Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Haji Alias bin Haji Ahmad
Kod sekolah KEA8019
Lokasi Mukim Jeneri 08700, Jeniang,, Kedah Darul Aman,  Malaysia
Nama singkatan SMK JENERI
Telefon 6044625603
Faks 6044645836


Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri atau nama ringkasnya SMK Jeneri, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Mukim Jeneri, dalam Daerah Sik Kedah Darulaman.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri memiliki 347 pelajar lelaki dan 312 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 659 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri mula dibuka pada tahun 1983. Kumpulan pertama penuntut sekolah ini terdiri daripada 68 orang pelajar yang memulakan pengajian mereka secara menumpang di Sekolah Kebangsaan Jeneri pada 01.01.1983. Mereka ini terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeneri, Sekolah Kebangsaan Kampong Betong dan beberapa orang pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Padang Chichak.

Pada peringkat mula diasaskan, sekolah ini menghadapi pelbagai masalah. Sebagai sebuah institusi yang menumpang di sekolah lain, sekolah ini menghadapi kekurangan dari segala segi. Kekurangan bilik darjah menyebabkan sebahagian daripada pelajarnya terpaksa menumpang di bangsal-bangsal sementara yang didirikan oleh pihak sekolah. Hal ini berlanjutan sehingga bangunan sendiri Sekolah Menengah Jeneri siap dibina dan boleh digunakan sepenuhnya pada 1983.

Sebenarnya bangunan Sekolah Menengah Jeneri yang ada pada hari ini mula dibina pada tahun 1979 dan siap pada 1980 tetapi masih tidak dapat digunakan kerana menghadapi masalah yang berpunca daripada ketidaksempurnaan sistem perparitan. Oleh itu projek gagal mendapat kelulusan daripada jurutera JKR. Sekolah terus terbiar sehinggalah ia dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Khalil Yaakub, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pada tanggal 19.03.1983. Sungguhpun begitu, bangunan sekolah hanya diduduki untuk pembelajaran pada 11.09.1983 setelah masalah perbekalan air dan elektrik disempurnakan.

Pada tahun 1988, atas inisiatif PIBG, guru-guru dan waris pelajar, sebuah surau telah dibina yang menelan belanja lebih daripada RM 14, 000 telah disiapkan. Projek ini mula dibina pada Oktober 1987 dan disiapkan pada Oktober 1988. Ini diikuti pula pembinaan bangunan Blok C (bangunan tambahan) yang mula dibina pada 01hb.Ogos 1989.Bangunan yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah dan sebuah bilik stor ini adalah dibina di bawah Projek Gotong Royong Jabatan Pendidikan Kedah. Projek ini telah disiapkan pada 15.12.1989 dan mula diduduki pada 01.01.1990. Dua buah bilik dari bangunan ini digunakan sebagai Bilik Kemahiran Hidup.

Dalam tahun 1992, di bawah Projek Kecil Sekolah sebuah bangunan tandas luar sekolah telah didirikan. Bangunan berukuran 30’ x 15’ adalah dibina hasil sumbangan derma PIBG, guru-guru dan waris pelajar. Pada tahun 1993 pula sekolah ini mendapat dua projek tambahan bangunan baru. Projek pertama ialah Projek Rumah Guru (dua pintu). Projek ini telah mula dibina pada 12 . 06 . 1993 lalu. Projek ini siap pada 30.11.1993 yang lalu. Namun begitu, ianya belum boleh diduduki kerana menunggu pembekala air dan elektrik.

Satu lagi projek yang diperoleh dalam tahun itu ialah Projek Bangunan Tambahan Blok D. Projek bangunan tiga bilik darjah merupakan Projek Kecil Jabatan Pendidikan Kedah. Projek ini bermula pada 29.08.1993 dan disiapkan pada 15.12.1993. bangunan ini juga masih belum dapat digunakan lagi kerana menunggu bekalan elektrik.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri
Mukim Jeneri
08700, Jeniang
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044625603
Fax = 6044645836

Pautan luar[sunting | sunting sumber]