menyimpan kertas soalan semasa musim peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Pada tahun 1989, bangunan tambahan kantin telah siap dibina.

Pada tahun 2000, Pusat Sumber Sekolah dan Bengkel Kemahiran Hidup yang baru telah mula digunakan, manakala surau baru Al-Syakirin dibina dan siap pada tahun 2003. Pembinaan kedua-dua bangunan ini telah mengorbankan padang permainan SMKGB. Pada tahun 2007, blok asrama diubah suai untuk kegunaan ruang belajar aspuri. Pada tahun yang sama, susur gajah sekolah dan asrama juga talah ditambah. Dengan usaha yang dilaksanakan oleh Puan Pengetua, sebuah Wakaf Budi dan Dataran Warga Berbumbung telah pun terbina untuk kegunaan semua warga SMKGB.

Untuk memastikan semua murid dapat mempelajari ilmu sains dengan sempurna, pada tahun 2008, semua makmal sains telah pun dinaik taraf. Pada tahun yang sama, sebuah pondok pengawal yang baharu telah pun dibina menggantikan pondok keselamatan yang lama kerana kedudukan yang tidak sesuai. Pada tahun 2009 dan 2010, semua tandas di asrama dinaik taraf untuk memastikan semua warga asrama menikmati kemudahan asrama yang sempurna dan dapat belajar dengan baik.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

SMK Ghafar bab terletak dalam Mukim Masjid Tanah dan Sg Baru Ulu, Alor Gajah, Melaka. Pekan Masjid Tanah terletak di arah utara Bandar Melaka. Jarak Masjid Tanah dari Bandar Melaka lebih kurang 33km, sementara jaraknya dari Pekan Alor Gajah lebih kurang 15km. Jarak SMKGB dari Pekan Masjid Tanah lebih kurang 0.4km. Keluasan kawasan SMKGB ialah 16 ekar 2rod dan 8pol.

Masjid Tanah dahulunya pekan kecil tetapi kini telah membangun dengan pesatnya. Masjid Tanah amat sinonim dengan kejayaan, kecemerlangan dan kelahiran golongan cendekiawan di Negeri Melaka. Justeru itu, SMKGB sebagai sekolah menengah tertua, turut menjadi penyumbang ke arah kecemerlangan masyarakat di kawasan ini.[perlu rujukan]

SMKGB seolah-olah terletak di dalam kompleks pendidikan, di mana terdapat beberapa buah sekolah rendah dan menengah berdekatan antara satu sama lain. Sekolah-sekolah tersebut antaranya ialah SK Masjid Tanah, SK Sri Laksamana, SK Datuk Tamby Chik Karim, SK Bukit Beringin, SJK (C) Masjid Tanah, SMK Sultan Alauddin, dan SMK Hang Kasturi.

Aliran dan jurusan[sunting | sunting sumber]

SMKGB merupakan sekolah aliran melayu yang pertama di negeri Melaka bagi kategori luar bandar. Sejak tahun 1965, hanya terdapat satu aliran sastera di tingkatan 4 yang kemudiannya pada tahun 1969, dibuka satu lagi kelas airan sains. Bermula tahun 1972, SMKGB telah menawarkan kelas tingkatan 6 aliran sastera dan penawaran ini mencipta sejarah baru kerana SMKGB merupakan satu-satunya sekolah aliran melayu yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan kelas Tingkatan 6. Perkembangan seterusnya adalah apabila sekolah ini terus mendapat mandat untuk menawarkan kelas tingkatan 6 aliran sains bermula pada tahun 1987 dan pernah ditutup pada tahun 2005. Pada tahun 2008, kelas tingkatan 6 aliran sastera ditutup serentak dengan pembukaan Fasa 2 aliran sains.

Seterusnya, Kelas Rancangan Khas (KRK) di SMKGB telah mula dibuka pada tahun 1983. Pada awal penubuhannya, bilangan KRK di tingkatan 1 hanyalah sebuah kelas sahaja. Bilangan ini meningkat kepada 2 buah kelas di tingkatan 1 pada tahun 1996. Menjelang tahun 2003, kelas tingkatan 1 telah ditambah kepada 3 buah kelas. KRK bertambah lagi kepada 4 buah kelas menjelang tahun 2006. Jumlah keseluruhan KRK ting 1, 2 dan 3 pada tahun 2008 ialah 4 buah kelas bagi setiap tingkatan yang jumlahnya 12 buah kelas.

