Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli 2
Lokasi
KG. SETING, JALAN JELI DABONG, 17600, Jeli,, [Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099440224
Kod sekolahDEA9005
Faks6099440244


Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli 2 atau nama ringkasnya SMK Jeli 2, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampung Setting.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli (2) atau nama ringkasnya SMKJ (2) adalah sebuah sekolah yang terletak dipinggir bandar Jeli yang berada di Daerah Kuala Balah dimana daerah ini adalah daerah Berstatus Luar Bandar. Lokasinya adalah lebih kurang 15 minit perjalanan atau 18 kilometer dari bandar jeli dan merupakan jalan utama untuk ke Kuala Balah, Dabong dan Gua Musang. Sekolah ini mula dibina pada pertengahan tahun 2009 dan mula beroperasi pada JULAI 2012. Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli (2) dibina atas keperluan kemudahan untuk penduduk setempat dan juga keperluan bagi menampung pelajar yang berlebihan di sekolah berhampiran iaitu SMK JELI dan SMK KUALA BALAH.

           Antara rentetan awal penubuhan SMKJ (2) adalah, pada 8 Julai 2012, satu majlis penyerahan bangunan oleh ketua sektor kepada KPPD iaitu Tn Haji Abdul Kadir bin Sulaiman dan kepada caretaker SMKJ (2) iaitu Pn Hajah Kamaliah Binti Seman (PK HEM SMKJ) telah disempurnakan. Pn Hajah Kamaliah bertanggungjawab dalam mentadbir dan menyusun atur pentadbiran di sekolah ini pada peringkat awal penubuhan dibantu oleh PPD Daerah Jeli. Seramai 13 orang guru dan seorang caretaker melapor diri pada 9 Julai 2012 di SMKJ(2) dimana 5 dari SMK Jeli, 6 dari SMK Kuala Balah, 1 dari SMK Batu Melintang  dan 1 dari SMK Air Lanas. Sekolah ini telah dirasmikan pada 15 Julai 2012 oleh YB Dato’ Seri Mustapa Mohamad selaku Menteri Perdagangan dan Antarabangsa pada ketika itu. Seterusnya, pada 22 Julai 2012 pembantu makmal telah melaporkan diri dan sekolah mempunyai pekerja swasta seramai 6 orang beserta 3 orang pengawal keselamatan. Pada masa ini gaji setiap cikgu yang melapor diri di SMKJ (2) masih lagi dibayar oleh pihak sekolah asal masing-masing.

           Pendaftaran pelajar batch yang pertama di SMKJ(2) ialah pada 15 Julai 2012 iaitu seramai 131 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1 dan tingkatan 2 sahaja. Pelajar-pelajar ini diserap dari dua buah sekolah yang berdekatan iaitu SMK Jeli dan SMK Kuala Balah dimana pelajar yang berdekatan dengan SMKJ(2) sahaja yang akan diserap. Bagi setiap tingakatan hanya dibuka dua kelas sahaja iaitu kelas As-Syafie dan Al-Ghazali. Peperiksaan PMR yang pertama yang dihadapi sekolah adalah pada tahun 2013 dan merupakan PMR yang terakhir sebelum ianya ditambahbaik menjadi PT3 pada tahun 2014 manakala peperiksaan SPM pula bermula pada tahun 2014 sehingga sekarang.

           Pada awalnya iaitu pada tahun 2012, sekolah ini dibina dengan mempunyai 1 blok bangunan berkembar (mempunyai pelbagai jenis makmal dan kemudahan lain), kemudahan untuk sukan (padang rumput, beberapa buah gelanggang permainan) pondok pengawal, kantin dan tempat meletak kenderaan. Pada tahun 2015 satu bangunan surau dibina dalam kawasan sekolah dan diikuti dengan pembinaan dewan besar terbuka pada tahun 2016.

Antara nama-nama Pengetua yang pernah berkhidmat:

1.      Pn Hajah Kamaliah binti Seman         2012 - 2015

2.      En Che Ahmad Zaini bin Husin         2016

3. En Mohd Saidi bin Ali                        2017 - 2018

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli 2
KG. SETING, JALAN JELI DABONG
17600, Jeli
Kelantan, Malaysia
Telefon =
Faks =

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]