Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko
Lokasi
Jalan 5, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah387372912
Kod sekolahBEA4613[1]
PengetuaHamidah binti Abdul Latif
GPK Pentadbiran dan AkademikAbu Mansor Mat Urdi bin Yahaya
Faks387390225
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko atau nama ringkasnya SMK Jalan Reko, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 5, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko memiliki 1190 pelajar lelaki dan 997 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2187 orang. Ia mempunyai seramai 143 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko telah dibuka pada 1 Disember 1994. Kawasan sekolah meliputi 8 ekar ini terletak di Ladang West Country, Kajang dan kini termasuk dalam kawasan seksyen 5, Bandar Baru Bangi. Kos pembinaannya dibiayai oleh Bank Dunia sebanyak 4.5 juta dan siap sepenuhnya pada 26 Januari 1995. Peningkatan jumlah pelajar menyebabkan kelas Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu memulakan pelajaran pada sesi petang mula tahun 1998. Kelas Pelan Pembelajaran Khas Intergrasi (PPKI) pula diwujudkan pada 2 Januari 1996.

Seterusnya, pada tahun 2002, SMKJR menjadi sekolah rintis bagi mata pelajaran vokasional di sekolah harian bagi sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat. Dua subjek diperkenalkan iaitu Katering/Pengajian dan Lanskap/Nurseri. Pada tahun 2002 juga, sekolah ini terpilih menjadi sekolah rintis bagi program “Sekolah Selamat” dan mendapat tempat kedua peringkat Negeri Selangor. Pada bulan Jun tahun 2005, SMKJR menerima pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Dua buah kelas dibuka iaitu sebuah kelas Tingkatan Enam Sains dan sebuah kelas Tingkatan Enam Kemanusiaan.

Pengetua pertama sekolah ini ialah Cik Kamariah bt. Mohd Sidik . Beliau telah berkhidmat bermula dari 1 Disember 1994 hingga 16 Disember 1999. Beliau telah diganti oleh Tn.Hj. Mohd Khan bin Subari iaitu dari 1 Mac 2000 hingga 10 April 2004. Kemudian diganti pula oleh Pn. Wan Fatimah bt. Wan Muda dari 1 Julai 2004 hingga 16 Ogos 2007. Pengetua yang seterusnya berkhidmat ialah Pn. Rosny bt. Osman. Beliau telah memulakan perkhidmatannya di sekolah ini dari 1 September 2007. Kini Pn. Zaitun bt Ibrahim menjadi pengetua (2014).Kemudian telah diganti dengan pengetua cemerlang Pn.Latifah Bt Isa pengetua cemerlang SMK Jalan Reko 2015 buat sementara waktu dan diganti dengan pengetua yang baharu iaitu Wan Roslan bin Wan Yaakob.Kini beliau diganti oleh Pn. Maimun Binti Mohamed sebagai pengetua SMK Jalan Reko yang baharu (2019 - Dis 2022). Kemudian telah diganti dengan pengetua Pn. Hamidah Bt Abd. Latif pada tahun Feb, 2023.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Februari 2013 (Khamis) sekolah telah menghantar pasukan sekolah seramai 5 orang peserta ke Pertandingan Bahas Bahasa melayu Ala Parlimen bertempat di SMK Bandar Baru Bangi. Pertandingan peringkat Zon Bangi ini disertai 7 buah sekolah sekitar kawasan Bangi.Pada pusingan pertama SMK Jalan reko telah menentang SMK Jalan Tiga dengan tajuk 'Institusi Kekeluargaan  mampu membendung gejala sosial' telah dimenangi oleh pasukan SMK jalan Reko. Pada pusingan kedua SMK Jalan Reko menentang SMK Bandar Baru Bangi dengan tajuk:'Sekolah berprestasi tinggi pemangkin kecemerlangan pendidikan negara" juga telah dimenangi oleh pasukan SMK Jalan Reko. Pusingan terakhir SMK Jalan Reko(Kerajaan) telah bertemu dengan pasukan dari SMK Jalan Empat,Bandar Baru Bangi (Pembangkang),pasukan sekolah telah menjuarai keseluruhan pertandingan dengan tajuk : "Pemerkasaan Pendidikan Vokasional Mampu Memenuhi Pasaran Kerja Negara". Saudara Muhd Haziq b Abul Aziz telah terpilih sebagai pembahas terbaik keseluruhan pertandingan. Pasukan bahas sekolah serta guru-guru pembimbing telah mengharumkan nama sekolah di peringkat zon.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko
Jalan 5, Seksyen 5,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor,  Malaysia
Telefon = 0387372912
Fax = 387390225

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • [Blog sekolah: smkjlnreko.blogspot.com/ Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko]
  • Laman Web Rasmi: www.kejorareko.blogspot.com