Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai, Johol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai Kuala Pilah
Lokasi
 Malaysia Km 17, Johol, 73100, Johol,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU UNTUK AMALAN
Nombor sekolah06-4817791
Kod sekolahNEA6004
PengetuaTuan Haji Mohd Suhaidi bin Mat Junuh
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Mazri bin Mansor
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Azizul bin Mohd Isa
Penolong Kanan KokurikulumPn. Normala bt Abu Samah
Faks06-4511844
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai atau nama ringkasnya SMK Jelai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 17, Jalan Bahau Tampin.

Pada awal penubuhannya iaitu pada tahun 1984, Sekolah Menegah Kebangsaan Jelai Kuala Pilah, 73100 Johol, Negeri Sembilan Darul Khusus terletak dalam daerah Jempol. Sekolah ini mempunyai keluasan seluas 10 hektar. Jaraknya dari bandar Kuala Pilah ialah 25 kilometer, mana kala dari bandar Bahau pula sejauh 8 kilometer.

Tahun 1986 adalah merupakan kali pertama pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dengan jumlah calon seramai 34 orang pelajar. Sejak penubuhannya pada tahun 1984 sehingga 1993, sekolah ini merupakan Sekolah Menengah Rendah. Pelajar-pelajar akan menyambung pelajaran ke sekolah-sekolah lain di bandar Bahau.

Namun pada sesi persekolahan 1993/1994, sekolah ini telah mempunyai tingkatan empat. Justeru, pelajar-pelajar yang berjaya dalam SRP akan meneruskan pelajaran mereka di sekolah ini tanpa perlu berpindah ke sekolah lain. Oleh yang demikian, calon sulung Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah lahir pada tahun 1995.

Pada 22 Mac 2004 sekolah ini telah melakar satu lagi sejarah penting apabila dengan rasminya sekolah baharu telah diserahkan kepada pentadbiran SMK Jelai. Sekolah ini terletak kira-kira 8 km dari sekolah lama ke Tampin dengan keluasan 25 hektar. Jarak dari bandar Kuala Pilah ialah sejauh 19 kilometer, manakala dari bandar Bahau pula ialah 18 Kilometer.

Pada 7 Mei 2004 sekali lagi sejarah sekolah dicipta oleh SMK Jelai Kuala Pilah apabila pengurusan pendidikan peringkat daerahnya telah berubah dari PPD Jempol kepada PPD Kuala Pilah.

pintu masuk sekolah

Pengurusan SMK Jelai Kuala Pilah[sunting | sunting sumber]

Pengetua : Tuan Haji Mohd Suhaidi bin Mat Junuh

Penolong Kanan : En. Mazri bin Mansor

Penolong Kanan HEM : Pn. Selamah bt Pilus

Penolong Kanan Kokurikulum: Pn. Normala bt Abu Samah (memangku)

Ketua Bidang;

Kemanusian: Cik Alina bt Abdullah

Teknik &Vokasional: En. Azmi bin Abd Ghani

Bahasa: En. Muhammad Fauzan bin Ahmad

Sains & Matematik: En. Norhisham bin Johan

Kaunselor: Pn. Fadilah bt Abd Aziz

Motto,Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

MOTTO SEKOLAH

Ilmu Untuk Amalan

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

pemandangan dari dewan besar
smk jelai
lencana sekolah

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Info Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bangunan sekolah mempunyai 6 Block 4 tingkat menempatkan kelas,pejabat ,makmal kompoter ,bengkel ,makmal sains,bilik -bilik Khas serta Surau serta Dewan besar .Disamping itu terdapat Asrama Perempuan dan Lelaki yg kapasiti penuh sehingga 200 pelajar yg lengkap dengan dewan makan .

Jenis Sekolah:SMK

Gred :B

Jenis Sekolah:Lelaki dan Perempuan

Keluasan:25 .Ekar(10.12 Hektar)

Lokasi sekolah :Luar Bandar

Tarikh Tubuh: 1 Januari 1984

Bilangan Bilik Darjah:28

Bil Kelas:17

Jumlah pelajar:372

Jenis Asrama:Asrama Harian

Kuarter:Rumah Warden dan Kuarter Bertingkat

Mukim:Johol

Daerah:Kuala Pilah

PPD:PPD Kuala Pilah

PKG: PKG Johol

Bil. Guru:40

Bil Staff:9

Penghuni Asrama:114

Jarak dari PPD:17Km

Jarak dari Pekan:18 Km

Aliran Kelas[sunting | sunting sumber]

Menengah Bawah

  • Kelas Rancangan Khas (KRK)
  • Kelas Aliran Agama (KAA)
  • Kelas Aliran Akademik

Menengah Atas

  • Aliran Sains
  • Perakaunan
  • Rekacipta
  • MPV Multimedia
  • PSV

Kelas Pendidikan Khas(PPKI)

MataPelajaran yang Ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Menengah Rendah(Tingkatan 1 hingga 3)

  1. Bahasa Melayu
  2. English
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah
  6. Geografi
  7. Agama Islam/Moral
  8. Asas Sains Komputer
  9. Rekabentuk dan Teknologi
  10. Muzik
  11. Pendidikan Seni
  12. Pendidikan Jasmani
  13. Bahasa Arab(Kelas KAA)

Menengah Atas(Tingkatan 4 hingga 5)

  1. Bahasa Melayu
  2. English
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Kimia
  6. Fizik
  7. Biologi
  8. Sains pertanian
  9. Perakaunan
  10. Rekacipta
  11. MPV Multimedia
  12. PSV
  13. Ekonomi Asas
  14. Perniagaan
  15. Pendidikan Agama/P.Moral
  16. PJK

Koko-kurikulum Uniform[sunting | sunting sumber]

  • Kadet Bomba
  • Kadet Polis
  • Pengakap
  • PBSM
  • Pandu Puteri
  • Puteri Islam
  • Kadet Remaja Sekolah

Persatuan

  • Kelab Multimedia
  • Kelab Pendidikan Seni
  • Kelab Bahasa Melayu
  • English Club
  • Persatuan Doktor Muda
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Sains
  • Kelab Kaunseling dan Kerjaya
  • Kelan Rekacipta dan Teknologi
  • Kelab Kebudayaan
  • Kelab Georafi
  • Kelab Sejarah

Permainan

  • Bola Tampar
  • Bola Sepak
  • Bola Baling
  • Badminton
  • Bola Baling
  • Bola Jaring

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai
Km 17, Jalan Bahau Tampin
73100, Johol
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 606-4511773
Fax = 606-4511844
Email:NEA6004@moe.edu.my
pandangan hadapan sekolah
rumah warden

Pautan luar[sunting | sunting sumber]