Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa
Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin (nama lama)
Moto "Seiring Menuju Jaya"
Ditubuhkan 1964
Dirasmikan 1 Oktober 1967 oleh YB Encik Mohamed Khir Johari
Jenis Sekolah Menengah Harian
Pengetua Tuan Kamaruzzaman bin Ab Rahim
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tuan Haji Ramli bin Mohd Jilis
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Hamidah binti Jaafar
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Letchumanan
Pengerusi PIBG Encik Mohd Yusof bin Ahmat
Kod sekolah MEB1065 [1]
Lokasi Jalan Bunga Tanjung, Jasin, Melaka
Kemasukan Pelajar 834 pelajar
Nama singkatan SMAAT
Laman sesawang smkjasin-edu.blogspot.com
Telefon (+6)06-5291318
Faks (+6)06-5292752

Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa (dikenali sebagai SMAAT) (atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin)[2] ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di Jalan Bunga Tanjung yang terletak di Taman Maju, Jasin, Melaka dengan kawasan seluas lebih kurang 10~13 ekar. SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa ialah sekolah yang ditubuhkan bagi memudahkan perjalanan pelajar-pelajar yang tinggal berhampiran dengan Taman Maju. SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa merupakan satu-satunya sekolah yang menyediakan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk pelajar-pelajar yang istimewa. Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa masih giat berusaha untuk menjadi sebuah sekolah yang terunggul di negeri Melaka menjelang tahun 2015. Namanya diambil sempena nama 'Tan Sri Abdul Aziz Tapa'''[3]

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa (SMKJ) bermula pada tahun 1964 dengan nama "Jasin Lower Secondary Continution School". Pada masa itu ia tidak mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa menumpang di SJK (C) Yu Hsein dan Sekolah Kebangsaan Jasin. Pelajar printisnya pada ketika itu berjumlah 154 orang.

Bangunan SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa siap dibina pada tahun 1966 dan telah dirasmikan pada 1 Oktober 1967 oleh Yang Berhormat En Khair Johari Menteri Pendidikan ketika itu. Pengetua sekolah yang pertama ialah mendiang En I.Chinniah.

Pada tahun 1966 terdapat tiga blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin. Pada tahun 1977 sebuah lagi bangunan setingkat dibina. Ia memuatkan dua buah makmal sains. Sebuah surau juga telah dapat dibina dengan kerjasama pihak PIBG. Pada tahun 1996 pula satu lagi bangunan baru 3 tingkat, sebuah dewan serbaguna yang besar dan bengkel Kemahiran Manipulatif telah siap dibina. Dengan adanya kemudahan ini masalah penempatan kelas telah dapat di atasi. Bangunan baru tersebut kini menempatkan bilik komputer, perpustakaan, bilik sumber dan bilik gerakan.

Pada tahun 2002, kerja kerja bagi pembinaan sebuah makmal komputer telah bermula dan beroperasi sejak tahun 2005. Makmal ini memudahkan proses pembelajaran ICT dan juga membantu pelajar melayari Internet. Sekolah ini juga mempunyai Kelas Pendidikan Khas bagi pelajar istimewa.

Pada tahun 2005, bengkel MPV telah dibina dan kini pelajar tingkatan 4 dan 5 berpeluang mengikuti kursus menghasilkan makanan ringan. Mulai tahun 2008, pelajar SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa juga telah berpeluang mengikuti pelajaran Pendawaian Domestik yang telah diperkenalkan sebagai mata pelajaran elektif bagi pelajar tingktan 4.

Pada tahun 2015, mata pelajaran MPV yang bersifat teknikal telah diwujudkan dengan nama Pendawaian Domestik, dengan persediaan 2 orang tenaga pengajar yang profesional serta berkemahiran tinggi. Murid pertama keluaran sekolah ini sekarang berada di tingkatan 5. Murid keluaran pertama mata pelajaran ini bukan sahaja dibekalkan dengan kemahiran malahan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia membekalkan juga mata pelajaran khas yang dikenali sebagai (MPAK) atau mata pelajaran aliran kemahiran.

