Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong
Lokasi
 Malaysia Lorong Sekolah, 11600 Pulau Pinang, 11600, Georgetown,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerdikari dan Berbakti
Ditubuhkan1962
Nombor sekolah6046583452
Kod sekolahPEE1104
PengetuaSee Bee Khim
GPK Pentadbiran dan AkademikKamala Thevi a/p Ponampalam
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMashita Binti Mamat
Penolong Kanan KokurikulumTiang Shee ting
Faks6046590632


Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong atau nama ringkasnya SMK Jelutong, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lorong Sekolah, 11600 Pulau Pinang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong memiliki 587 pelajar lelaki dan 408 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 995 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.2009

Kini, bilangan murid di SMK Jelutong adalah seramai 602 orang dengan bilangan guru seramai 75 orang dan 14 staf.2022

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Jelutong pada awalnya diberi nama Jelutong Secondary School yang ditubuhkan pada 1962 dengan 11 buah kelas dalam satu bangunan dua tingkat. Moto sekolah ketika itu ialah "Adopt and Adapt". Pengetua pertama ialah mendiang En Keong Siew Tat. Jelutong Secondary School terus berkembang dengan tambahan bangunan dan pelbagai prasarana untuk keselesaan para murid dan warga pendidik di bawah dua lagi pengetua selepas itu. Pada tahun 1972 Jelutong Secondary School bertukar nama kepada Sekolah Menengah Jelutong. Moto sekolah turut bertukar menjadi "Berdikari dan Berbaktir". SMK Jelutong terus mengalami pembangunan fizikal yang pesat di bawah pucuk pimpinan baru dan projek-projek pengumpulan dana bagi menaik-taraf bangunan-bangunan sekolah untuk mewujudkan suasana yang lebih kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pada 15 April 1996, Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PPKI) dimulakan di SMK Jelutong. Program ini merupakan program yang pertama di sekolah menengah Pulau Pinang yang bermula dengan 2 orang murid dan seorang guru. Dahulunya, sebelum pandemik covid-19 melanda, SMK Jelutong giat meraih nama dalam bidang sukan termasuk murid PPKI

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

Warna beige dan hijau tua (turquoise) pada lencana sekolah adalah warna sekolah

Bulatan di bahagian luar melambangkan kesempurnaan bahawa murid-murid lulus dan tamat persekolahan mereka sebagai rakyat dan anggota masyarakat yang sempurna dan matang. Bulatan ini mengandungi :

a) Suatu bulatan biege di bahagian dalam yang melambangkan pendidikan penuh yang diberi oleh sekolah dan dedikasi murid-murid kepada sekolah dan b) Suatu lagi bulatan di bahagian dalam yang melambangkan kehausan murid-murid terhadap ilmu pengetahuan (dilambangkan dengan sebuah buku), ketaat-setiaan mereka terhadap Negeri (dilambangkan dengan sepohon pokok pinang) dan kenyataannya bahawa sekolah ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan murid-murid untuk peranan beranikaragam dalam pelbagai lapisan masyarakat (dilambangkan dengan sinaran beige dan hijau tua yang memancar setengah bulatan yang menandakan sekolah ini).

Bulan sabit hijau tua (turtoise) menunjukkan bahawa kita adalah sebahagian daripada masyarakat Malaysia di mana Islam ialah agama rasmi

Cogan kata sekolah ini ’BERDIKARI DAN BERBAKTI’ menjadi inspirasi kepada murid-murid untuk mencapai kemerdekaan dan sedia berkhidmat untuk sekolah, negeri dan tanah air mereka.

Tahun 1962 adalah tahun penubuhan sekolah ini.

MOTO SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Berdikari dan Berbakti

Berdikari adalah singkatan kepada frasa ’berdiri di atas kaki sendiri’ iaitu tidak bergantung kepada orang lain dalam membuat sesuatu keputusan atau sesuatu pekerjaan. Berbakti pula membawa maksud merangkumi sifat-sifat baik hati, kasih sayang, hormat-menghormati dan tolong-menolong. Frasa ini bersesuaian dengan aspirasi dan budaya sekolah ini untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang diharapkan akan dapat menyumbang jasa kepada negara, agama dan bangsa.

Piagam Sekolah[sunting | sunting sumber]

Menghasilkan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab, berkebolehan dan berbakti berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negar

Menyediakan pendidikan yang bermutu, inovatif, kreatif, murni dan seimbang dari perspektif intelek, rohani, emosi dan jasmani


Bersikap adil dan bertindak saksama terhadap semua pelajar tanpa mengira unsur-unsur keturunan, agama, sosial, ekonomi dan politik


Membentuk sebuah budaya masyarakat sekolah yang berhati dan berbudi dengan mengamalkan budaya penyayang Mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkesan Menggalakkan pelajar-pelajar mempertingkatkan prestasi dan pencapaian mereka dalam akademik dan kokurikulum bersandarkan minat dan kemampuan masing-masing

Memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar-pelajar demi membentuk sifat-sifat bermoral dan progresif Memupuk permuafakatan dan kerjasama yang rapat dengan pelajar dan ibu bapa dalam projek sekolah yang berkaitan dengan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan kebajikan

FALSAFAH SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Memberi asuhan, bimbingan dan didikan kepada semua murid agar menjadi

warganegara yang seimbang dan harmonis

berteraskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini bermatlamatkan untuk melahirkan warganegara yang

berilmu, berketrampilan, bertanggungjawab dan berakhlak mulia

yang dapat memberi sumbangan kepada

kesejahteraan masyarakat dan

kemakmuran negara

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berdikarilah satu amalan yang berguna

Berani menempuh halangan hidup itulah asuhan kita

Taat dan setia

Dalam usaha kita

Berdikari dan Berbakti

Itulah lambang SMJ

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah sekolah hijau

• Naib Johan Anugerah Hijau pada 2011

•Naib Johan Anugerah Hijau pada 2012.

•Anugerah Emas pada tahun 2013.

•Anugerah Perak pada tahun 2014.

• Anugerah Perak pada tahun 2015

• Johan pada tahun 2016

• Naib Johan pada tahun 2017

Senarai Pengetua Terdahulu[sunting | sunting sumber]

• Pengetua pertama, En Keong Siew tat

• Pengetua ke-2, En. M Thilagaratnam

•Pengetua ke-3, En. Yeap Hooi Chong

• Pengetua ke-4, En. Loo Yew Khin

• Pengetua ke-5, En. Cheam Aik Seong

•Pengetua ke-6, En Goh Hooi Beng

•Pengetua ke-7, En. Cheng Tee

•Pengetua ke-8, En. Teh Soo Eem

•Pengetua ke-9, En. Teoh Paih Teik

•Pengetua ke-10, En, Teh Pang Eng

•Pengetua ke-11, Pn. Lee Chooi Sian

• Pengetua ke-12, En. Loh Chee Heng

• Pengetua ke-13, Pn. See Bee Khim

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong
Lorong Sekolah, 11600 Pulau Pinang
11600, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6046583452
Fax = 6046590632

Pautan luar[sunting | sunting sumber]