Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 10

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 10
Lokasi
 Malaysia Felda Jengka 10, 26400, Bandar Jengka,, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094663320
Kod sekolahCEA9158
Faks6094663610


Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 10 atau nama ringkasnya SMK (LKTP) Jengka 10, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Jengka 10.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 10 memiliki 115 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 215 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK (LKTP) Jengka 10 adalah sebuah sekolah menengah dalam Rancangan Tanah Persekutuan (FELDA) Jengka 10. Sekolah ini ditubuhkan dalam tahun 1981 dengan pengetua pertamanya Encik Mohd Shahar bin Kasim. Keluasan keseluruhan tanah untuk   sekolah dan kuaters penginapan guru ialah  25 ekar. Lokasinya 13 kilometer dari bandar terdekat iaitu Bandar Tun Abdul Razak, Jengka. Boleh dihubungi melalui jalan darat sahaja. Berada dalam 65 kilo meter dari Pejabat Pelajaran Daerah Maran dan Daerah Pentadbiran Maran. Kawasan Parlimen ialah Jerantut, DUN Pulau Tawar dan Mukim Chenor. Pusat Kegiatan Guru ialah PKG Bandar Pusat.

SMK(LKTP) Jengka 10  telah dibuka dengan rasminya pada awal tahun  tahun 1981. Nama lama bagi sekolah ini di kenali sebagai Sekolah Menengan Kebangsaan Jengka Sepuluh (SMJX) sebelum di ubah kepada nama sekarang. Sehingga kini sejumlah 17 orang Pengetua telah mentadbir sekolah ini dengan jayanya. Mereka terdiri daripada:

Bil Nama Pengetua Tempoh Perkhidmatan
1 En. Mohd Shahar bin Kasim          05.01.1981 - 31.12.1982
2 En Zakaria bin Adam 02.01.1983 - 31.12.1983
3 En Musa bin Ibrahim 02.01.1984 - 30.09.1991
4 En Muhammad Mustapha bin Muhammad 16.06.1992 - 01.05.1993
5 En Wan Muhammad Nawi bin Wan Mahmood 01.06.1993 - 31.01.1995
6 Cik Hajah Fauzeyah bt. Haji Abd Wahab 01.02.1995 - 31.03.1998
7 Tn. Haji Hamidon @ Md Jamil bin Abd Majid 16.06.1998  - 01.07.2000
8 Pn. Nishah bt. Ismail 01.07.2000 - 15.04.2006
9 En. Zakaria b. Adam (AMP) 16.04.2006 - 07.07.2007
10 Pn. Normah bt. Ismail 16.07.2007 - 01.11.2007
11 Pn. Hjh. Wan Maimun bt. Wan. Nawi 01.07.2008 -  01.09.2010
12 Tn. Haji Bakri bin Mohd Salim 01.09.2010 - 31.12.2011
13 Tn. Haji Hayudin bin Hj. Md Suhor 31.12.2011 - 16.06.2014
14 Tn. Haji M. Yusri bin Marjan 16.06.2014 - 13.06.2015
15 En. Mahmad Basri bin Idrus 14.09.2015 – 31.10.2018
16 Tn. Haji Adnan bin Othman 21.11.2018 – 14.06.2020
17 Tn. Haji Darussalam bin Taib 15.06.2020 - kini

SMK (LKTP) Jengka 10 telah dinaikkan taraf ke Gred A pada 7.1.1995. Kini sekolah ini menerima pelajar dari dua sekolah rendah berdekatan iaitu :

i.   Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 10

ii.  Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kampung Jengka Satu


Sebelum ini, sekolah turut menerima pelajar dari beberapa FELDA berdekatan seperti (F) Sungai Tekam, (F) Sungai Tekam Utara, (F) Kota Gelanggi 2&4.

Jumlah keseluruhan pelajar pada awal tahun 2020 ialah 179 orang. Jumlah kelas yang dibuka ialah 10 buah sahaja.

Visi & Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi Sekolah

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Sekolah Sejahtera


Misi Sekolah

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi Asprirasi Sekolah;

melalui usaha:

*       Menyediakan pembelajaran dan pemudahcaraan PAK-21 yang berkesan.

*       Melaksanakan aktiviti kokurikulum yang aktif.

*       Melaksanakan sistem pengurusan yang cekap, telus dan mesra.

*       Memastikan persekitaran yang kondusif, selamat dan ceria.

*       Menjalin hubungan dan kerjasama yang erat dengan masyarakat sekitar.

Lagu Sekolah & Bendera Sekolah[sunting | sunting sumber]

LAGU SEKOLAH

Lagu sekolah ini dicipta pada 1-Febuari 2010 oleh ;

Lagu : Sani B. Hasan

Lirik : Siti Zulaiha Bt AHmad Solihin & Pn Faridah Bt Ishak


SMK Jengka 10

Berdiri Megah Tersergam Indah

Menjadi Kebanggaan Kita

Anak-anak Watan Tercinta


Seiring Kita Melangkah

Bersama Tekad Yang Satu

Kita Julang Impian

Bersatu Hasrat

Kita Capai Kejayaan


Sekolah Tercinta Baktimu Nyata

Sepakat Kita Menuju Jaya

Sekolah Tercinta Terus Gemilang

Di Persada Negara


Ilmu Suluh Hidup

Pahatkan Ia Di Jiwa

Dengan Iltizam Yang Tinggi

Visi Kan Pasti Jadi Realiti

...

1hb Feb. 2010*


BENDERA SEKOLAH


Logo Sekolah di tengah bendera melambangkan penyerapan semangat cintakan sekolah dalam kalangan murid supaya menjadi warga sekolah yang baik.


Warna JINGGA - melambangkan asal-usul sekolah yang diasaskan oleh pembukaan tanah FELDA.

Warna HITAM - melambangkan ketegasan dalam menghadapi segala cabaran.

Warna PUTIH - melambangkan kesucian dan keikhlasan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 10
Felda Jengka 10
26400, Bandar Jengka
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094663320
Fax = 6094663610

Pautan luar[sunting | sunting sumber]