Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang
Lokasi
Lorong 13, Jalan Arang, 93250, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Berakhlak Berwawasan
Nombor sekolah6082452871
Kod sekolahYEA1206
PengetuaPuan Wong Nguk Chin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohammad Jasni bin Hipni
Faks6082462761
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang atau nama ringkasnya SMK Jalan Arang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lorong 13, Jalan Arang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang memiliki 884 pelajar lelaki dan 802 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1686 orang. Ia mempunyai seramai 97 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Jalan Arang telah siap dibina pada pertengahan tahun 2002. Pelajar yang telah tamat persekolahan peingkat sekolah rendah di sekitar Jalan Arang telah ditempatkan di sekolah ini mulai tahun 2003. Reka bentuk dan struktur bangunan amat unik dan menarik. Berteraskan konsep sekolah moden, semua blok yang setinggi tiga tingkat telah dibina bawah satu bumbung di atas tanah yang seluas 16 ekar. Pada ketika itu, terdapat 24 buah bilik darjah yang telah disediakan untuk proses pengajian dan pembelajaran. Namun begitu, hanya 22 buah bilik darjah sahaja digunakan untuk tujuan tersebut sebagai satu permulaan pengoperasian sekolah ini.

Pada peringkat permulaan jumlah pelajar secara keseluruhan hanyalah 878 orang dengan bilangan guru sebanyak 43 orang dan 7 orang staf sokongan sahaja di bawah pimpinan Puan Belinda Lim Sok Khoon selaku pemangku Pengetua dan Puan Hii Kwong Ing selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pengetua pertama sekolah merupakan Puan Mary John, manakala pengetua kini ialah Puan Fong Yut Kuen.

Sebagai warga perintis bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dilalui, terutamanya dalam mengurus dan mentadbir sebuah sekolah baru. Namun begitu, dengan berkat kesabaran, kecekalan dan semangat jitu semua pihak, SMK Jalan Arang telah berjaya mengorak langkah untuk terus maju dan mara ke hadapan.

Kini SMK Jalan Arang telah memiliki pelbagai kemudahan asas untuk tujuan pemantapan pendidikan. Antaranya termasuklah memiliki bilik akses, kemudahan LCD di dalam kelas dan sebuah dewan yang telah siap pada Jun 2007. Bilangan pelajar sehingga tahun 2007 pun telah meningkat kepada 1700 orang begitu juga dengan bilangan guru sebanyak 84 orang dan staf sokongan sebanyak 13 orang.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang
Lorong 13, Jalan Arang
93250, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082452871
Fax = 6082462761

Pautan luar[sunting | sunting sumber]