Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh
Lokasi
 Malaysia Jalan Pasir Puteh, 31650, Ipoh,, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6052530520
Kod sekolahAEA2043
Pengerusi PIBGPuan Ng keow chew
PengetuaEn Kamaruddin Bin Ghazali
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Abadi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Kong Sin Yew
Penolong Kanan KokurikulumPn Azmah Binti Karim
Faks6052557442


Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh atau nama ringkasnya SMK JPP, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pasir Puteh.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh memiliki 855 pelajar lelaki dan 591 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1446 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh (SMKJPP), Ipoh telah dibuka pada 3 JANUARI 1983. SMKJPP bermula dengan hanya dua tingkatan, iaitu Tingkatan peralihan (PA1-PA4) dan Tingkatan satu (1P1 & 1P2; 1A1 – 1A3). Hanya terdapat 9 kelas ketika itu dengan jumlah pelajar sebanyak 352 orang.

Didapati bahawa jumlah pelajar dan bilangan kelas telah meningkat setiap tahun sehingga digelar sebagai sekolah menengah yang mempunyai jumlah pelajar yang paling ramai di daerah Kinta pada awal 1990’an, iaitu mencecah angka 2,700 pelajar.

Setakat Julai 2008, SMKJPP mempunyai jumlah 1,396 orang pelajar dengan 47 bilangan kelas yang merangkumi Tingkatan Peralihan sehingga Tingkatan Lima (termasuk Pendidikan Khas – Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP). Bilangan tenaga pengajar /guru di SMKJPP pada masa kini ialah 90 orang (termasuk dua orang guru yang telah ditempatkan di bahagian pentadbiran di Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan seorang lagi bercuti untuk berkursus).

Sejak tarikh pembukaan sehingga kini, SMKJPP telah diteraju oleh 13 orang pengetua seperti berikut:

  1. En. Mohd. Hairiri Bin. Hj. Zainal Abidin, PPT        (1983 – 1985)
  2.     En. Mahinder Singh  A/L Gujar Singh                  (1986 – 1988)
  3.     Pn. Fatimah Binti Sahari, PP                         (1998 – 1999)
  4.     En. Rokhani Bin. Mangi                               (1989 – 1992)
  5.     En. Abdul Wahab Bin Hussai                           (1992 – 1997)
  6.     Cik Mary Kathleen Loke                               (1998 – 2000)
  7.     En. Chua Tong Guan                                   (2001 -  2006)
  8.     En Lau Swee Mun                                      (2006 - 2010)
  9.     En. Mohd Jamli Bin Mat Isa                           (2011 - 2012 )
  10.     Pn. Hjh Azizah Binti Shariff                         (2012 - 2013)
  11.     Pn. Hjh Normarina Binti Mustappa                     (2013 - 2014)
  12. Pn.Hjh Nor Azizan Binti Abdullah(2015 - 2017)
  13. En. Kamaruddin Bin Ghazali (2017- sekarang)

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Visi :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

  • Membimbing, mendidik dan melahirkan insan yang beriman,berilmu, berakhlak dan  beramal.
  • Menyediakan program pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
  • Memberikan peluang yang sama kepada pelajar-pelajar tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan yang dihantar ke sekolah ini untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.
  • Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang.
  • Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan sekolah yang cekap, berkesan dan dinamik.
  • Memastikan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan masyarakat agar kepentingan pelajar-pelajar dapat ditingkatkan.
  • Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh
Jalan Pasir Puteh
31650, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052530520
Fax = 6052557442

Pautan luar[sunting | sunting sumber]