Kemudahan permainan pula terdiri daripada sebuah gelanggang aneka permainan. SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa masih belum mempunyai padang sekolah dan terpaksa berkongsi dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak. Walau bagaimanapun, dengan terdirinya sebuah dewan yang besar, SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa kini mampu menyediakan kemudahan untuk pelajarnya bermain badminton dan menjalankan pelbagai aneka aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Jasin tercinta

Kebanggaan kita semua

Kami pelajar berbilang bangsa

Jadi harapan nusa dan bangsa

Kami pelajar bercita-cita tinggi

Rukun sekolah kami patuhi

Kami berikrar dan berjanji

Berdisiplin dan dedikasi

Nama baik mu dipelihara

Agar harum di sepanjang masa

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Senarai nama Pengetua[sunting | sunting sumber]

BIL NAMA MULA TAMAT
1. TUAN ICHINNIAH 1964 1969
2. TUAN C. VISANATHAN 1969 1972
3, TUAN YAP CHOON KEE 1973 1975
4. TUAN HAJI ISMAIL BIN BACHIK 1975 1979
5. TUAN SEOW KIM SWEE 1980 1981
6. TUAN S. NARINASAMY 1981 1986
7. TUAN CHAO SAY HIN 1987 1991
8. PUAN HAJAH ROSNAH BINTI HAJI HUSIN 1992 1994
9. TUAN HAJI MOH DALI BIN HAJI ALIAS 1995 1998
10. TUAN HAJI MUSTADZA BIN HAJI MD. YUSOF 1998 1999
11. TUAN CHAN HIAN TECK 1999 2000
12. PUAN HAJAH TIMAH BINTI MD. ZIN 2000 2006
13. TUAN ABU BAKAR BIN ALIM 2006 2008
14. TUAN MAZELAN BIN AZAM 2008 2014
15. TUAN HAJI BAHARUDIN BIN HUSIN 2014 2016
16. TUAN HAJI TUAH BIN DALIP 2016 2016
17. TUAN HAJI ABD. AZIZ BIN OMAR 2016 2017
18. TUAN KAMARUZAMAN BIN ABD RAHIM 2017 KINI
TUAN KAMARUZAMAN BIN ABD RAHIM

Visi dan misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi:

Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa menjadi sebuah sekolah cemerlang ke arah pendidikan berkualiti menjelang tahun 2015.

Misi:

Untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada semua pelajar supaya cemerlang dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum serta membentuk peribadi pelajar-pelajar agar berakhlak mulia, berdisiplin, berhemah tinggi dan mampu menghadapi sebarang cabaran berteraskan kepatuhan kepada Tuhan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.

Persekitaran[sunting | sunting sumber]

PANORAMA SMAAT

1. SURAU SMAAT

2. DEWAN SMAAT

3. BANGUNAN SMAAT

4. MAKMAL KOMPUTER





Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

GALERI SMAAT.gif

Galeri warisan SMAAT masih lagi dalam pengumpulan maklumat. Namun begitu, pihak pentadbir bersama-sama guru sedang giat mengumpul bahan supaya ianya dapat ditempatkan di ruang sebenar.






Program Sepanjang 2017[sunting | sunting sumber]

PEPERIKSAAN SPM & PT3 2017

Bulan Kebangsaan/Kemerdekaan 2017[sunting | sunting sumber]

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMAAT

Pelancaran bulan Kemerdekaan di SMAAT ---->









Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Alamat surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa

Jalan Bunga Tanjung, 77000

Jasin, Melaka

No. telefon/faksimili[sunting | sunting sumber]

  • No. telefon: (+6)06-5291318
  • No. faksimili: (+6)06-5292752

Informasi ICT[sunting | sunting sumber]

Alamat e-mel: meb1065@ppdjasin.edu.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]