Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai
Lokasi
Jalan Damai, Kampung Baru, 14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045387267
Kod sekolahPEB0043
Pengerusi PIBGLisa Wong Seew Kee PJK
PengetuaDr. Ooi Yek Hwa
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Tan Siew Fong
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Ho Kok Shin
Penolong Kanan KokurikulumPn. Haslina binti Hassan
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPn. Ooi Li Li
Faks6045379796
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai atau nama ringkasnya SMK Jalan Damai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Damai, Kampung Baru.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai memiliki 1245 pelajar lelaki dan 1127 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2372 orang. Ia mempunyai seramai 108 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai, Bukit Mertajam diasaskan pada 5hb Januari 1970. Pada masa itu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah, Bukit Mertajam. Ketika itu, bangunan rasmi belum siap. Oleh itu, pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam pada sesi petang. Seramai 717 orang pelajar terdiri daripada berbilang bangsa telah ditempatkan dalam tingkatan 1 dan 2. Bilangan guru adalah sebanyak 29 orang termasuk seorang guru agama Islam dan Pengetua, Encik A. Gopala Krishnan.

Pada akhir tahun 1973, bangunan baru yang merangkumi 14 buah bilik darjah, 3 buah makmal sains, 2 buah bilik sains rumah tangga, bengkel seni perusahaan dan kantin telah siap dibina di Jalan Damai, Bukit Mertajam. Sejak 7hb Januari 1974, semua pelajar Sekolah Menengah Rendah seramai 602 orang pelajar yang menumpang di Sekolah Tinggi, Bukit Mertajam berpindah ke bangunan baru. Kemasukan pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) diterima masuk. Akibatnya, pelajar untuk Tingkatan Peralihan semakin meningkat.

Keluasan sekolah bertambah dengan penambahan sebuah lagi bangunan bertingkat 3. Bangunan ini merangkumi 12 buah bilik darjah dan 2 buah makmal sains. Sebuah bangunan tambahan setingkat yang mempunyai 2 buah bilik darjah telah siap dibina pada tahun 1984. Tingkatan 4 telah diwujudkan di sekolah ini pada 1989 dengan seramai 104 orang pelajar. Jumlah pelajar telah mencatat angka 1104 pada sesi persekolahan ini.

Tiga buah kelas tingkatan 5 telah mula dibuka pada 3 Disember 1990, bilamana pelajarnya adalah seramai 104 orang. Pada 19hb Ogos 1991, nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai, Bukit Mertajam. Pada 2hb Mac 1992 apabila blok baru bertingkat empat siap dibina, sesi persekolahan ditukar menjadi satu sesi pagi sahaja. Pada Januari 1994, sebuah kelas aliran sains telah dibuka untuk pelajar cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) melanjutkan pelajaran mereka di tingkatan 4 dan 5.

Mulai Januari 1997, sesi persekolahan dijadikan semula dua sesi persekolahan kerana bangunan sekolah tidak dapat memuat bilangan pelajar yang semakin ramai iaitu 1349 orang. Berikutan pertambahan bilangan pelajar sekolah yang telah mencecah 1982 orang dengan 54 kelas dan staf seramai 93 orang, taraf sekolah telah dinaikkan taraf daripada gred B kepada gred A pada tahun 2002. Kini,[bila?] kemasukan pelajar dari sekolah kebangsaan telah diterima semula waluapun mereka hanyalah golongan minoriti berbanding pelajar SJK.

Seiring peningkatan jumlah pelajar pada tahun 2003, pelbagai kemudahan telah disediakan. Sebuah gelanggang bola keranjang telah dibina untuk kemudahan pelajar melaksanakan aktiviti ko-kurikulum. Bagi melengkapkan sekolah, sebuah makmal komputer juga dibina. Selain itu, pondok pengawal yang lebih selesa dibina dan tempat letak motosikal pelajar telah diperluas untuk menampung jumlah motosikal pelajar yang semakin banyak. Sudut bacaan berbumbung juga telah dibina atas sumbangan PIBG SMK Jalan Damai.

Menjelang 2006, SMK Jalan Damai menjadi salah satu sekolah idaman masyarakat. Hal ini berikutan pertambahan pelajar menjadi lebih daripada 2014 orang. Kakitangan akademik bertambah 96 orang dan kaitangan sokongan ditambah kepada 12 orang. Pada pertengahan tahun, tapak letak kereta di hadapan pintu sekolah telah diturap manakala tempat letak motosikal pelajar telah dilengkapi bumbung.

