Sekolah Menengah Kebangsaan Gum-Gum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gum-Gum
Lokasi
Ppm 46 Elopura, 90000, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089531764
Kod sekolahXEA2074
PengetuaTuan Haji Muhammad Khairul Anuar bin Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Aisah binti Kamid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Sidik bin Muhammad
Penolong Kanan KokurikulumPuan Kamisa binti Hamid
Faks6089531764
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Gum Gum atau nama ringkasnya SMK Gum Gum, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Ppm 46 Elopura.

Pada 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Gum Gum memiliki 341 pelajar lelaki dan 341 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 682 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2011

Sekolah ini menawarkan 3 aliran kepada pelajar apabila memasuki tingkatan 4. Antaranya ialah aliran Sains Tulen, aliran Perakaunan dan aliran Sastera.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan SMK Gum-Gum bermula pada bulan Disember 1989. Pada permulaannya SMK Gum-Gum menumpang di Sekolah Menengah Agama, Sandakan dan dikenali dengan nama SMK Muhibbah Raya Sandakan. SMK Gum-Gum mula diterajui oleh Tuan Syed Mashor sebagai pengetua pertama dan dibantu oleh 3 orang tenaga pengajar iaitu En Jaie Lantas, En. Khusaini Mohd Pengan dan Cik Azizah. Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai 4 buah kelas tingkatan 1.

Bermula pada bulan Disember 1990, SMK Gum-Gum telah berpindah dan menumpang di Sk Gum-Gum yang terletak di Km 23 Jalan Labuk. Pada ketika itu bilangan kelas telah bertambah menjadi 8 buah kelas dengan tenaga pengajar seramai 8 orang. SMK Gum-Gum menumpang di sekolah berkenaan selama satu tahun. Awal Disember 1991, SMK Gum-Gum berpindah ke tapak yang lebih kukuh di Km 24 Jalan Labuk. Sekolah ini boleh dihubungi melalui Jalan Gum-Gum Manis dengan jarak dari jalan utama sejauh 2 kilo meter. Tahun demi tahun jumlah pelajarnya bertambah, begitu juga dengan bilangan tenaga pengajarnya. Tuan Syed Mokthar Syed Mashor menamatkan perkhidmatannya sebagai pegawai pendidikan dengan jawatan pengetua di SMK Gum-Gum pada Ogos 1996.

Bermula pada 16 Ogos 1996, SMK Gum-Gum diterajui oleh pengetua yang kedua iaitu En. Hussein Abd. Manaf sehingga tahun 1998, kerana pada tahun tersebut SMK Gum-Gum dinaikkan taraf ke gred A. Setelah penaikkan taraf ini SMK Gum-Gum diterajui oleh pengetua yang ketiga iaitu Tuan Hj. Abdullah Hj. Isa. Pertambahan guru, pelajar dan kakitangan sokongan diharap dapat membantu meningkatkan prestasi sekolah. Ini terbukti dengan kejayaan sekolah menerima anugerah “Sekolah Harapan Negara” kategori luar bandar dari Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1998 ekoran prestasi cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM.[perlu rujukan]

Sepanjang tempoh perkhidmatan Tn. Hj. Abdullah Hj. Isa iaitu pada 7 Januari 2003 sekali lagi SMK Gum Gum mencatat sejarah yang tersendiri apabila sekolah ini sekali lagi berpindah ke lokasi baru yang lebih besar dan selesa serta lengkap dengan berbagai kemudahan infrastruktur.  Sekolah baru ini mempunyai kemudahan lima buah blok bangunan, bengkel pertanian, makmal komputer, kantin dan dilengkapi dengan kemudahan sukan seperti padang serbaguna, gelanggang bola keranjang, tenis, bola tampar, sepak takraw.  Pada 31 Disember 2003, Tn. Hj. Abdullah Hj. Isa juga menamatkan perkhidmatannya sebagai pengetua di SMK Gum Gum kerana persaraan wajib.

Sepanjang tempoh ketiadaan pengetua (Januari 2004 – Ogos 2004) tugas sebagai pengetua dipikul oleh Pn. Hamidah Awang Lukman yang memegang jawatan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah.

Pada 2 Ogos 2004 sekali lagi SMK Gum Gum menerima kehadiran pengetua baru yang keempat iaitu En. Rukimin Bin Sulit.  Sebelum ini beliau bertugas di SMK Sung Siew Sandakan.  En. Rukimin merupakan Guru Pakar Sains. Pada masa ini bilangan pelajar SMK Gum Gum hanya seramai 620 orang. Kemerosotan jumlah pelajar ini disebabkan pembukaan sekolah-sekolah baru seperti SMK Libaran, SMK Segaliud, dan SMK Balaban Jaya yang menyebabkan sebahagian pelajar ditempatkan dan berpindah ke sekolah berkenaan.  En. Rukimin Sulit hanya berkhidmat di sekolah ini selama empat tahun kerana beliau dinaikkan pangkat dan ditempatkan di SMK Telupid, Sandakan. Beliau bertukar ke SMK Telupid pada Februari 2008.

Pada 15 Februari 2008, sekali lagi SMK Gum Gum menerima kehadiran pengetua baru yang kelima iaitu En. Roslan Bin Diming, yang sebelum ini bertugas sebagai pengetua di SMK Telupid, Sandakan.

Pada 16 Februari 2011, Encik Roslan Diming telah ditukarkan ke SMK Agama Tun Juhar Sandakan. Tempatnya telah digantikan oleh Tuan Haji Mohd Khairul Anuar Bin Abdullah yang mula bertugas secara rasmi pada 10 Jun 2011 sehingga sekarang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun 2007 membuka satu lembaran baru bagi SMK Gum Gum kerana kejayaan demi kejayaan tercipta seiring dengan visi sekolah menjadi 'TOP 5' di Sandakan menjelang 2010. Pembuka tirai kegemilangan tahun ini dimulakan dengan kejayaan adik Nur Munirah Basari apabila berjaya mewakili negeri Sabah ke Pertandingan Catur Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Negeri Sarawak. Kejayaan adik Nur Munirah ini merupakan kejayaan kali ketiga berturut-turut semenjak tahun 2005. Kejayaan ini diteruskan lagi apabila kontingen olahraga SMK Gum Gum berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan mendapat 8 pingat emas dan 1 pingat perak. Atlit yang menggalas cabaran ini seramai 11 orang. Kejayaan diteruskan lagi dengan penyertaan SMK Gum Gum dalam pertandingan Digital Storytelling Through Animation With Disney Stitch peringkat kebangsaan. pelbagai lagi kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini antaranya:

1.Anugerah Sekolah Harapan Negara Katogeri Luar Bandar dalam Pencapaian PMR dan SPM tahun 1998.

2.Anugerah Sekolah Harapan Negara Katogeri Luar Bandar dalam Pencapaian PMR dan SPM tahun 2004

3.Anugerah “Best of Best” Kokurikulum 2004 bagi Katogeri Sekolah Menengah di Malaysia

4.Anugerah “Best” Sukan dan Permainan 2004 bagi Katogeri Sekolah Menengah di Malaysia

5.Sekolah ke-4 terbaik SPM 2009 bagi kategori sekolah menengah di Sandakan.

6.Sekolah ke-4 terbaik SPM 2011 bagi kategori Sekolah Menengah di Sandakan.

Misi[sunting | sunting sumber]

Mengungguli prestasi Menjana Keberhasilan Modal insan negara

Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Gum-Gum
Ppm 46 Elopura
90000, Sandakan
Sabah,  Malaysia
Telefon = 6089531764
Fax = 6089531764

Pautan luar[sunting | sunting sumber]