Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahDEA9002
Lokasi Malaysia Jalan Hospital 17600, Jeli,, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telefon6099440224
Faks6099440244


Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli atau nama ringkasnya SMK Jeli, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Hospital.[1]

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli memiliki 581 pelajar lelaki dan 601 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1182 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

MENYINGKAP TABIR SMK JELI

Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli telah dirasmikan pada tahun 1986. Jumlah pelajarnya pada waktu itu ialah seramai 258 dengan kekuatan gurunya hanya 13 orang sahaja. Dari segi pembangunan fizikalnya hanya terdapat dua blok bangunan dua tingkat yang mengandungi lapan kelas sahaja. SMK Jeli terletak di lokasi strategik dalam Bandar Jeli.

Daerah Jeli terletak disebelah barat negeri Kelantan dan dihubungkan oleh Lebuhraya Timur-Barat. Jaraknya daripada Tanah Merah ialah 50 km dan 11km dari Pekan Ayer Lanas. Sebelum Tahun 1986 pelajar-pelajar peringkat sekolah menengah terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Ayer Lanas. Ini adalah disebabkan tiada sekolah menengah di pekan Jeli. Rentetan

dari itu Sekolah Menengah Jeli ditubuhkan dan memulakan pengambilan pertama pelajarnya pada Januari 1986. Jumlah pelajarnya pada waktu itu adalah seramai 258 orang; 152 orang pelajar lelaki dan 106 pelajar perempuan. Pelajar-pelajar ini diambil dari Sekolah Menengah Ayer Lanas. Mereka ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua sahaja dan tinggal di sekitar pekan Jeli.

           Pada tahun tersebut hanya terdapat 13 tenaga pengajar iaitu 11 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan. Bilangan pekerja pula seramai tiga orang yang terdiri daripada kerani rendah, pembantu pejabat dan pembantu makmal. Oleh kerana terdapat pettambahan pelajar yang semakin meningkat maka bangunan tambahan telah dibina sebanyak empat kelas secara gotong royong pada tahun1987. Pada tahun 1993 pula bangunan tambahan tiga tingkat yang lengkap dengan makmal, pejabat dan bilik guru mula dibina dan siap sepenuhnya pada 1995.

           Sekolah ini mula menempa sejarah di mana peperiksaan SRP pertama diadakan pada tahun 1987 dan peperiksaan SPM yang pertama pada tahun 1992. Ini bermakna tingkatan empat mula dibuka pada tahun tahun 1991. Sebelum itu pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam tingkatan empat terpaksa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas. Pada tahun 1996 tingkatan empat aliran Sains pula mula ditawarkan dan pada tahun ini juga pelajar-pelajar tingkatan satu memulakan pelajaran Bahasa Arab. Kini Sekolah Menengah Jeli telah berusia 26 tahun dan telah menyambut perayaan Jubli Peraknya pada tahun 2011. Dalam tempoh itu Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli berjaya melahirkan anak-anak Jeli yang berpendidikan tinggi. Mereka telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dan seterusnya menjawat jawatan tinggi samada di sektor awam dan juga swasta.

           Pada bulan Oktober 1997 merupakan tarikh bersejarah bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli apabila pihak Jabatan Pelajaran Kelantan telah menyumbangkan 21 buah komputer bagi kemudahan pelajar-pelajar menggunakan komputer. Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli yang terletak di persisiran Bukit Jeli di atas tapak seluas 27 ekar mempunyai bilangan pelajar seramai 1015       orang. Bilangan guru pula ialah seramai  76    orang dan dibantu dengan staff sokongan seramai    15   orang.

           SMK Jeli telah berkembang dengan pesatnya dengan sokongan dan kerjasama Jabatan Kelantan, agensi-agensi kerajaan dan masyarakat setempat. SMK Jeli juga banyak menerima sumbangan dan bantuan dari Dato’ Seri Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli yang tidak putus-putus berusaha bagi meningkatkan prasarana dan kecemerlangan sekolah ini. Pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sangat beruntung kerana dapat menikmati suasana persekolahan yang indah, kondusif, lengkap dan moden untuk pembelajaran dan pengajaran. Kini SMK Jeli sudah mempunyai tiga blok bangunan empat tingkat, satu bangunan blok tiga tingkat dan dua blok bangunan dua tingkat dengan 35 kelas.

           Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di SMK Jeli adalah 8 buah makmal Sains, 5 buah bengkel KH, sebuah bilik lukisan, sebuah Pusat Sumber berhawa dingin, sebuah pejabat berhawa dingin, sebuah bilik guru berhawa dingin, sebuah bilik bimbingan kaunselling, bilik unit peperiksaan, sebuah bilik rawatan dan beberapa bilik khas. SMK Jeli juga mempunyai sebuah dewan besar yang diberi nama Dewan Anjung Bestari, sebuah padang, sebuah makmal komputer, sebuah surau dan juga asrama.

          

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli (SMKJELI)
Jalan Hospital
17600, Jeli
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6099440224
Faks = 6099440244

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]