SMKGB juga telah diisytiharkan sebagai sekolah kawalan daerah Alor Gajah mulai tahun 2003 yang menetapkan kemasukan ke sekolah ini melalui 2 cara. Pertama, penempatan murid KRK oleh JPM dengan kelayakan minimum UPSR 3A2B (SK) dan 6A2B (SJK). Kedua, penempatan murid Kelas Kawalan (KK) diuruskan oleh PPD Alor Gajah dengan menetapkan kelayakan minimum UPSR 2A. Pada tahun 2007, sekolah ini telah menerima status Sekolah Cemerlang melalui Anugerah Sekolah Cemerlang, Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikutnya pada Jun 2009, sekolah ini juga telah diisytiharkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Kecemerlangan akademik[sunting | sunting sumber]

SMKGB telah memperolehi 100% lulus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah sebanyak 5 tahun berturut-turut iaitu tahun 2006, 2008, 2009,[1] 2010 dan 2013.[2][3] Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pula, SMKGB telah memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu 100% lulus pada tahun 2004, 2007, 2008, 2009 dan 2010. SMKGB juga telah memperolehi keputusan 100% lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun 2004,[4] 2009,[5] 2011,[6][7] 2012,[8] 2013[9] dan 2014.[10]

Peristiwa-peristiwa penting[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1981, majlis pelancaran Hari Guru Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Dewan Tan Sri Abul Rahman Arshad. Majlis tersebut dirasmikan oleh YAB En Mohd Adib B. Adam, Ketua Menteri Melaka. Sekali lagi majlis tersebut diadakan di SMKGB pada tahun 1995 yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada ketika itu.

SMKGB telah merayakan Jubli Perak pada 31 Julai 1987. Majlis itu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB En Abdul Ghafar Bin Baba. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YAB Datuk Seri Abdul Rahim Bin Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka.

Pada tahun 1988, SMKGB terpilih sebagai Sekolah Contoh Terbaik di Malaysia. Tuan Pengetua Tn Hj Borhan B Othman telah diberi penghormatan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membentangkan kertas kerja bertajuk Pentadbiran Sekolah Yang Unggul di perayaan Jubli Perak Kesatuan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia di Kuala Kangsar, Perak.

Visi sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.

Objektif sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Meningkatkan pencapaian akademik
  2. Memajukan kegiatan kokurikulum sekolah
  3. Mengutamakan disiplin diri
  4. Menyuburkan daya kepimpinan
  5. Mengamalkan nilai-nilai kerohanian

Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Memberikan pendidikan berkualiti untuk membentuk modal insan kelas pertama selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu sekolah SMK Ghafar Baba berjudul SGB Maju Jaya.

Lirik[sunting | sunting sumber]

SGB kebangaan kami..

jasamu.. kami kenang..

ilmu tangga bahagia..

kami tetap dipuncak jaya..


mari kita berganding bahu..

prestasi cemerlang tingkatkan..

lahir insan berwawasan..


SGB maju jaya..

SGB maju jaya..

SGB Sekolah Kluster

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba
Masjid Tanah
78300, Masjid Tanah
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-3841257
Faks = 6063843253

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Peningkatan peratus 8 negeri". Utusan Online. 25 Disember 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2017. Dicapai pada 21 Julai 2017. 
  2. ^ Bernama (19 Disember 2013). "PMR: Lebih 30,000 calon catat gred A". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2017. Dicapai pada 21 Julai 2017. 
  3. ^ Bernama (20 Disember 2013). "30,988 calon PMR catat A dalam semua pelajaran". Borneo Post Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2017. Dicapai pada 21 Julai 2017. 
  4. ^ "Peratusan kelulusan STPM meningkat". Utusan Online. 15 Mac 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2017. Dicapai pada 21 Julai 2017. 
  5. ^ Amran Mulup (26 Februari 2010). "STPM Melaka atasi peratus nasional". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2017. Dicapai pada 21 Julai 2017. 
  6. ^ Rizanizam Abdul Hamid (8 Mac 2012). "Seramai 1,150 calon STPM lulus penuh". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2017. Dicapai pada 21 Julai 2017. 
  7. ^ Amran Ali (8 Mac 2012). "1,150 calon lulus penuh". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2017. Dicapai pada 21 Julai 2017. 
  8. ^ Norliza Mohamad Zakaria (19 Mac 2013). "14 calon cemerlang di Melaka". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2017. Dicapai pada 21 Julai 2017. 
  9. ^ "Insentif RM80,000 untuk 14 sekolah cemerlang di Melaka". Utusan Online. 21 Mac 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2017. Dicapai pada 21 Julai 2017. 
  10. ^ Suffian Abu Bakar (3 Mac 2015). "Melaka terbaik dalam 7 tahun". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2017. Dicapai pada 21 Julai 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]