Pada tahun 2007, gelanggang bola keranjang yang baru telah dilengkapkan dengan struktur berbumbung atas usaha Yang Berhormat En Lau Chiek Tuan merangkap ADUN Berapit pada masa itu. Gelanggang ini juga digunakan sebagai tapak perhimpunan. Kantin sementara dibina sementara menanti pembinaan blok bangunan baru.

Sejajar dengan ledakan teknologi semasa, sekolah telah mengambil inisiatif untuk memasang televisyen litar tertutup (CCTV). Pemasangan CCTV di sekitar kawasan sekolah telah dilengkapkan pada tahun 2009. Dua blok baru 4 tingkat telah siap dibina pada tahun 2009 dan mula digunakan pada bulan Mac 2010. Bangunan ini memuatkan bengkel, makmal, bilik-bilik darjah dan kantin. Jalan di sekitar tapak perhimpunan ini juga telah diturap. Tahun 2010 juga menyaksikan pertambahan pelajar kepada 2370 orang. Bilangan kelas bertambah kepada 62 kelas dan bilangan guru adalah seramai 120 orang.

Pada tahun 2011, sebuah gazebo telah dibina dengan wang ihsan PIBG dan sumbangan waris pelajar sekolah ini. Tujuan gazebo ini adalah untuk memberi satu lagi tempat yang selesa untuk pelajar mengulang kaji atau berehat sebelum dan selepas persekolahan. Sebuah kolam ikan telah dibina bagi menceriakan persekitaran sekolah selaras dengan usaha untuk menjadikan sekolah mesra alam atau sekolah dalam taman.

Satu Bengkel Kereta Solar telah dilaksanakan pada 16 Februari 2012. Pensyarahnya datang dari University Ming Tao, Taiwan. Program ini mendapat sambutan yang baik. Sejumlah 88 orang pelajar telah mengambil bahagian. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 diumumkan pada bulan Mac 2012. Seorang pelajar yang bernama Chew Chyue Shz, telah mencipta sejarah sekolah dengan mendapat keputusan yang cemerlang, iaitu 11 A+. Terdapat 19 orang calon yang mendapat 9A dan 20 orang calon yang mendapat 8A. Peratus kelulusan ialah 81.8%. Pada 14 April 2012, program Jogathon diadakan. Objektifnya adalah untuk meningkatkan dana PIBG. Sasaran kutipan ialah RM100,000. Pihak sekolah telah berjaya mengutip sebanyak RM163 333. 80% daripada kutipan itu adalah daripada para pelajar. Dengan kutipan tersebut, pihak sekolah telah mampu membeli 12 buah komputer, menambah 20 biji CCTV dan memasang alatan gimnasium luar. Pada bulan Julai 2012, sekolah telah mendapat Tawaran Baru Bai'ah. SMK Jalan Damai ialah salah sebuah sekolah daripada 13 buah sekolah di Pulau Pinang yang mendapat Tawaran Baru Bai'ah pada tahun 2012.

Keputusan SPM tahun 2013 telah meningkat. GPS meningkat sebanyak 0.53 daripada 4.95 kepada 4.42. GPS yang dicapai oleh calon SPM dalam tahun 2013 ialah yang terbaik dalam sejarah sekolah. Dua orang pelajar mendapat 11A iaitu Chong Xin Ying dan Ooi Kai Shen. Kedudukan sekolah juga meningkat bagi tahun 2013 iaitu daripada 773/2275 pada tahun 2012 kepada 722/2312 pada tahun 2013.

Keputusan SPM 2015 bertambah baik, GPS meningkat sebanyak 0.27 daripada 4.92 kepada 4.65.

Aktiviti Charity Run telah dijalan dengan lancar pada 20 Ogos 2017. Timbalan PPD Tengah Mohd Fuad bin Mohd Khir sudi hadir pada pagi hari tersebut di Stadium Bukit Mertajam. Beliau melancarkan larian amal ini pada jam 7.15 pagi.

Selepas aktiviti ini, aktiviti jualan amal diteruskan. Terdapat 140 gerai jualan makanan dan jualan barang barang.

