Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Awang Jabar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Awang Jabar
Lokasi
Kampung Jambu Bongkok, Marang, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Nombor sekolah098423422
Kod sekolahTEA4019[1]
Faks098423421


Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Awang Jabar atau nama ringkasnya "SMKDAJ", merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kampung Jambu Bongkok , Marang , Terengganu, Malaysia.

Nama SMK Datuk Awang Jabar digunakan sebagai mengenang jasa seorang wakil rakyat dan ahli parlimen iaitu Datuk Awang Jabar yang berasal dari Kampung Merchang. Nama SMK Datuk Awang Jabar mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia pada tanggal 20 Mei 2015. Sebelum itu, asal nama sekolah ini adalah SMK Jambu Bongkok bermula dari tahun penubuhannya pada 2006 sempena dengan lokasinya iaitu Kampung Jambu Bongkok.

Sekolah Menengah kebangsaan Datuk Awang Jabar terletak lebih kurang 58 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu dan 24 kilometer dari Bandar Dungun. Kampung ini mempunyai lebih kurang 2000 penduduk yang majoritinya bekerja sebagai nelayan dan petani. Sekolah ini telah memulakan sesi persekolahannya pada 2 Januari 2006.Pegurusan pentadbiran dipelopori oleh Tuan Haji Hasan bin Muda (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid),Tuan Haji Ibrahim bin Salleh (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) dan diikuti oleh Tuan Haji Mohd Yunus bin Zakaria sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Puan Hajjah Che Mek Kamariah binti Che Yem merupakan pengetua perintis sekolah ini.

Pada tahun 2006 pentadbiran sekolah ini digalas oleh 10 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Kumpulan pelajar pertama yang mendaftar di sekolah ini seramai 142 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Kini, jumlah tersebut meningkat kepada 25 orang guru,7 orang staf sokongan, 282 orang pelajar dan 12 kelas beroperasi. Pada peringkat awal , operasi pengurusan pentadbiran dan program-program sekolah banyak dibantu oleh PIBG (penaja) yang diterajui oleh yang Dipertuanya Encik Mohd Arifin bin Ali dan diteruskan lagi oleh barisan jawatan kuasa di bawah pimpinan En.Md.Zaid bin Seman.

Pada 2009, sekolah ini memiliki 145 pelajar lelaki dan 113 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 258 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru. Sekolah ini pernah menyertai pertandingan di Peringkat Kebangsaan pada tahun 2010 dan 2011 iaitu Pertandingan Kid Witness News (KWN).

Alamat :[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jambu Bongkok

Kampung Jambu Bongkok , Marang , Malaysia

Terengganu Darul Iman, Malaysia

Telefon : 609 8423422

Faks : 609 8423421

Facebook : www.facebook.com/smkdatukawangjabar


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jambu Bongkok
Lokasi
 Malaysia Kampung Jambu Bongkok , Marang , Malaysia, Marang, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBe The Best
Nombor sekolah6098423422
Kod sekolahTEA4019[1]
Pengerusi PIBGMuhammad
PengetuaPn. Noor Aza Binti Abdul Aziz
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Wan Nik Bin Muda
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Fauzi
Penolong Kanan KokurikulumIbrahim Bin Salleh
Faks6098423421


Sekolah Menengah Kebangsaan Jambu Bongkok atau nama ringkasnya SMK Jambu Bongkok, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kampung Jambu Bongkok , Marang , Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jambu Bongkok memiliki 145 pelajar lelaki dan 113 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 258 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sekolah Menengah kebangsaan Jambu Bongkok terletak lebih kurang 58 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan 24 kilometer dari Bandar Dungun. Nama sekolah ini diambil sempena dengan lokasinya iaitu Kampung Jambu Bongkok . Kampung ini mempunyai 2000 penduduk yang majoritinya bekerja sebagai nelayan dan petani. Sekolah ini telah memulakan sesi persekolahannya pada 2 Januari 2006.Pegurusan pentadbiran dipelopori oleh Tuan Haji Hasan bin Muda (GPK Hal Ehwal Murid),Tuan Haji Ibrahim bin Salleh (GPK Kokurikulum) dan diikuti oleh Tuan Haji Mohd Yunus bin Zakaria sebagai GP Kanan. Puan Che Mek Kamariah binti Che Yem merupakan pengetua perintis sekolah ini. Pada tahun 2006 pentadbiran sekolah ini digalas oleh 10 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Kumpulan pelajar pertama yang mendaftar di sekolah ini seramai 142 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Kini, jumlah tersebut meningkat kepada 25 orang guru,7 orang staf sokongan, 282 orang pelajar dan 12 kelas beroperasi. Pada peringkat awal , operasi pengurusan pentadbiran dan program-program sekolah banyak dibantu oleh PIBG (penaja) yang diterajui oleh yang Dipertuanya Encik Mohd Arifin bin Ali dan diteruskan lagi oleh barisan jawatan kuasa di bawah pimpinan En.Md.Zaid bin Seman.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini pernah menyertai pertandingan di Peringkat Kebangsaan pada tahun 2010 dan 2011 iaitu Pertandingan Kid Witness News (KWN).

Sekolah Menengah Kebangsaan Jambu Bongkok
Kampung Jambu Bongkok , Marang , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098423422
Fax = 6098423421

Pautan luar[sunting | sunting sumber]