Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang
| Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Km 7, Jalan Hulu Kelang, Ampang, Selangor | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Moto | Berilmu,Beramal,Beriman |
| Ditubuhkan | 1967 |
| Nombor sekolah | +603-342565159 |
| Kod sekolah | BEB7652[1] |
| Pengerusi PIBG | Puan Aizleen binti Abd Rahman |
| Pengetua | Dr.Noraini binti Haji Ibrahim |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn Samieh binti Ahmad |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn Nirmala Devi a/p Kandasamy |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Pn Norlina binti Ab. Razaman |
| Faks | +603-42532985 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang atau nama ringkasnya SMK Hulu Kelang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Km 7, Jalan Hulu Kelang, Gombak, Selangor. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1967 yang menawarkan program arus perdana dan program tingkatan enam (Pra-Universiti). Sekolah ini merupakan sebuah sekolah Transformasi Sekolah 2025 (TS25) sebuah program yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang memiliki 257 pelajar lelaki dan 210 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 467 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru. Pada tahun 2025 jumlah pelajar meningkat kepada 490 orang dan jumlah guru meningkat kepada 49 orang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]SMKHK ditubuhkan pada bulan Januari 1965 dan dirasmikan kali kedua pada 19 Julai 1994 oleh Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu, Dato' Amar Sulaiman Haji Daud. Nama sekolah ini kerap bertukar sejak zaman British sehingga mencapai kemerdekaan. Pada awalnya sekolah ini dinamakan Darjah Menengah, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris, Batu 14 1/4, Jalan Hulu Kelang.
Kemudian, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris kerana pada waktu itu, hanya terdapat kelas menengah rendah. Akhir sekali, nama SMK Hulu Kelang telah dipakai.
Logo sekolah
[sunting | sunting sumber]- Warna putih, merah, biru, dan kuning melambangkan bendera Malaysia.
- Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.
- Obor api melambangkan semangat belajar dan bersukan.
- Bunga Raya dan kelopak melambangkan bunga kebangsaan menjadi bukti sebagai warga SMKHK yang menjunjung prinsip Rukun Negara.
- Bola takraw melambangkan sekolah menggalakkan kegiatan sukan.
- Buku melambangkan kepentingan ilmu pengetahuan.
Lagu sekolah
[sunting | sunting sumber]Lagu sekolah ini merupakan hasil gubahan Encik Malik Saidin dengan lirik oleh Puan Shamshul Mardiyyah bt Hj Bahrum.
Putera-puteri SMKHK,
Mendukung wawasan pendidikan,
Menjadi insan harmonis seimbang,
Menggarap gemilang masa depan.
Sederap kami melangkah,
Berilmu, Beramal, dan Beriman,
Asas pelajar, berketrampilan,
Penuh iltizam dalam kehidupan.
Berilmu, jaya dicari,
Beramal, tonggak peribadi,
Beriman, asas jaya diri,
Sekolah Menengah Hulu Kelang.
Kami putera-puteri sedia,
Menegakkan warisan bangsa,
Menhadiahkan piala jaya,
Untuk ibunda, sekolah, dan negara.
Barisan Pentadbir SMKHK
[sunting | sunting sumber]SMK Hulu Kelang mempunyai barisan guru yang berpengalaman dalam membentuk peribadi pelajar-pelajarnya.
| Nama | Jawatan |
|---|---|
| Dr.Noraini binti Haji Ibrahim | Pengetua SMKHK |
| Puan Samieh binti Ahmad | Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik |
| Puan Nirmala Devi A/P Kandasamy | Penolong Kanan Hal Ehwal Murid |
| Puan Norlina binti Ab.Razaman | Penolong Kanan Kokurikulum |
| Puan Mazura binti Azeli | Penolong Kanan Tingkatan Enam |
| Puan Azwani binti Hassan | Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa |
| Puan Yusmadina binti Yusof | GKMP Kemanusiaan |
| Puan Siti Zubaidah binti Mustafa | GKMP Sains dan Matematik |
| Puan Normaniyah binti Warki | GKMP Teknik dan Vokasional |
Pusat Tingkatan Enam SMK Hulu Kelang
[sunting | sunting sumber]- Pakej 1 2 kelas
- 900 Pengajian Am
- 910 Bahasa Melayu
- 940 Sejarah
- 970 Seni Visual
- Pakej 2 1 kelas
- 900 Pengajian Am
- 910 Bahasa Melayu
- 944 Ekonomi
- 946 Pengajian Perniagaan
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang
- Km 7, Jalan Hulu Kelang
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 03-42565159
- Fax = 03-42532985