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

Visi
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.
Misi
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. Encik Gopala Krishnan  : 05 Januari 1970 – 31 Disember 1979
  2. Encik Low Guan Keng  : 1 Januari 1980 – 30 November 1982
  3. Encik Osman Bin Yahaya : 16 Februari 1983 – 31 Mei 1983
  4. Encik Cheow Cheng Hong : 1 Jun 1983 – 31 Mac 1986
  5. Encik Loh Chin Ken  : 1 April 1986 – 30 April 1992
  6. Encik Lee Teong Aun  : 1 Jun 1992 – 15 Februari 1995
  7. Encik Yeoh Chew Meng  : 16 Februari 1995 – 15 November 1995
  8. Encik Tan Keat Kooi  : 16 November 1995 – 15 Februari 1998
  9. Encik Yeoh Kuang Hock  : 16 Februari 1998 – 3 Januari 2001
  10. Encik Tan Cheow Phong  : 14 Januari 2001 – 13 Ogos 2006
  11. Encik Lee Teng Yim  : 14 Ogos 2006 – 15 Februari 2008
  12. Encik Khoo Boo Wan  : 16 Februari 2008 – 7 Julai 2011
  13. Encik Lau Tik Kon  : 1 Ogos 2011 – 30 November 2017
  14. Encik Lee Cheah Kuen : 4 Disember 2017 – 23 Oktober 2020
  15. Dr. Ooi Yek Hwa : 26 Oktober 2020 - 23 October 2023

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2012[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Julai, Sekolah Menengah Jalan Damai ialah salah sebuah sekolah yang mendapat Bai'ah.

2014[sunting | sunting sumber]

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Dalam olahraga SMKJD telah muncul sebagai Johan Keseluruhan dalam Zon Bukit Mertajam dengan 16 emas, 14 perak dan 10 gangsa. Dalam peringkat negeri, pencapaian pingat ialah 1 emas, 5 perak dan 2 gangsa.

Pasukan Bola keranjang perempuan 18 tahun ke bawah muncul johan dalam peringkat daerah dan negeri manakala pasukan lelaki 18 tahun ke bawah mencapai johan dalam daerah akan tetapi mereka dapat naib johan dalam pertandingan peringkat negeri.

Pasukan Badminton memeperolehi 1 emas, 3 perak dan 2 gangsa dalam pertandingan peringkat negeri.

Pasukan Ping Pong 1 emas, 3 perak dan 2 gangsa dalam peringkat Zon Bukit Mertajam, 1 perak 1 gangsa dalam peringkat negeri.

Pasukan Bola Tampar memperolehi 1 pingat perak dalam pertandingan peringkat Daerah Seberang Perai.

Pasukan Bola Balin 15TB, Boal Sepak 15TB dan Bola Jaring 15TB mencapai pingat gangsa dalam pertandingan peringkat Zon Bukit Mertajam.

Acara angkat berat memperolehi 2 emas dalam peringkat kebangsaan.

Badan beruniform juga memperolehi keputusan yang cemerlang

Dalam pertandingan Kawad Kaki Zon Bukit Nertajam Pengakap mencapai Johan dan Kadet Polis Wanita mencapai Naib Johan dalam Kategori NGO manakala Kadet Polis Lelaki Johan dalam Kategori GO. Komandor Pengakap dan Kadet Polis Lelaki juga memperolehi Komandor terbaik dalam kategori NGO dan GO.

Taekwando dapat gangsa dalam pertandingan negeri.

Kelab dan persatuan[sunting | sunting sumber]

Drama Bahasa Inggeris mendapat Naib Johan manakala dalam Public Speaking (Pidato Umum) pula, SMK Jalan Damai mendapat Tempat ketiga dalam pertandingan peringkat Zon Bukit Mertajam. Seni Lukis memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan negeri. SMK Jalan Damai muncul Naib Johan Heritage Treasure Hunt dan Karnival Bahasa Tamil SMKJD. Bahasa Cina memperolehi pingat perak dan Gangsa dalam pertandingan peringkat negeri. Orkestra Huayue dalam pertandingan Kebangsaan memperolehi 1 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai
Jalan Damai, Kampung Baru
14000, Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045387267
Faks = 6045379796

Pautan luar[sunting | sunting sumber]